script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

JKM Pahang Merekodkan Bantuan Berjumlah Lebih RM4.49 Juta Bagi 6,290 Kes Penerima Tabung Malapetaka Daerah (TMD)

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang merekodkan bantuan berjumlah lebih RM4.49 juta bagi 6,290 kes penerima Tabung Malapetaka Daerah (TMD) bermula 2022 hingga Oktober lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan itu disalurkan melibatkan empat kategori iaitu kes ribut, kebakaran, kematian dan bencana lain termasuk tanah runtuh, ditimpa pokok serta lemas. 

“Secara khususnya kita menyalurkan RM50,000 secara ampungan kepada tabung ini bagi setiap daerah yang diuruskan oleh Pegawai Daerah. 

“Sekiranya berlaku bencana, pengerusi TMD boleh gunakan wang ini untuk menyalurkan bantuan segera maknanya duit sudah ada. Jika tidak mencukupi, pihak daerah boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk tambahan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini. 

Beliau menjawab pertanyaan Ho Chi Yang (PH-Tanah Rata) berhubung jumlah peruntukan disediakan kepada Tabung Bantuan Bencana Daerah bagi setiap daerah dari 2022 hingga kini. 

Menjawab soalan tambahan Ho berkaitan cadangan mewujudkan tabung bencana pertanian, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri bersedia mengkaji inisiatif berkenaan.

“Cadangan itu kerajaan negeri akan kaji sebab kedudukan kewangan semakin baik, kalau tidak ada tabung pun mungkin boleh beri sekali sahaja,” katanya. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

JKM Pahang Merekodkan Bantuan Berjumlah Lebih RM4.49 Juta Bagi 6,290 Kes Penerima Tabung Malapetaka Daerah (TMD)

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang merekodkan bantuan berjumlah lebih RM4.49 juta bagi 6,290 kes penerima Tabung Malapetaka ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.