script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SPR: PRK Teluk Intan, 83.6 Peratus Keluar Mengundi Awal


TELUK INTAN: Sebanyak 83.6 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan membuang undi di pusat pengundian awal Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini sehingga  pukul  2 petang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu meliputi 343 daripada 410 anggota polis yang juga pengundi awal pada PRK itu.
Terdahulu, angka kehadiran pengundi awal mencapai 75 peratus setakat pukul 1 petang tadi membabitkan 306 pengundi awal.
Ketua Balai Polis Ulu Bernam, Sarjan Mejar Samsudin Mat Yusof, 54, merupakan pengundi awal pertama membuang undi sebaik sahaja pengundian dibuka pada pukul 8 pagi.
Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang yang mengundi pada kira-kira pukul 10 pagi.
Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut hadir untuk melawat pusat pengundian awal pada pukul 9.30 pagi diikuti Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) 10 minit selepas itu.
Selain itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pegawai Pengurus SPR PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad juga berada di pusat mengundi pada pagi Selasa.
Pusat pengundian mula dibuka seawal pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang nanti.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antar Siew Keong dan Dyana Sofya.
Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.