Ramai pihak kini hairan dengan sikap berlembut Kerajaan Malaysia terhadap pencerobohan rakyat asing ke negara ini. Semalam (Isnin) masuk hari ke tujuh rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu masih belum ada penyelesaiannya. Persoalan yang timbul kenapa kerajaan perlu "memberi muka" kepada penceroboh?. Apakah ada rundingan dan perjanjian yang menyebabkan mereka begitu berani masuk ke negara ini tanpa ada sekatan?. Bagaimana mereka boleh masuk begitu mudah sedangkan kita mempunyai pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga perairan negara?. Malah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) semalam ada memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah. Dalam pada itu beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah. Sungguh aneh melihat situasi ini. Orang asing membawa senjata masuk ke negara ini dikatakan tidak mempunyai apa-apa niat?. Sedangkan kumpulan terbabit yang dipercayai pengikut Sultan Sulu (Filipina) yang menceroboh masuk ke Sabah sejak minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan Jamalul Kiram di Manila baru-baru ini. Beliau juga berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak akan tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan Kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina. Dengan pengakuan ini maknanya sudah terbukti mereka membawa senjata yang cukup berbahaya kepada kselematan rakyat negara ini sebenarnya. Anehnya, kenapa kerajaan masih tidak bertindak tegas terhadap kumpulan penceroboh terbabit?. Apakah mungkin ada muslihat dalam insiden ini?. Atau, mungkinkah mereka ini dijanjikan sesuatu selepas PRU-13 ini agaknya. Malah, mungkin juga ramai lagi rakan-rakan dan saudara mara mereka yang sudah memiliki IC untuk mengundi BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Lantaran itulah, kerajaan tidak berani bertindak kasar kerana takut "rahsia projek IC" ini didedahkan oleh mereka jika ada anggota mereka yang diapa-apakan pihak berkuasa negara ini?
Apa yang lebih menghairankan kita ialah, Hishamuddin dengan kuasa yang ada padanya boleh pula mengarahkan pihak polis bertindak kasar dan ganas kepada rakyat Malaysia yang hanya mahu pergi "duduk" di Dataran Merdeka pada Himpunan Bersih 3.0 dulu. Bukan setakat dihalau, malah ramai yang diperlakukan seperti binatang oleh pihak berkuasa. Rakyat yang sudah jelas tidak membawa apa-apa senjata berbahaya diperlakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa. Bukan setakat disembur dengan water canon dan gas pemedih mata, malah ramai yang dipukul, diterajang, dibelasah dan dihenyak-henyak oleh berpuluh-puluh orang anggota polis Malaysia. Kenapa rakyat tempatan diperlakukan sedemikian rupa, tetapi bila rakyat asing datang menceroboh dengan bersenjata kerajaan boleh pula berunding dengan mereka?. Kenapa dengan rakyat sendiri kerajaan tidak boleh berunding langsung untuk membenarkan mereka berhimpun secara aman seperti yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal Januari lalu?. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat tempatan yang datang atas satu niat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil diadakan?.
Senario yang berlaku ini juga mengingatkan kita kepada "Tragedi Memali" di Baling Kedah satu ketika dulu. Jikalau kerajaan bersikap mesra seperti apa yang dilakukan kepada penceroboh Filipina di Lahad Datu Sabah ini, maka sudah pasti tiada pertumpahan darah yang berlaku. Mungkin, Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya tidak terkorban seperti yang kita saksikan. Beribu-ribu anggota polis dikerah menyerang satu kumpulan kecil rakyat yang tidak berdosa itu. Maka kini, kenapa kerajaan tidak melakukan tindakan yang sama terhadap penceroboh Filipina yang sudah jelas membawa senjata berbahaya seperti Rifel M-16 dan sebagainya itu. Kenapa perlu berunding sampai seminggu lamanya, sedangkan di Memali arahan terus diberikan agar kumpulan terbabit diserang dan dibunuh. Dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka yang tergamak melakukan sedemikian kepada rakyat sendiri?. Ikuti rakaman video eksklusif di bawah ini bagi membuktikan tindakan polis tidak wajar sebenarnya.
[Dari paparan ini, jelas sekali menunjukkan kerajaan bertindak tidak adil kepada rakyat sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik dan bukanlah berlandaskan undang-undang dan kebenaran. Jika tidak, kenapa siri keganasan dan kebiadapan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang menyokong kerajaan dibiarkan begitu sahaja oleh pihak polis tanpa ada apa-apa tindakan?. Malah, terkadang ada juga maklumat mereka pula merancang dan memberi arahan kepada pihak berkenaan. Lihat apa yang berlaku di program-program anjuran parti pembangkang di negara ini?. Bukan setakat dikacau ganggu, malah lebih teruk dari itu. Soalnya sekarang, apa motif kerajaan terus berunding dengan penceroboh?. Bagaimana penceroboh seramai itu boleh begitu mudah "lolos" masuk ke negara ini?. Mana pergi anggota keselamatan yang sepatutnya menjaga keamanan perairan negara?. Tidak munasabah penceroboh bersenjata boleh masuk sedemikian rupa. Malah, anehnya Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri boleh mengatakan mereka tidak berbahaya walau pun membawa senjata. Kenapa ada rakyat Malaysia yang tidak bersenjata baru-baru ini boleh ditahan oleh pihak polis?. Kenapa menikus dengan rakyat Fiipina?. Sekali lagi diulangi, apakah kerajaan takut kumpulan terbabit mendedahkan ribuan saudara mara dan ahli keluarga mereka sebenarnya memang sudah mendiami kawasan terbabit, mendapat IC dan kini menjadi warganegara Malaysia untuk memastikan kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya?. Maka itulah penceroboh terbabit tidak mahu pulang kerana tiada siapa lagi yang tinggal di kampung halaman mereka buat masa ini. Apapun, kerajaan diharap lebih tegas dalam menangani permasalahan sebegini jika tidak mahu rakyat hilang kepercayaan kepada mereka].
Apa yang lebih menghairankan kita ialah, Hishamuddin dengan kuasa yang ada padanya boleh pula mengarahkan pihak polis bertindak kasar dan ganas kepada rakyat Malaysia yang hanya mahu pergi "duduk" di Dataran Merdeka pada Himpunan Bersih 3.0 dulu. Bukan setakat dihalau, malah ramai yang diperlakukan seperti binatang oleh pihak berkuasa. Rakyat yang sudah jelas tidak membawa apa-apa senjata berbahaya diperlakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa. Bukan setakat disembur dengan water canon dan gas pemedih mata, malah ramai yang dipukul, diterajang, dibelasah dan dihenyak-henyak oleh berpuluh-puluh orang anggota polis Malaysia. Kenapa rakyat tempatan diperlakukan sedemikian rupa, tetapi bila rakyat asing datang menceroboh dengan bersenjata kerajaan boleh pula berunding dengan mereka?. Kenapa dengan rakyat sendiri kerajaan tidak boleh berunding langsung untuk membenarkan mereka berhimpun secara aman seperti yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal Januari lalu?. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat tempatan yang datang atas satu niat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil diadakan?.
Senario yang berlaku ini juga mengingatkan kita kepada "Tragedi Memali" di Baling Kedah satu ketika dulu. Jikalau kerajaan bersikap mesra seperti apa yang dilakukan kepada penceroboh Filipina di Lahad Datu Sabah ini, maka sudah pasti tiada pertumpahan darah yang berlaku. Mungkin, Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya tidak terkorban seperti yang kita saksikan. Beribu-ribu anggota polis dikerah menyerang satu kumpulan kecil rakyat yang tidak berdosa itu. Maka kini, kenapa kerajaan tidak melakukan tindakan yang sama terhadap penceroboh Filipina yang sudah jelas membawa senjata berbahaya seperti Rifel M-16 dan sebagainya itu. Kenapa perlu berunding sampai seminggu lamanya, sedangkan di Memali arahan terus diberikan agar kumpulan terbabit diserang dan dibunuh. Dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka yang tergamak melakukan sedemikian kepada rakyat sendiri?. Ikuti rakaman video eksklusif di bawah ini bagi membuktikan tindakan polis tidak wajar sebenarnya.








Aok x paham pasal sabah jgn dok komen laa
BalasPadamAnon, Sabah tu bukan Malaysia ke???
BalasPadamOh ya tak ya jugak. Mamali tu kan ustaz yang berfahaman komunis. Sabah tu pengganas yang berjuangkan Islam. Jadi yang dimamali tu perlu diperangi habis-habisan. Yang disabah itu perlu disantuni. 1 malaysia rakyat dah faham. PRU 13 rakyat yang menentukan parti manekah yang bakal memerintah negara ini.Kalau ingin keredhaan allah swt didunia dan akhirat pilihlah mereka yang berjuang pada agamanya.
BalasPadamPatutla bn menang..3 komen yg bodoh bangat!!
BalasPadamPatut lah tulis 'anonymous' sebab komen pun memang bangang bin bahlul. Mereka ini sah pembodek UMNOI dan satu lagi tidak tahu hal dunia.15
BalasPadamAssalammualaikum, nak tanya Tabung Memali siapa dikalangan AhLim-AhLim PAS yang dang tibai.Depa dok sebut pasal pejuang memali, tak kesihankah pada balu-balu pejuang yang dah pegi.
BalasPadamBeberapa perkara yg agak pening berkaitan isu ini:
BalasPadam1.Mengapa segerombolan pasukan bersenjata bebas masuk tanpa dikesan?
2.Sedarkah mereka telah menduduki kawasan dalam sempadan negara dan ini bermakna mereka telah menjajah?
3.Bagaimanakah keadaannya sekiranya pasukan tentera negara luar yang lebih besar dan lebih canggih telah menduduki tanah negara kita, dapatkah kementerian pertahanan menanganinya?
4. PATI yang tidak bersenjata tetap bersalah dan ditahan, mengapa pasukan bersenjata yang menduduki tanah negara 'boleh diselesaikan melalui rundingan'?
5.Mengapa KM Sabah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan?
5.....atau adakah ini satu permainan PRU 13?
Sapa2 org sabah akan faham kes ini bagaimana hubungan kesultanan sulu dgn rakyat sabah...sebelum sabah masuk malasia negeri ini dibawah kesultanan sulu...rakyat sabah adalah rakyat sultan sulu...sebab itu masalah pendatang sukar diatasi disabah sebab terlibat dgn masalah saudara mara mereka sendiri kerana suatu masa dahulu mereka adalah satu negeri dibawah kesultanan sulu...
BalasPadamMaksud disini dia org bawa senjata tak akan tembak saudara mereka disabah dan rakyat sabah tak akan marah kerana meraka bersaudara dari dulu kala lg dibawah kesultanan sulu susah nk percaya budaya mereka dimana mereka tak mahu blajar tinggi kerana cita2 mereka sekadar ingin berkhidmat dgn sultan mereka itu sudah dianggap berjaya
BalasPadamTambah lagi satu sultan ....baru aman...
BalasPadamhttp://www.rbfonline.net/2013/01/kantoi-kantoi-kantoi-ikuti-pendedahan.html..ni baru betul2 pembohong
BalasPadamPenulis lebih suka pendekatan... hapuskan mereka semua?? Takkan nak ulang sejarah kot.. biarlah cara rundingan daripada pertumpahan darah.. lagipun mereka seagama dan bersaudara dengan penduduk tempatan.. ok mungkin nak ungkit pasal memali.. biar saya ulang.. takkan nak ulang sejarah kot??
BalasPadamtiada kena mengena dengan agama, agama tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan pencerobohan @ penjajah...
BalasPadamJadi, bunuh sahaja saudara seagama kita itu daripada halau mereka pulang??
BalasPadamKehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.
BalasPadamKetika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Pelik mcmana kumpulan yg ramai bersenjata tidak dpt dikesan sedangkan kita mempunyai tentera dan angkatan maritim yg mengawal 24 jam. Bukan sorg tu. ramai yg masuk. takkan tak perasan?
BalasPadamOo jadi kalau pengganas sulu tu orang islam kita kena berlembut la ye. Pergi baca al quran la bro surah al maidah ayat 33-34..
BalasPadam