script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perlawanan Legenda Pahang Menentang Kelantan Pada 7 November Ini Menyasarkan Kehadiran 25,000 Hingga 30,000 Penonton

KUANTAN: Perlawanan legenda Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur pada 7 November ini menyasarkan kehadiran 25,000 hingga 30,000 penonton bagi menyemarakkan semula sokongan terhadap pasukan Tok Gajah.

Bekas pemain Pahang, Azamuddin Akil berharap perlawanan itu dapat menghidupkan kembali semangat peminat terhadap bola sepak Pahang, selain mengimbau kegemilangan pasukan yang pernah menjuarai Piala Malaysia pada 2013 dan 2014.

Perlawanan itu menghimpunkan bekas pemain kedua-dua pasukan dan turut membawa misi membalas kekalahan 1-2 kepada Kelantan dalam pertemuan terdahulu di Kota Bharu.

Azamuddin berkata, pertembungan itu bukan sekadar perlawanan persahabatan, sebaliknya membawa makna besar kepada maruah kedua-dua pasukan yang mahu mempamerkan aksi terbaik.

“Semestinya pasukan Pahang memberikan hasil terbaik. Saya boleh katakan ini bukan perlawanan battle, tetapi perlawanan maruah kedua-dua pasukan. Insya-Allah, kedua-dua pasukan sedang menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan pada 7 November nanti,” katanya.

Antara bekas pemain Pahang yang bakal beraksi ialah Azamuddin, Azidan Sarudin dan Fauzi Roslan.

Penganjur berharap acara itu dapat menyokong usaha menghidupkan semula bola sepak Pahang yang tidak menyertai saingan Liga Malaysia sejak hampir dua tahun lalu.

Perlawanan itu menerima tajaan RM100,000 daripada PUC Sport, manakala hadiah pertandingan bernilai RM20,000 turut disediakan.

Sebanyak 1,000 helai Jersi Keramat Pahang edisi terhad yang diinspirasikan daripada jersi era kegemilangan 2013 hingga 2018 turut dijual pada harga RM25 dan RM50.

Tiket perlawanan dijual pada harga RM10 bagi tempat duduk terbuka dan RM25 bagi astaka, dengan jualan dijangka bermula tiga hari sebelum perlawanan.

Pembeli jersi edisi terhad pula layak memasuki stadium melalui tempat duduk terbuka tanpa tiket berasingan.

Selain itu, turut diadakan Klinik Bola Sepak Eksklusif “Touch By Legend” yang akan berlangsung pada 6 November, pukul 8.30 malam di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Program itu menghimpunkan bekas pemain dan jurulatih legenda Pahang serta Kelantan untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan generasi muda, dengan yuran penyertaan RM70 termasuk jersi klinik dan tiket perlawanan.

Penganjur berharap sokongan penaja dan peminat dapat membantu membuka ruang kepada usaha membawa pasukan Pahang kembali bersaing dalam Liga Malaysia. #BeritaRTM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perlawanan Legenda Pahang Menentang Kelantan Pada 7 November Ini Menyasarkan Kehadiran 25,000 Hingga 30,000 Penonton

KUANTAN: Perlawanan legenda Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur pada 7 November ini menyasarkan kehadiran 25,000 hingga 30,00...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.