script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UPP: "Tangkapan Seludup Budak" Ke Thailand Tidak Benar


PETALING JAYA: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menafikan dakwaan telah membuat tangkapan berkenaan penyeludupan kanak-kanak ke Thailand seperti yang disebar melalui aplikasi Whatsapp.
Komandernya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sehingga kini tidak pernah membuat tangkapan terhadap lori ayam yang membawa kanak-kanak untuk diseludup organ di negara jiran itu.
"Khabar angin mendakwa enam kanak-kanak telah diselamatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah ketika hendak diseludup ke Thailand untuk diambil organ adalah tidak benar.
"Malah untuk pengetahuan, peniaga dari negara ini tidak mengeksport ayam ke Thailand sebaliknya Malaysia yang mengimport haiwan ternakan  itu ke sini.
"Oleh itu terbukti bahawa dakwaan itu tidak munasabah dan hanya menakutkan orang ramai," katanya.
Khabar angin yang disebarkan menerusi Whatsapp mendakwa UPP telah menahan sebuah lori membawa ayam eksport ke Thailand dan menemui enam kanak-kanak yang diculik dalam keadaan separuh sedar di Bukit Kayu Hitam.
Kanak-kanak yang masih belum tahu bercakap itu dikatakan akan dibawa ke negara jiran untuk diambil organ.
Abd Latif memberitahu, orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin itu serta berhenti menyebarkannya.
"Ia bukan fakta benar yang membawa kebaikkan sebaliknya sekadar khabar angin," ujarnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.