script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Exco: Kerajaan Pahang Prihatin Nasib Raja Bukit Malaysia


PETALING JAYA: Kerajaan Pahang yang sedang giat merangka program untuk memperkasakan seni moden dan kontemporari tempatan berhasrat membabitkan penyertaan Raja Bukit negara, Osman Limat  bagi menghargai jasanya dalam bidang sukan.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika dihubungi.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas portal berita ini menyiarkan mengenai nasib bekas pembantu jurulatih dan pelumba basikal negara itu yang kini mencari rezeki daripada jualan lukisan yang dihasilkannya. 
"Tunggu pengumuman penting yang akan dibuat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada Ogos ini dan saya pasti ia akan menggembirakan semua penggiat seni moden dan kontemporari tempatan terutama di negeri ini.
"Bukan sahaja Osman Limat, malahan kita mahu memastikan pelukis tempatan tidak dipinggirkan, malahah karya mereka mendapat sambutan dan mampu memberi pulangan tetap untuk hidup lebih selesa," katanya.
Ketika ini, Osman menghabiskan masa dengan melukis di Galeri Rajawali, Taman Cenderawasih di Kuantan dengan membina pondok daripada kayu terpakai. Bajet terhad menyebabkan Osman menjual lukisannya untuk mendapatkan bekalan kayu terpakai menerusi sistem barter.
Mengulas lanjut berhubung program yang dirancang kerajaan negeri itu, Mohd Sharkar berkata, tiada yang lebih membanggakan jika semua pusat komersial mempamerkan hasil seni tempatan.
Berikutan itu, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak terbabit termasuk pengusaha hotel, pusat peranginan dan restoran supaya hanya menghiasi ruang dalam bangunan dengan karya seni pelukis negara.
"Kenapa perlu dihiasi dengan lukisan luar negara sedangkan Malaysia terutama Pahang juga memiliki pelukis tempatan yang berbakat besar dan mampu menghasilkan karya seni berkualiti," katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya juga berhasrat untuk mewujudkan ruang khusus untuk lelongan hasil seni moden dan kontemporari.
"Langkah ini akan memudahkan peminat seni mendapatkan karya yang mereka mahu, sekali gus meningkatkan pendapatan pelukis tempatan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.