Adun Beserah, Andansura Rabu semalam mahu agensi berkaitan serius menangani pencemaran sungai itu yang didakwa semakin berbau dan mungkin mengancam kesihatan penduduk.
Melalui Sidang Dun Mei lalu, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, secara umumnya tiada sebarang penyaluran sumber air di kawasan berkenaan yang membolehkan memberi ancaman kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.
Norul Azali turut memaklumkan pemantauan dari Jabatan Kesihatan juga mendapati tiada kes penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang dilaporkan berpunca daripada pengambilan air di Sungai tersebut.
Bagaimanapun, Andansura mendakwa, sehingga kini, bau busuk sentiasa menghantui penduduk tetapi tidak ada sebarang tindakan untuk memulihkan keadaan.
“Malahan penduduk mengeluh kenapa tidak ada sebarang makluman darpada pihak kerajaan mengenai isu ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, semalam.
Beliau turut menggariskan beberapa cadangan supaya pihak berkuasa membersihkan sungai itu dan mengambil sampel ikan atau sumber sungai untuk kajian sama ada masih selamat digunakan atau sebaliknya.
“Akhir sekali dapatkan punca dan melalui cara ini mungkin dapat selesaikan masalah yang timbul sejak sekian lama,” katanya.
Andansura akan meninjau sungai itu esok dan mendapatkan maklum balas penduduk setempat mengenai keadaannya.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan