script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Murid "Melecur Di Sambar Api" Di Stesen Minyak !


KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai melecur 20 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas disambar api ketika menemani ibunya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai, pada Khamis.
Saifuddin Ismail Din, 7, dikatakan bermain pemetik api di dalam kereta Proton Wira ketika ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi petrol pada 9 pagi.
Bagaimanapun, selepas hampir dua minit, tiba-tiba menyambar kereta berkenaan dengan mangsa berada di dalamnya.
Saifuddin yang menjerit kesakitan bagaimanapun berjaya dibawa keluar daripada dalam kereta oleh ibunya dan api berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak berkenaan.
Bapa murid berkenaan, Ismail Din Awang Nor, 36, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isterinya.
Ismail Din berkata, anaknya itu pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HRPZII untuk rawatan lanjut.
Ismail Din berkata, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.
"Menurut isteri, dia ada menemui pemetik api di dalam kereta tetapi sudah menyimpannya di tempat selamat.
"Saya bersyukur semuanya selamat walaupun anak saya mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan termasuk di muka," katanya.
Katanya, Saifuddin kini dirawat di Unit Kelecuran HRPZII dan tidak dapat bercakap banyak kerana masih trauma dengan kejadian itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.