script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiada Keperluan Lanjut Had Umur Bersara Kepada 65 Tahun !


PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan generasi muda.

"Jangan kata Perdana Menteri berumur 94 tahun  tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

"Kalau kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, 'deadwood' nanti pun duduk atas kerusi itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).

"Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun," katanya pada satu sidang akhbar bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi tiga harinya ke Kemboja hari ini.

Mahathir berkata, terdapat negara yang tiada had umur bersara dan mereka boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi muda.

"Zaman saya dulu, kita melanjutkan had usia bersara dari 55 kepada 56 tahun sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya," katanya. 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk Singapura.

Semalam, Syed Saddiq membantah cadangan itu berkata kerajaan harus memberi fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda dan bukan menyekat potensi mereka. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.