PETALING JAYA: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang ke-35 dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang Rabu.
Baginda mengantikan almarhum ayahandanya, Sultan Azlan Shah, 86, yang mangkat pada jam 1.30 petang Rabu di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.
Raja Nazrin adalah pemegang ijazah sarjana muda Filosofi, Politik dan Ekonomi dari Kolej Worcester, Oxford.
Baginda juga memilik ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, University Harvard dan selepas itu memperolehi ijazah kedoktoran falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari universiti yang sama.
Sebagai raja muda yang berpendidikan tinggi, Raja Nazrin sering kali dijemput untuk menyampaikan ucaptama dan membicarakan dengan mendalam perkara-perkara berkaitan institusi raja-raja di negara ini, pendidikan, Islam, hubungan antara kaum dan juga pembangunan ekonomi negara.
Sejak 1989, baginda adalah Pro-Cancelor Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai pengerusi Lembaga Pentadbiran Kolej Melayu Kuala Kangsar yang mana baginda Raja Nazrin adalah salah seorang bekas pelajarnya.
Raja Nazrin mendirikan rumah tangga dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan dikurniakan dua cahaya mata - seorang putera bernama Raja Azlan Muzaffar dan seorang puteri, Raja Nazira Safya Shah. #sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan