script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: BR1M Haiwan, Ikuti Ucapan Sebenar Nik Aziz!

Ucapan Menteri Besar Kelantan,  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mencetus kontroversi dalam majlis sambutan kepulangan beliau dari Umrah pada 20 Februari 2013 lepas bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Bandingkan ucapan sebenar beliau berbanding dengan kenyataan yang digembar-gemburkan oleh Media Perdana TV3, Utusan dan lain-lain yang kini sedang hangat memperkatakan mengenai isu ini.  


[Ramai keliru dengan permainan media arus perdana mutakhir ini. Walau pun telah tewas banyak saman yang dibuat oleh pemimpin pembangkang terhadap berbagai isu mutakhir ini, namun mereka jelas tidak pernah insaf dan terus menyiarkan berita propaganda bagi mengelirukan rakyat. Kenyataan yang cukup mudah oleh Nik Aziz itu telah diputar belit kononnya beliau menganggap penerima BR1M itu umpama haiwan, sedangkan beliau hanya mengandaikan kerja buat UMNO BN yang gemar memberi kebendaan kepada manusia itu umpama memberi makan kepada haiwan. Perumpamaan dikatakan tuduhan, sedangkan bagi mereka yang faham kata-kata Nik Aziz itu pasti akan melihat perkara ini tiada isu sebenarnya. Malah dengan jelas Nik Aziz mengatakan sepatutnya ilmu yang diberika kepada umat Islam agar mereka lebih memahami ajaran agama itu sendiri. Dengan memberi berbagai bantuan berupaa "duit" bermakna UMNO BN menyamakan rakyat seperti haiwan agar dicucuk hidung mereka. Selepas kenyang mendapat habuan akhirnya mereka akan disembelih selepas pilihanraya umum akan datang. Kuasa yang diperlukan untuk menarik perhatian dan undi, selepas berkuasa rakyat akan dijadikan mangsa oleh mereka. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat. Media arus perdana harus bertaubat atas segala kenyataan yang dibuat ini. Namun, apa yang jelas mereka tidak akan rasa insaf sebenarnya].
Share:

3 ulasan:

  1. Saya amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau adalah seorang ulama yang ikhlas dan berani menegakkan kebenaran kerana Allah. Cara hidup beliau dan keluarganya adalah sederhana dan beliau dan keluarganya suka merendah diri bila bertemu dengan rakyat dan melayan rakyat dengan baik dan rakyat amat mengasihi beliau sekeluarga. Segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam.

    Terdapat sebilangan manusia yang benci melihat Tuan Guru Nik Aziz dan ulama-ulama lain yang suka melakukan kebaikan! Mereka mencipta berbagai fitnah untuk menfitnah Tuan Guru Nik Aziz dan mereka menggunakan media massa untuk menyebarkan fitnah-fitnah. Mereka seolah-olah tidak beriman dengan hari akhirat (hari pembalasan) dengan mencipta dan menyebar pelbagai fitnah ! Allah berfirman:

    “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].

    Renungilah hadis dan ayat Al-Qur'an:

    (1) Allah berfirman, maksudnya:-

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

    Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

    (2) Berhati-hatilah, wahai kaum muslimin terhadap berbagai fitnah akhir zaman. Berhati-hatilah dari fitnah-fitnah dan jauhilah. Sesungguhnya, apabila fitnah telah muncul dan bertebaran, ia akan membinasakan semuanya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

    "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (Al-Qur'an) Al-Anfal: 25)

    (3) Pada akhir zaman ini terdapat 'ulama-ulama' dan 'ustaz-ustaz' upahan yang sanggup menfitnah Tuan Guru Nik Aziz dan ulama-ulama lain yang ikhlas dan berani menegakkan Islam di bumi ini.

    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

    Nabi Muhammad SAW bersabda "Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama sû’; mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." (HR al-Hakim).

    Menurut adz-Dzhabi, ulama sû’ adalah ulama yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa; ulama yang memutarbalikan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam saja (di hadapan penguasa) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran.

    BalasPadam
  2. Saya suka PM Dato' seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana dia seorang PM yang pandai jadi Pengacara Konsert PSY. Saya ingat dia nak tunjuk kat Tok Guru yang dia pun boleh buat apa yang Tok Guru buat.Sepatutnya beliau jadi Imam Zohor.Rupa-rupanya nak jadi imam zohor dok leh. Macam manelah orang Pekan pilih dia jadi ahli parlimen. Sekurang-kurangnya boleh jugak menumpang dia kalau solat jemaah. Hampas haramjadah.

    BalasPadam
  3. Lawak bodoh lah bro.... dunia kata pergi, kubur kata Mari ... ingat2lah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

KUANTAN : Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran C...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.