script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lulus Peruntukan RM1j Naik Taraf Padang MPK 1 !


KUANTAN: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan kira-kira RM 1juta bagi menaik taraf kemudahan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1), dekat sini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, peruntukan itu diluluskan selepas mendapat permohonan daripada UMNO Bahagian Kuantan sebelum ini.

Menurutnya, RM750,000 membabitkan pemasangan dan naik taraf lampu limpah yang akan digunakan untuk aksi bola sepak pada waktu malam di sini.

"Selebihnya untuk kemudahan rekreasi dan kerja naik taraf ini sudah mula dilakukan sejak minggu lalu dan ia dilakukan secara berperingkat.

"Pemilihan lokasi ini (Padang MPK1) adalah kerana ia memang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul untuk berbuka puasa beramai-ramai,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran  dan Jalinan Mesra dan Majlis Iftar Bersama UMNO Bahagian Kuantan, di Padang MPK 1, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat dan Timbalannya, Datuk Seri Abdul Hamid Nadzhar.

Selain menyempurnakan simbolik perasmian Abdul Rahman turut sempat meluangkan masa mengagihkan risalah mengenai kempen keselamatan kebakaran kepada pengunjung bazar Ramadan Jalan Mahkota, di sini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.