script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: SPR Wajar Arahkan YB ADUN Kuala Nerang Letakkan Jawatan Kerana Pernah Menipu Kononnya Kes "Muflis" Beliau Itu Sudah Selesai !!

Nampaknya, harapan rakyat untuk melihat satu lagi pilihanraya kecil di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman masih samar-samar lagi. Ini berikutan tindakan ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim (foto) yang didakwa "muflis" tapi enggan melepaskan jawatannya itu. Agak mengejutkan juga bila seorang wakil rakyat yang jelas telah disabitkan dengan kesalahan itu, enggan mengosongkan kerusi tersebut. Walhal, dalam peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri jelas membuktikan bahawa mana-mana calon pilihanraya yang didapati muflis tidak layak untuk bertanding. Maka itu apakah alasan lagi untuk membenarkan beliau masih mengekalkan jawatannya. Sepatutnya SPR sendiri perlu menghantar surat tunjuk sebab dan mengarahkan beliau melepaskan jawatan itu. Bayangkan jika ini berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat?. Sudah pasti sepantas kilat surat berkenaan akan dihantar kepada ADUN terbabit. Tapi kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Syed Sobri ini?. Apa yang menarik, pada 16 November tahun lalu, beliau pernah mengaku sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu juga mengesahkan spekulasi pilihan raya kecil tidak timbul lagi kerana isu itu “kini hanya bersifat akademik kerana sudah ada penyelesaian.” Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya difahamkan soal muflis sudah selesai kerana kedua-dua pihak yang terbabit iaitu Syed Sobri dan bank telah mencari jalan penyelesaian. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi sahaja.

[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Datuk Syed Sobri telah secara jelas menipu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kononnya beliau sudah menyelesaikan masalah terbabit, walhal ia adalah sebaliknya. Syed Sobri adalah seorang yang kaya sebenarnya. Beliau merupakan Bekas Pengurus Besar Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Difahamkan, ketia kerajaan BN memerintah Kedah dulu, banyak projek PKNK telah diserah kan kepada Seri Temin. Beliau juga cukup dikenali sebagai Syed 10%. Mempunyai beberapa orang isteri termasuk salah seorangnya berbangsa siam. Menurut maklumat, beliau pernah memiliki sebuah kereta Rollsroyce dan mempunyai sebuah kedai minyak Shell di pekan Pokok Sena. Semoga SPR peka dengan apa yang berlaku ini, dan tidak perlu tunggu beliau letak jawatan. Tindakan "muflis" itu membuktikan yang imej beliau sudah tercemar. Bagaimana persepsi rakyat jika orang yang muflis masih berkuasa?].
Share:

13 ulasan:

  1. susah nak tahu yang mana halal dan yang mana haram, kalau halal eloklah tapi kalau haram, anak bini pun makan haram jugak.

    BalasPadam
  2. SPR adil, janganlah prejudis. SPR seboleh-bolehnya mahu mengelakkan pilihanraya kecil kerana tak mahu membazirkan wang rakyat. Wang rakyat kena jaga janganlah membazir kerana nak adakan pilihanaraya yang tak perlu. Selagi Adun ni hidup tak perlulah adakan pilihanraya. Dia nak muflis ke, nak bini 4 ke itu dia punya pasal. dia hilang kelayakan ke, dia menipu ke SPR tak peduli..yang penting pilihanraya tak akan diadakan... hidup SPR

    BalasPadam
  3. hahahah..takut lar tuu..kalu buat pilihanraya..terlingkup lagi..yg abis duit bukan SPR, tapi BN hahahha, sebab tabur kat rakyat..last2 kena flying kick..dihukum rakyat..terlingkup kat 4 pilihanraya kecik di semenangjung malaysia..sbb tu BN kumpul duit nak beli wakil rakyat jer lepas nii..hahahhaa pengecut ..dasar pengecut..ko kalu dah muflis..nak pinjam bank pun tak dapek tau..inikan pulak jadi wakil rakyat..tak maluker..

    BalasPadam
  4. yang nie lagi la gila kuasa, sprm x nk siasat ke, dr mn dtg duit dia yg byk tu?...cukup ke setakat gaji jd yb tu nk byr hutang RM150,00.00?..nanti ada plak yb cipta sejarah, yb minta sedekah sbb nk byr hutang..haha!! datuk Nan apa cerita?...

    BalasPadam
  5. buat repot polis. biar polis siasat. kasi pecah semua.......

    BalasPadam
  6. repot polis...kelakar le tu

    BalasPadam
  7. spr sapa bayaq gaji hampa, apa yg aku suruh buat, jangan lawan taukeh

    BalasPadam
  8. Another by election?
    Ain't gonna happen
    UMNO is damn scared 2 hav another parliamentary by election,moreover in a Pakatan led state
    82 Pakatan seats is intimidating enough,BN definitely does not want 2 see 83 seats

    How can another by election occur?
    Maybe by the will of Allah SWT,a BN lawmaker pass away,only then BN is more than willin 2 contest

    BalasPadam
  9. hoi pandai mu no cakap orang putih. ingat sama pak mak mu dok motong d kampong nu. hidup pas / dap / pkr. malaysian malaysia. kita mau sama rata

    BalasPadam
  10. Wahai rakyat kedah khasnya di Kuala Nerang adakah anda bersetuju dengan pemimpin anda saorang yang muflis? kalau tidak suka buat sesuatu dan kalau suka orang muflis ayuh teruskanlah,tepuk dada tanya hati mu wahai orang-orang Kuala Nerang.

    BalasPadam
  11. Kepada kerajaan bangang lagi bodoh kayu api kau ingat duit negara ni duit mak bapak kau kau ingat duit tu daun kayu blh kau tabur suka hati...pantang aku bajingan bajingan laknat yg berkuasa mcm firaun

    BalasPadam
  12. Kesimpulannya yg penipu yg jahat pembelit sahabat kepada kerajaan keji haram mendapat kuasa dari segala punca tipu muslihat dari sejak merdeka hinggi kini dan selamanya maka bersedialah anda semua dgn balasan azab sengsara di alam barzakh dan akhirat kelak. Kat sini kamu menguasai segalanya tp alam sana kamu hamba yg amat hina dn muflis

    BalasPadam
  13. Haram - ertinya kalau buat dapat
    dosa.

    Halal - ertinya bersih lagi suci dan mendapat pahala.

    Halam - ni kena tanya islam hadhari.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh, Pengunaan Tulisan Jawi

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat agar tampil sebagai pelopor dalam menghidu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.