KUALA LUMPUR [1.47 pm] - Parti KeADILan Rakyat (PKR) hari ini mengumuman pemecatan 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini. Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali (foto) berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam. Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009. "Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau. Nama-nama yang dipecat adalah Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah), Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah) , Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah), Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah), Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah), Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah), Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah), Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah), Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah), Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak), Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak), Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak) dan Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak).
[Senario pecat memecatnya ini adalah satu kerja yang amat tidak digemari oleh kebanyakkan parti politik di negara kita. Namun, PKR bersikap "gentleman" bila memecat ahlinya yang khianat dalam usaha untuk membuat pembersihan terhadap parti itu. Bagaimana pula dengan UMNO, setakat ini PDO difahamkan ramai ahli yang khianat masih berdaftar dan tidak pernah mendapat surat tunjuk sebab atau dipecat dari parti itu. Malah sebahagian besar dari kalangan mereka telah menyertai Pakatan Rakyat, malah ada juga yang bertanding dalam pilihanraya umum yang lalu. Anehnya, setiap kali membuat semakan keahlian yuran telah dibayar oleh pihak-pihak tertentu. Bayangkan ada dikalangan mereka yang sudah lebih 10 tahun khianat kepada UMNO namun masig berdaftar sebagai ahli. Patutlah keahlian UMNO kini mencecah lebihd ari 2 juta orang, kerana mereka mengekal nama-nama ahli yang khianat malah ahli yang telah meninggal dunia sekali pun. Semoga UMNO membuat pembersihan dan mengumumkan jumlah sebenar ahli yang masih kekal dalam parti itu. Bukannya susah untuk menyiasat, arahkan sahaja Ketua UMNO cawangan membuat siasatan dan pemantauan perkara ini. Mungkin juga ada cawangan yang sudah tiada lagi ahli sebenarnya tapi masih ada dalam pendaftaran parti itu. Inilah masalah yang perlu dikaji sebenarnya].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Jangan disimpan pisau, gunting, C4 dalam selimut... nanti diri akan tercedera...
>>>Budak Kampung<<<
mereka2 yang dipecat akan kembali semula kepada umno dan bn, semuga
lepas ni mereka jadi pulak duri dalam
umno dan bn, lagu tu le, perangai puak2 umno.
Masaalah dalaman dan perihal laku ahli PKR tak usahlah dikaitkan dgn parti lain. Tak payahlah nak buat perbandingan. Inilah masaalahnya bila perasan bagus. Ulasan yg tak perlu dan tiada relevan boleh memabawa padah. PDO a.k.a cucumatkilau, bilalah anda nak serik. Tumpukan perhatian anda sbg defendan kpd. saman si Saiful tu. Tak usah cakap banyak lagi!!
Terlampau banyak sangat mengkritik sampai terlupa kepimpinan PKR tu asalnya di pecat juga.....hee
Nik Abduh anak kepada YB Datuk Nik Mat Nik Aziz dan beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan bercakap mengenai kemelut dalam PAS sekarang, katanya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka..
p/s: Dalam PAS parti yg kononya perjuangkan islam ada hasad dengki juga ke sesama sendiri?, ingat UMNO je kan.
Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat <... orang PKR pun nak juga
apa-apa hal kita ni bukan malaikat.. masih manusia juga tapi cuba menjadi baik seperti malaikat
biar diorang msk BN lagi bgs..nk pangkat dn kekayaan bkn dlm PR..LU blh bla!!..
Post a Comment