script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mahasiswa GM13 Di Serang Samseng Di Pekan Gara-Gara Teruskan Kempen Tolak Perdana Menteri!

PEKAN, 15 Feb - Setelah dimaki hamun, diusir dan diancam dengan parang Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) hari ini menghadapi satu lagi saat getir apabila dikepung dan diganggu oleh samseng UMNO dalam kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Sekitar pukul tiga petang tadi kumpulan Pemuda UMNO Pekan itu telah mengepung mahasiswa dan mendesak mereka untuk keluar dari daerah Pekan serta-merta. Menurut sumber yang menghubungi Harakahdaily, kekecohan juga tercetus apabila ada ahli PAS yang cuba menasihati kumpulan Pemuda UMNO itu supaya bertenang kerana kejadian berlaku betul-betul di bawah Pejabat PAS Kawasan Pekan, di bandar ini. Dalam suasana tegang dan kekecohan tersebut ada ahli GM13 dikasari dan ditampar serta ada mahasiswi ditarik tudung walaupun mereka tidak melawan. Beberapa ahli PAS yang kebetulan berada disitu membantu mengiring mahasiswa untuk kembali ke penginapan mereka di Kampung Rompin Lama dan diiringi sebuah kereta peronda Polis. Bagaimanapun, kumpulan samseng itu terus mengekori mahasiswa ke penginapan mereka dan menunggu seta mendesak supaya mahasiswa mesti keluar dari Pekan pada petang ini juga. GM13 datang ke Pekan Ahad lalu dalam usaha melakukan ziarah, mengedar risalah, kerja gotong-royong dan bersukan dengan pemuda tempatan. Mereka memulakan aktiviti di Dewan Undangan Negeri Pulau Manis di mana diherdik dan diusir oleh ADUN di situ sendiri. Hari kedua di DUN Chini, mereka bukan saja disekat bahkan dua kali diugut dengan parang oleh samseng UMNO. Semalam mereka berada di DUN Bebar juga ditunggu dan diringi  oleh samseng terbabit. 



Hari ini mahasiswa berkenaan di DUN Peramu Jaya iaitu melibatkan kawasan bandar Pekan dan sekitarnya. Aktiviti pada sebelah pagi tidak diganggu sehinggalah mereka dikepung pada sebelah petangnya di Markas PAS Darul Husna. Sementara itu, rata-rata berpendapat kejadian ini tidak sepatutnya terjadi dalam sebuah negara demokrasi dan berlaku pula di parlimen Perdana Menteri yang telah mengumumkan transformasi demokrasi. Bagi mereka, cara berpolitik samseng sepatutnya sudah berlalu kerana hanya diamalkan pada zaman kuno. Mereka kesal, kefahaman ini tidak diterapkan oleh Najib kepada warga parlimennya sendiri. Banyak juga pihak kesal dengan UMNO yang mengupah samseng sedangkan aktiviti mahasiswa yang 100 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam itu tidak menyalahi undang-undang selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti di parlimen baru-baru ini. sumber

[Apa yang berlaku kepada para Mahasiswa ini jelas sekali merupakan satu pencabulan hak-hak asasi manusia dalam sebuah  negara demokrasi seperti Malaysi ini sebenarnya. Apapun adalah lebih baik para mahasiswa ini meninggalkan Pekan dengan segera keran dikhuatiri lebih banyak  insiden yang tidak diingini akan berlaku nanti. Mereka boleh berjuang menggunakan media baru, manakala segala risalah yang berkaitan boleh diedarkan oleh orang politik di Pekan. Ramai yang kecewa maahasiswa ini tidak dilindungi sepenuhnya oleh pemimpin PKR Pahang, sedangkan difahamkan mahasiswa akan bertnding di parlimen itu atas ehsan kerusi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mahasiswa perlu dilindungi sepanjang masa, bukan ketika berlagu adengan sebegini  barulah mereka datang untuk membantu. Tidak wajar hanya berharapkan orang-orang PAS untuk menjaga mahasiswa terbabit, sedangkan sudah banyak bantuan dan kerjasama yang diberikan. Pakatan Rakyat perlu bersatu jika mahu membawa agenda perubahan buat seluruh rakyat Malaysia. Itulah yang terbaik buat masa ini, bukannya selepas berlaku kekecohan baru semua pihak tiba membantu].
Share:

8 ulasan:

  1. Mana polis? Bukan kah kerja polis menjaga keamanan, jadi mana polis apabila samseng upahan UMNO menganggu orang lain. Tidak sesiapa berhak menghalang atau menugut orang lain. In i negara demokrasi. Saya tetap salahkan polis sebab mereka benar2 tidak patuh pada undang2. Bagaimana kalau orang lain menghalang orang2 UMNO menjalankan dakyah mereka. Saya jamin 3 hari 3 malam berita itu akan dijajah siangn dan malam dan semua TV dalam negara. Memang nak terbenam UMNO dalam PRU 13.

    BalasPadam
  2. nak kabo ke puak pemuda umno pekan, ini bumi Allah bukan hak kamu, kamu ingat kita semua akan berada di alam barzah, jangan kita sombong dan angkuh serta merasa kita kuat, kerajaan firaun yg hebat Allah pun hapuskan inikan pulak umno yg sekecik ini.jgn kerna wang ringgit sesama islam kita fitnah ,hina ,nista, tunggulah anda yg berlagak sombong, kita akan tua, sampai masanya Allah tentukan akan bagaimana jadi nya. perjuangan menegak Islam adalah amanah, bukan berjuang kerna wang dan projek, hari ini anda boleh menengking dan maengahamburkan katakata dan merasakan bumi Pekan Hak kamu..langit tidak selalu cerah, Ya Allah kau laknatkan org yg menentang Islam.

    BalasPadam
  3. Tengok kepada sepanduk/kain rentang tertulis menyatakan rakyat pekan tidak mengalukan kehadiaran GM13..Memang la puak tu tak suka sebab mereka ni suka kpd kaum pendatang seperti otg kemboja, Myanmar(kedah) dll sehingga mereka ni diberi kseistimewaan dgn diberi tanah, rumah sehinggakan diberikan taraf kerakyatan dan ada kg kemboja ditubuhkan cawangan UMNO..Bagi org tempatan nak dptkan rumah dan tanah puluhan tahun baru tahun jawapan tapi bagi org kemboja dan myamar tak perlu tunggu puluhan tahun baru duduk dipekan dalam tempoh setahun disediakan rumah dan tanah dgn pelabagi kemudahhan asas...Org pekan tengok aje la gigit jari..

    BalasPadam
  4. Ye la aku pernah masuk di Kg Baru Sg.Miang kebanyakan semua oran kedah myanmar tu semuanya dapat tapak rumah lot banglo dan aku pernah tanya mereka ni diberi pula bantuan utk bina rumah sebanyak RM6000 setiap lot..Ape komen pemuda UMNO...Ni yg dikatakan menang sorak kg tergadai..kera dihutan disusukan anak dibuaian mati kelaparan...

    BalasPadam
  5. nasib baik tak kena tetok mcm penyokong bn di kelantan hehehee

    BalasPadam
  6. UMnoNgok...kempen 24 jam kat TV...kat radio..kat surat kabar....dimula kempen cara HARAMJADAH ni sejak 2 tahun lepas lagi...

    BalasPadam
  7. batu sudah x de maaa...itu telor smua sudah masuk dlm..

    BalasPadam
  8. pok jib pasang kaki dh ni....boleh upoh 20riyal sorg tolong hambat bdok2 ni....alu dop pn boleh projek wt longkang dan mesin rumput jalan kampung.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

KUANTAN : Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran C...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.