script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: ADUN "Katak Lompat" Dari Perak, Jamaluddin Md Radzi Dan Dua Yang Lain Bebas Tuduhan Rasuah !

PUTRAJAYA, 6 Feb: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Behrang Jamaluddin Mohd Radzi  (foto) dan dua yang lain kini boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah. Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan mereka. Md Raus berkata selepas menimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang semasa membuat keputusannya itu dan beliau telah memberikan alasan bagi pembebasan mereka. "Tiada alasan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi," kata Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. Pihak pendakwaan merayu terhadap pembebasan Jamaluddin, 57, bekas ahli Majlis Daerah Perak Tengah Zul Hassan, 51, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 35, dan juga bekas ADUN kawasan Bota Usaili Alias, 61 (bagi empat pertuduhan rasuah). Panel Mahkamah Rayuan itu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Usaili daripada empat pertuduhan menerima rasuah. Bagaimanapun, beliau masih belum dilepaskan daripada pertuduhan itu berikutan dia diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membela diri terhadap tiga lagi pertuduhan rasuah. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Jamaluddin berkata beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah itu. Mengenai apa yang akan beliau lakukan selepas ini, katanya beliau akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasannya selagi Dewan Undangan Negeri Perak belum dibubarkan. Katanya beliau kekal menjadi Adun Bebas dan masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai Barisan Nasional, dan menambah kata beliau juga perlu fikirkan sama ada untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Pada 23 April, 2010, Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan keempat-empat mereka dan ADUN kawasan Changkat Jering Mohd Osman Jailu tanpa dipanggil membela diri. Mereka menghadapi 10 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berhubung projek perumahan RM180 juta di Seri Iskandar dekat bandar Ipoh. 


 Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Hotel Summit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos 2008. Zul dan Fairul juga menghadapi pertuduhan rasuah seks apabila mereka didakwa menerima perkhidmatan seks warga China di Apartmen Sri Sayang (Seaview Agency) di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos 2008. Individu keenam, bekas juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ruslan Sahat, turut dituduh tetapi meninggal dunia pada akhir 2008 dan pertuduhan terhadapnya digugurkan. Mahkamah Tinggi Ipoh pada 22 April tahun lepas menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Jamaluddin, Zul dan Fairul tetapi memerintahkan Osman membela diri. Mahkamah Tinggi juga mengekalkan pembebasan Usaili terhadap empat pertuduhan menerima rasuah. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan Usaili membela diri terhadap tiga lagi pertuduhan rasuah. sumber

[Keputusan yang tidak mengejutkan terutamanya menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang. Sememangnya sejak dari awal lagi rakyat melihat isu ini adalah bibit-bibit awal perancangan UMNO BN untuk merampas negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat sebenarnya, Maka itulah, kita tidak hairan kesemua mereka yang terbabit dalam konspirasi ini akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan. Apa yang menghairankan kita ialah kenyataan Jamaluddin Razi bahawa beliau akan kekal menjadi ADUN Bebas dan masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai UMNO Barisan Nasional. Beliau juga berkata dia perlu fikirkan sama ada untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Persoalannya, walau pun kononnya ADUN Bebas namun banyak bukti bergambar kesemua mereka termasuk beliau sendiri telah hadir ke berbagai program yang dianjurkan oleh UMNO BN selepas menjadi bebas. Ini bermakna dia sebenarnya sudah memakai baju UMNO BN cuma mungkin ada dikalangan orang lama yang tidak mahu kemasukan beliau ke parti itu akan menutup peluang mereka. Maka itu, eloklah Jamaluddin dan "katak lompat" yang lain lupakan hasrat sertai UMNO BN dan bertanding atas tiket bebas pada pilihanraya umum nanti. Bukankah ini boleh membuktikan rakyat menyokongnya atau tidak. Jika tidak, lebih baiklah beliau dan yang lainnya bersara terus daripada arena politik. Itulah yang terbaik!].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

KUANTAN : Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran C...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.