script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemuda UMNO Kelantan Desak Supaya Rayer Mohon Maaf


KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail berkata, kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.
"Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.
"Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu," katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Bersama Orang Muda di sini, malam Ahad.
Mohamad Azam berkata, Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitiviti orang ramai di negara ini.
"Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.