script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Guna Ketaksuban Agama, Untuk Menyerang !


SUNGAI BESAR: Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa PAS menggunakan ketaksuban agama untuk menyerang parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Mereka (PAS) merendahkan-rendahkan kami dengan mendakwa warna logo parti kami (jingga) meniru pakaian sami Buddha, dan melabel parti kami 'nanar' (bahasa Kelantan bermakna bengong).
"PAS hina warna sami, itu adalah taksub dan adalah satu bentuk ketaksuban agama paling teruk," katanya dalam sidang media di sini Rabu.
Dzulkefly mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengkritik Amanah kerana memilih logo berwarna jingga, menyifatkannya sama seperti pakaian sami berwarna kuning kunyit.
Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata isu 32 anggota Amanah yang menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi pada Selasa tidak akan menjejaskan sokongan untuk Amanah.
"Saya mengesahkan mereka adalah anggota parti tetapi terserah kepada mereka untuk menzahirkan sokongan untuk calon lain (Budiman). Jika mereka mahu menyokong Budiman, itu adalah hak mereka," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Amanah Dr Hatta Ramli dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Pengundian PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman, calon Amanah Azhar Abdul Shukur dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.