script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Mahkota Pahang Mampu Ubah Landskap Bolasepak


KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Dr Peter Velappan yakin presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru dilantik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mampu membawa perubahan besar dalam arena bola sepak tempatan. 

Velappan yang juga bekas penolong setiausaha agung  FAM berkata Tengku Abdullah adalah tokoh sesuai untuk menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah kerana baginda telah menyediakan pelan induk strategik untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.

"Saya amat gembira dengan perubahan dalam FAM kerana Tengku Abdullah adalah seorang tokoh yang progresif dan saya yakin bawah kepimpinan baginda, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan Malaysia menjadi kuasa bola sepak (di Asia)," katanya semasa ditemui pemberita selepas majlis pengenalan logo Piala Dunia Bola Sepak Bersatu Olimpik Khas 2014 oleh Tunku Muinuddin Putra Tunku Ahmad Nerang yang mewakili Raja Puan Besar Perak, Tuanku Raja Zara Salim di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.

Tunku Muinuddin ialah cucu perdana menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Berkongsi pandangan yang sama, lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun turut yakin kepimpinan baharu FAM mampu membawa perubahan dalam bola sepak tempatan.

Beliau berkata pentadbiran baharu FAM perlu memberikan fokus bagi memperbaiki pencapaian skuad Harimau Malaya yang merosot sejak beberapa tahun ini.

"Saya harap Tengku Abdullah dapat melakukan rombakan dalam jawatankuasa kecil dalam FAM bagi memastikan tahap skuad bola sepak negara (kembali) disegani di rantau Asia," katanya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. ADA BAIK BAGI BAKRI IBNI JADI PRESIDENT .INI YANG TERBAIK DAN DIA AKAN LANTIK SEMUA YANG PERNAH MAIN BOLA DIPERINGKAT TINGGI DALAM EXCONYA.INI NAMPAK SAMA AJE.RUGI MASA RUGI DANA RUGI NEEGARA

    BalasPadam
  2. DAH TERLALU LAMA BOLASEPAK NEGARA JATUH SETERUK TERUKNYA.ADA BAIKNYE PERSATUAN BOLASEPAK NEGARA INI DIURUS OLEH BEKAS BEKAS PEMAIN PEMAIN NEGARA YANG BERKUALITI DARI PRESIDENT HINNGA KE EXCO HINGGA KEBAWAH.KUTU KUTU LAIN YANG SEKADAR MEEMINATI MAU PUN SEBAB POLITIK NAK CARI MAKAN DALAM FAM ADALAH BAIK ANGKAT KAKI.BEKAS PEMAIN PEMAIN NI ADALAH TERBAIK DARI SEGI PANDANGAN MEREKA DENGAN LEBIH REALITY

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.