script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Cadangan Benarkan Guru Kumpulan A Aktif Berpolitik, Hanya Untuk Parti UMNO Dan BN Atau Terbuka Sertai Sebarang Parti Sebenarnya !!

GEORGETOWN [12.48 pm] - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) mempertahankan cadangannya supaya guru kumpulan A dibenarkan terbabit dalam politik secara aktif. Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau mempunyai rasional sendiri dalam membuat cadangan itu. "Apa yang diperkatan Tan Sri Ismail Adam (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), adalah pendapat peribadinya." Bagaimanapun, dalam kita membuat keputusan mengenainya, perlu ada perbincangan dan mengambil kira semua pandangan seperti yang dilakukan sekarang," katanya di sini, hari ini.

[Nampaknya Hishamuddin ingin berlagak hebat dalam isu ini. Cadangan supaya guru kumpulan A dibenarkan terlibat dalam politik secara aktif adalah sesuatu yang keterlaluan dan wajar ditentang. Jika guru terbabit ingin berpolitik maka eloklah beliau meletakkan jawatan dan terlibat secara langsung sepenuh masa dengan dunia politik. Di samping itu juga kami melihat cadangan membenarkan guru aktif berpolitik juga masih tidak "jelas" sebenarnya. Hishamuddin harus menyambung ayat tersebut bahawa cadangan itu hanyalah untuk guru-guru kumpulan A aktif dalam "politik UMNO atau BN" sahaja. Bukankah ianya akan lebih "terang lagi bersuluh" sebenarnya. Hishamuddin tidak boleh berbohong dalam hal ini, apakah guru kumpulan A yang aktif dalam politik "parti pembangkang" juga dibenarkan?. Bukankah ini semua bakal mengundang seribu persoalan yang harus dijawap. Jika tidak, adalah lebih elok Hishamuddin membatalkan sahaja hasrat membenarkan guru kumpulan A aktif berpolitik, kerana ia akan menimbulkan konflik nanti].

Share:

5 ulasan:

  1. BAGUS LE GURU BOLEH BERPOLITIK.LEPAS NI BOLEH PULAK BERBISNES MLM DSBNYA SEBAB MURID SEKARANG DAH SEMAKIN BIJAK DAN BERAKHLAK MULIA.CIKGU PUN SEKARANG KERJA PUN DAH TAK BANYAK MANA, KEMUDAHAN SEMAKIN CANGGIH KOMPUTER DAH BANYAK BELUM LAGI DENGAN KEMUDAHAN YANG LAIN-LAIN SEKOLAH PUN DAH SEMAKIN DEKAT DENGAN BANDAR TIADA LAGI SEKOLAH DIPENDALAMAN.KALAU TAK ASYIK MAKAN GAJI BUTA TAK DAK KERJAAN.

    CIKGU PENCEN

    BalasPadam
  2. Lepeh ni cikgu-cikgu kalo rase maleh nak ngajor,boleh le kome aktif ngan politik.lepeh tu bleh le kome amik calon pulak.naik pangkat...jadi menteri pelajaran..

    BalasPadam
  3. CIKGU HANYA BOLEH BERPOLITIK DGN PARTI UMNO SAJE TAPI KALO DGN PARTI PR GERENTI KENA TUKOR NGAJOR SEKOLAH PENDALAMAN TAKPUN KENA TINDAKAN..ITULAH UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA.. SELAMAT MENGAJOR CIKGU2

    BalasPadam
  4. tak yah kelentong la... dah ramai cikgu cikgi yg dok sokong pembangkang selama ni... tapi makan gaji dok kerajaan juga... balik dari luar negara guna pinjaman kerajaan.. balik mai jadi cikgu dok hentam kerajaan... tak malu ke? kalau nak harap duit pinjaman dari pembangkang dok kat pondok aje le tu... aku tengok org depan rumah aku tu sebagai contoh... semua anak2 pi luar negara atas pinjaman dan sokongan kerajaan, tapi balik mai dok kempen pas tepi jalan... haprak

    BalasPadam
  5. oiii cek oii...Mana datang nya duit depa?..Duit kerajaan tu duit rakyat.duit kita..duit mak bapak hang, duit semua orang yang bayar cukai..apa punya bodo..mangkuk..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Perlulah Memahami Perubahan Politik Menjelang PRU-16 Ketika Kekuatan Di Susun Semula Dan Sokongan Rakyat Telah Berubah

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memahami perubahan politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) ketika kekuatan politik sedang disusun...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.