script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Akan Pasang CCTV Di 756 Lokap Seluruh Negara !


KUALA LUMPUR - Sebanyak 756 lokap di seluruh negara akan dilengkapkan dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dalam usaha memantau isu keselamatan tahanan sekali gus memantapkan intergriti pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pemasangan yang dijangka selesai hujung tahun ini melibatkan kos berjumlah RM73 juta.

Kata beliau, pemasangan CCTV itu juga akan dibuat di lokap mahkamah bagi tujuan yang sama, namun peruntukan itu berasingan dengan CCTV lokap.


“Bajet pemasangan CCTV ini diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang berlangsung di Putrajaya semalam bagi mengetahui  kejadian yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam tahanan.

“Bagi lokap di mahkamah pula, kita difahamkan hakim dan pegawai melalui jalan yang sama dengan tahanan, sehubungan itu isu keselamatan menjadi satu persoalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat berek polis bahagian Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am di Cheras hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff.

Dalam perkembangan lain, Vui Keong berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membaik pulih lif pejabat dan kuaters polis dalam negara.

“Kerja-kerja membaik pulih lif membabitkan 210 kuarters dan pejabat akan dilakukan sebaik pihak kontraktor terima surat perlantikan hujung bulan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hamid menegaskan tiada bantahan daripada pihaknya berhubung pemasangan CCTV di lokap.

“Anak-anak buah saya terdedah kepada fitnah sedangkan banyak kes kematian dalam lokap berpunca daripada penyakit yang dihidap tahanan sendiri.

“Saya percaya dengan adanya CCTV ini anak buah saya dapat elak daripada tomahan sekali gus menjalankan tugas dengan lebih sempurna,” katanya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Dimana lagi mau main Poker Uang asli deposit pulsa hanya dengan modal 10rb? Di Anapokerlah Tempatnya!

    Cara deposit pulsa yang mudah, bisa dari Indomaret ataupun Alfamart. Gabung sekarang dengan Anapoker, Situs Poker Terpercaya di Indonesia

    Contact Anapoker Sekarang
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
    link alternatif sbobet

    sbobet alternatif

    login sbobet

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa
    Jackpot Gede hanya dengan 1000 Rupiah

    BalasPadam
  2. Mohon pautkan blog saya di dalam bloglist tuan. Tq

    https://pariajalanan.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.