script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Utusan Akhirnya Sedia Mohon Maaf Daripada YB Azan Ismail

KUALA LUMPUR, 6 Feb - Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan UMNO itu. Keputusan kes itu sepatutnya diumum semalam, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir. Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan. “Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat,” jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi  dan Pengerusi Biro Keahlian KEADILAN Negeri Terengganu ketika itu. Beliau diwakili peguam, A Vasudevan. sumber

[Nampaknya Utusan sekali lagi berhadapan dengan malang apabila terus tewas dalam "menegakkan benang yang basah". Sudah beberapa kali mereka berhadapan dengan berbagai tindakan mahkamah yang kesemuanya memenangkan individu yang difitnah. Namun, hingga kini dapat dilihat Utusan masih tidak pernah merasa insaf atau malu dengan apa yang berlaku. Mungkin ada pihak yang sudah menyediakan sejumlah wang untuk membiayai akhbar milik UMNO itu agaknya?. Lantaran itulah Utusan sudah bersiap sedia dengan segala saman yang dikemukakan oleh mana-mana pihak. Namun, mereka juga harus ingat bahawa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap akhbar yang kononnya "penyebar fikiran rakyat" itu kini sudah merudum sama sekali. Utusan kini hanya untuk UMNO dan akan melaporkan yang baik-baik sahaja kepada UMNO. Dalam masa yang sama akan terus menyerang dan menghentam pembangkang dari segenap arah. Justeru, rakyat digesa menjauhkan diri daripada akhbar sampah yang lebih teruk dari lambakan mingguan tabloid yang berada di pasaran sekarang ini. Utusan BN kini adalah "penyebar dakyah UMNO" sejak dulu, kini dan selamanya !].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

RXZ Members 8.0: Seorang Penuntut Wanita Sebuah IPTS Dari Kuantan Maut, Motosikal Rempuh Kenderaan Pacuan Empat Roda Di LPT2

DUNGUN: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.