script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hishamudin: Ancam Bakar Ibu Pejabat DAP Harus Di Siasat


TELUK INTAN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu ancaman hendak membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur disiasat. 

Menteri Pertahanan itu berkata adalah tidak wajar ancaman seperti itu dibuat oleh sayap pemuda Umno.
Pada Jumaat Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat DAP bagi membantah kata-kata yang kesat dilemparkan oleh ADUN Seri Delima daripada DAP, R.S.N. Rayer yang melabelkan "UMNO celaka"  dalam persidangan dewan negeri Pulau Pinang. 

"Saya nasihatkan mereka siasat. Jangan ikut emosi.

"Dalam situasi hari ini, terutama bila anda mempunyai media sosial, maklumat tak berasas akan tersebar. Jadi jangan tunjuk reaksi emosional.

"Biarlah ada kebijaksanaan dan kewarasan dalam mengambil tindakan dan siasat sedalam-dalamnya.

"Siapa sebenarnya dalang dalam apa juga perkara yang kita rasa tak kena," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan 'walkabout' bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong, di sini hari ini.

Rayer pada Selasa mengeluarkan kata-kata tersebut, ketika membahaskan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri.

Keesokannya beberapa orang anggota 
UMNO merempuh masuk ke dalam dewan negeri menuntut Rayer memohon maaf.

Hishammuddin, yang juga bekas Ketua Pemuda 
UMNO, berkata DAP mempunyai muslihat bila sering melakukan provokasi. 

Beliau menasihatkan anggota UMNO jangan mudah melatah dan tidak 'menari mengikut rentak DAP'.

Menteri Pertahanan itu berkata pembangkang menimbulkan isu tertentu seperti kalimah "Allah" atau isu "Bible" semasa pilihan raya kecil di Sabah atau Sawawak bagi mencetuskan kemarahan rakyat.

"Ini bukan perkara baru," katanya.

Hishamuddin meminta pengundi Teluk Intan mengundi Mah pada 31 Mei ini, demi menentukan mereka terus mendapat manfaat dari pada program pembangunan rakyat. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Apa nak siasat lagi, gambar dan video yang luas ditayangkan di media cetak dan media sosial dah jelas adalah perbuatan samseng2 DUMNO. Lagi satu sandiwara dari DUMNO.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.