IPOH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memuat naik satu video kenyataan bersifat jelik yang menyakitkan hati orang lain dan mendatangkan kemarahan sesuatu kaum serta menggugat ketenteraman dan keselamatan awam Februari lalu.
Tertuduh, T. Arunakirinathan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa memuat naik satu video kenyataan-kenyataan yang bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa memuat naik satu video kenyataan-kenyataan yang bersifat jelik yang boleh mendatangkan kemarahan kepada kaum lain serta memecahkan keamanan awam, menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
Bagi kesalahan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan melalui laman sosial Facebook 'Arunakiri Nathan II' pada pukul 11.52 malam 15 Februari lalu dan dilihat yang dilihat di Panorama Lapangan Perdana, Kampung Rapat di sini 19 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azhar Mokhtar dan dibantu Mohd. Waffy Ismail serta Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zawharul Haq Abd Rahman.
Pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan memandangkan perbuatan tersebut bukan pertama kali dilakukan sebelum ini.
Zawharul Haq membantah permohonan tersebut dan memohon mahkamah memberikan jaminan kepada anak guamnya atas alasan tertuduh memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.
Azman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap 1 haribulan setiap bulan di balai polis berdekatan kediamannya. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber







Dimana lagi mau main Poker Uang asli deposit pulsa hanya dengan modal 10rb? Di Anapokerlah Tempatnya!
BalasPadamCara deposit pulsa yang mudah, bisa dari Indomaret ataupun Alfamart. Gabung sekarang dengan Anapoker, Situs Poker Terpercaya di Indonesia
Contact Anapoker Sekarang
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128
Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
link alternatif sbobet
sbobet alternatif
login sbobet
link sbobet
sabung ayam online
adu ayam
casino online
poker deposit pulsa
deposit pulsa poker
deposit pulsa
deposit pulsa
deposit pulsa
Jackpot Gede hanya dengan 1000 Rupiah