Walau bagaimana pun peluang Pahang untuk merapatkan jurang dan menyamakan kedudukan kian terserlah pada babak kedua, selepas rentak permainan diubah. Hasilnya, Pahang berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-65 separuh masa kedua menerusi tandukan cantik pemain import Damion Stewart.
Namun kehilangan seorang pemain Pahang menyebabkan Tok Gajah kian tempang kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain. Hasilnya Terengganu mengambil peluang dan berjaya menjaring dua agi gol pada babak terakhir permainan menjadikan kedudukan 4-1. Gol dijaringkan pada minit ke 91 oleh Zairo Anuar Zalani dan dua minit kemudian oleh Ashari Samsuddin
Kekalahan Pahang menyebabkan skuad Tok Gajah kini berada ditangga keempat liga dibelakang JDT, Selangor dan Terengganu sendiri. PDO






Tiada ulasan:
Catat Ulasan