script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Sedia Untuk Pertimbangkan Cadangan Penjenamaan Semula Bandar Teluk Gading Sebagai 'Bandar Maritim Rompin'

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mempertimbangkan cadangan penjenamaan semula Teluk Gading sebagai Bandar Maritim Rompin bagi memperkukuh identiti kawasan itu sebagai hab industri perikanan dan maritim di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, cadangan berkenaan merupakan inisiatif baik yang berpotensi merancakkan ekonomi setempat selain mengetengahkan kelebihan strategik kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pembangunan Teluk Gading sebagai pusat penempatan utama daerah serta zon maritim dan perikanan sudah digariskan menerusi Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rompin 2035 (Penggantian) yang diwartakan pada 18 Februari 2025.

Katanya, perancangan itu merangkumi pembangunan beberapa kemudahan utama termasuk pusat pengumpulan hasil laut, terminal feri dan bot, kemudahan penyimpanan serta depo dan perkhidmatan industri.

“Antara komponen lain yang dicadangkan ialah industri pembuatan bagi aktiviti membaiki bot dan membina kapal baharu, selain industri perkapalan dan perikanan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Dr Mohd Johari Hussain (BN-Tioman) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini.

Beliau berkata, Rancangan Kawasan Khas (RKK) Teluk Gading turut memberi tumpuan kepada pembangunan Zon 3 yang meliputi kawasan pesisir Sungai Endau dan industri maritim, termasuk mengenal pasti potensi aktiviti perikanan, bengkel membaiki bot serta industri pengimpalan kapal.

Mengulas cadangan pembinaan kilang bot dan kapal nelayan serta kemudahan dermaga atau limbungan kapal (dockyard), beliau berkata, perkara itu boleh diteliti menerusi pendekatan pembangunan industri maritim secara bersepadu.

Menurutnya, antara aspek yang perlu diberi perhatian termasuk mengenal pasti tapak bersesuaian, menyediakan kemudahan jeti, kawasan tambatan dan ruang pembaikan serta menilai keperluan peralatan dan akses pengangkutan.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu meneroka potensi pelaburan swasta dan usaha sama dengan pengusaha perikanan serta pemain industri maritim bagi memastikan pembangunan berkenaan berdaya maju, selain mengambil kira aspek keselamatan pelayaran dan perlindungan ekosistem Sungai Endau serta kawasan pesisir. #UtusanMalaysia

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Remaja 16 Tahun Yang Lemas Di Pantai Tanjung Pahang Teluk Gading Pada 22 November Lalu, Ditemui Lima Kilometer Dari Lokasi Kejadian

ROMPIN: Kehilangan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Pahang, Teluk Gading di sini berakhir apabila mayatnya ditemukan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.