script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Felda Melancarkan Liga Bola Sepak Sendiri Buat Julung Kali


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Selasa melancarkan liga bola sepak khusus untuk komuniti Felda yang dikenali sebagai Liga Felda 2014. Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad berkata, liga berkenaan yang dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Felda Malaysia melibatkan tiga pertandingan iaitu Piala Komuniti, Piala Pengarah Besar Felda dan Piala Tan Sri Pengerusi Felda.
"Liga ini merupakan cetusan idea Felda sendiri di mana pengurusan Felda bukan sahaja berharap dapat menggilap bakat anak-anak Felda tetapi juga melatih para pegawai dari segi kejurulatihan, pengadil dan pegawai teknikal dalam kalangan warga Felda sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majis perasmian liga berkenaan di Menara Felda, di sini. Faizoull turut berharap komuniti Felda dapat membudayakan aktiviti bersukan menerusi penganjuran liga berkenaan.

"Selain dapat menggalakkan gaya dan budaya sihat, Felda berharap dapat menjadi pengeluar bakat-bakat profesional serta menjadi pasukan yang digeruni oleh pihak lawan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Sukan Felda Datuk Ahmad Fuad Daud berkata 13 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan berkenaan iaitu 11 pasukan dari Wilayah Felda seluruh negara, satu pasukan jemputan dari Ibu Pejabat Felda dan satu pasukan Akademi Bolasepak Felda.

Katanya, Liga Felda bakal bermula pada 1 Jun ini dengan Piala Komuniti yang menggunakan konsep kalah mati manakala dua baki pertandingan iaitu Piala Pengarah Besar Felda dan Piala Tan Sri Pengerusi Felda akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ahmad Fuad meletakkan sasaran bahawa setiap wilayah Felda di negara ini mampu melahirkan sekurangnya-kurangnya lima pemain bola sepak profesional untuk tempoh empat tahun akan datang
. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.