script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adnan: Projek Rumah PR1MA Di Pahang Mencapai Sasaran


KUANTAN: "Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang" adalah antara janji kerajaan negeri dalam manifesto Pilihanraya Umum lalu, iaitu untuk membina sebanyak 15 ribu unit rumah mampu milik dengan mensasarkan kepada golongan berpendapatan RM5 ribu dan kebawah.

Menteri Besar Pahang menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA Pahang) di KM23, Jalan Kuantan - Gambang pada 15 Mei lalu.

Beliau berpuashati dengan pencapaian PR1MA Pahang setakat ini kerana hanya dalam masa selama 11 bulan sebanyak 13,257 unit rumah telah dapat dibina. Beliau sungguh yakin bahawa sasaran sebanyak 15 ribu unit rumah akan dapat dicapai dalam masa beberapa bulan lagi.

Dengan keupayaan sedemikian, Dato' Seri Adnan Yaakob yakin tidak mustahil kerajaan mampu membina diantara 80 ke 100 ribu unit dalam tempoh 5 tahun ini. Bagaimanapun beliau menekankan yang penting adalah sasaran membina sebanyak 15 ribu unit rumah sepertimana yang dijanjikan akan dapat dicapai dengan mudah.

Beliau berharap dalam tempoh 4 tahun akan datang kerajaan negeri akan mampu membina sebanyak 25 ribu unit rumah mampu milik bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Mengenai PR1MA Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob menjelaskan syarat utamanya iaitu harganya ditentukan oleh kerajaan dan mestillah berharga diantara RM80 ribu ke RM200 ribu sebuah.

Dalam majlis sama beliau menjelaskan kerajaan negeri memfokuskan kepada 5 perkara kepentingan rakyat iaitu; Membina perumahan mampu milik, mengukukuhkan kewangan (agensi) kerajaan negeri, Pendidikan (Bantuan melalui Yayasan Pahang), Hal-ehwal Orang Asli  dan Alam Sekitar (Penjagaan dan kawalan).

Sebanyak 29 projek PR1MA Pahang telah dilaksanakan iaitu sebanyak 14 projek di Kuantan, 4 di Cameron Highland, 2 masing-masing di Bera, Temerloh dan Pekan serta 1 projek yang masing-masing di Lipis, Bentong, Maran, Jerantut dan Raub. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.