Menurutnya, beliau percaya ahli yang terlibat dalam pemilihan itu tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji yang dilontarkan sesetengah pihak.
“Bagi pemilihan jawatan presiden, saya memberikan contoh jika salah seorang menarik diri, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah pilihan tepat menerajui badan induk ini.
“Tengku Abdullah adalah permata yang berkualiti tinggi dengan pengalaman dan minat yang ada, saya yakin ahli tidak mudah terpengaruh dengan janji dan situasi semasa,” katanya di sini, kelmarin.
Bagi Omar, latar belakang dan kualiti kepimpinan Tengku Abdullah boleh bawa perubahan kepada FAM.
“Saya setuju dengan kenyataan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail dan bekas naib presiden FAM, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin yang menyatakan Tengku Abdullah, pilihan tepat untuk jawatan Presiden.
“Wang bukan segala-galanya dan janji boleh dibuat kerana sesetengah janji boleh mengundang keburukan juga. Saya fikir perwakilan tidak mudah tunduk dengan tekanan dan janji yang dilontarkan,” katanya.
Menurutnya, FAM perlu diterajui oleh pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa dan ciri tersebut dimiliki Tengku Abdullah





