script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

16 Sept: Sah, 32 Ahli Parlimen BN Sudah Bersetuju Sertai Pakatan Rakyat !!

Angin semakin bertiup kencang. Tanggal 16 September, jadi atau tidak? Ramai yang menghubungi kami untuk mendapatkan info terkini tentang perkara ini. Apa yang boleh kami jawab ialah "Hanya Anwar yang tahu segala-galanya tentang 16 September". Sama juga dengan "Pilihanraya umum, hanya Pak Lah yang tahu bilakah tarikh parlimen akan dibubarkan". Namun, kali ini berbeza kerana ia bukan lagi tarikh parlimen dibubarkan malahan lebih dari itu. Maka semakin hari semakin panas isu ini diperkatakan. ramai yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan info terkini. Mereka tertanya-tanya dan tidak dapat tidur lena gara-gara mengenangkan detik 16 September ini.
Di pihak kerajaan, maklumat diterima hanya hanya 49 orang sahaja ahli parlimen BNBBC yang dikatakan telah sah berdaftar untuk turut serta dalam lawatan sambil belajar ke luar negara. Destinasi yang dipilih bukan lagi Amerika atau China tetapi Taiwan. Hajatnya untuk meneroka ilmu pertanian di negara tersebut. Lebih menarik masa juga telah dipendekkan hanya 8 hari sahaja. Jika dibandingkan dengan jumlah ahli parlimen BN secara keseluruhannya, maka bukti jelas bahawa program lawatan sambil belajar itu tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli parlimen BN sendiri. Apatah lagi dikalangan mereka yang diwar-warkan akan "lompat parti" menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008.
Kesangsian apakah detik 16 September menjadi kenyataan semakin menjadi bualan dimana-mana. Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sabar untuk melihat perubahan berlaku dalam tampuk pemerintahan negara. Bagi pimpinan UMNO, mereka nampaknya terpaksa menyembunyikan kegusaran dengan mengatakan omongan Anwar itu hanyalah khayalan semata-mata. Bahkan "petualang rakyat" Ezam Md Nor yang menyepi selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini pun sudah mula berbunyi. Kononnya Anwar menagih simpati rakan-rakannya diluar negara untuk mempercayai beliau tidak terlibat dengan "isu liwat". Baginya itulah tujuan Anwar ke Jakarta baru-baru ini. Anwar mahu menyakinkan rakan-rakannya yang beliau tidak bersalah. Tambahan pula kes itu akan dibicarakan di mahkamah pada 10 September ini, iaitu 6 hari menjelang tanggal 16 September.
Berita terkini, pemimpin Pakatan Rakyat telah mengadakan satu pertemuan "sulit" di ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi. Pertemuan ini khabarnya untuk membincangkan soal pembentukan kerajaan pusat. Malam tadi, satu pertemuan yang sama juga telah diadakan hampir tiga jam di rumah Anwar (Bukit Segambut), dan ia diteruskan hari ini kerana banyak isu lagi yang ingin dibincangkan ke arah itu. Kesemua pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai telah hadir kecuali Presiden PAS Tuan Guru Dato' Hadi Awang.
Adalah difahamkan pertemuan itu hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini. Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang.
Dengan perkembangan terbaru ini, maka kita yakin "16 September" akan tercapai hendaknya. Bukan hanya sekadar fantasi tetapi ianya adalah satu realiti yang perlu untuk membawa kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan BN perlu akur dengan kehendak rakyat. Mereka tidak lagi perlu angkuh dan sombong kononnya mereka dipilih oleh rakyat secara "demokrasi" menerusi "amalan pilihanraya". Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa bahawa "demokrasi itu telah tercemar" dan pilihanraya yang berlaku ternyata tidak bersih dan penuh dengan penipuan yang nyata. Justeru itulah, kerajaan BN yang ada adalah kerajaan "penipu" yang perlu dikorbankan demi rakyat keseluruhannya. Rakyat adalah hakim negara !!
[Laporan terkini, Anwar mengesahkan 32 orang ahli parlimen BN sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Maklumat ini diberikan selepas pertemuan mereka di Ibu Pejabat PKR pagi tadi. Jika ianya benar, ia bermakna harapan cerah untuk kita menerima kerajaan baru 16 September ini pasti akan tercapai. Perubahan akan berlaku jua akhirnya. Suara Rakyat Suara Keramat !!]
Share:

Lawatan Ke Taiwan, Hampir Separuh Tidak Turut Serta. 16 September Bakal Terlaksana !!

Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) mengadakan lawatan sambil belajar, yang mencuri perhatian banyak pihak sejak pertengahan minggu lalu, - hanya selama lapan hari - ke Taiwan, bukannya China ataupun Australia, bermula hari ini. Difahamkan seramai 50 daripada 78 anggota BN-BBC menyertai program tersebut, yang sebelum ini turut dikaitkan dengan 'usaha menghalang' sasaran pembangkang membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September ini. Sebelum ini, BN-BBC merancang untuk mengadakan lawatan selama 12 hari bermula semalam.
Antara Ahli Parlimen yang sertai program itu ialah Libaran, Putatan, Bukit Katil, Kuala Nerus, Arau, Lengong, Kuala Kurau dan Tenggara. Pengerusi BN-BBC, Datuk Seri Tiong King Siong berkata, pihaknya memutuskan untuk memilih Taiwan, bukannya China disebabkan kesuntukan masa. “Memang pada asalnya kami hendak melawat China tapi kerana masa tidak cukup untuk menguruskan visa, kami mengambil keputusan untuk ke Taiwan,” kata beliau kepada.Jelasnya, disebabkan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan akan menyambut Aidilfitri awal bulan depan, maka tempoh lawatan itu dipendekkan menjadi lapan hari.
Bagaimanapun jelas Tiong, mereka akan tetap ke China dalam lawatan akan datang, kemungkinan selepas berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat semasa. Hanya dua ahli Parlimen termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah mulai semalam. Kelmarin, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menafikan lawatan sambil belajar BN-BBC itu ada kaitan dengan strategi BN menghalang usaha Pakatan Rakyat yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN-BBC Datuk Bung Mokhtar Radin mengesahkan bahawa antara 48 hingga 50 anggota BN-BBC akan menyertai lawatan tersebut.
"Kita akan ke sana (Taiwan) tengah hari esok, selama lapan hari,” katanya.
Terdapat segelintir ahli Parlimen pula tidak dapat menyertai lawatan itu kerana menunaikan umrah dan akan mengikut lawatan kerja menteri ke luar negara, jelas beliau. Bung Moktar berkata, beliau dan Tiong sendiri akan turut serta dalam lawatan itu yang bertujuan untuk meneroka teknologi pertanian dan perindustrian. Tambah beliau, semua anggota yang menyertai lawatan tersebut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 11 pagi ini menaiki pesawat Cathy Pacific. Program kelab itu akan diuruskan oleh Pejabat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, kata beliau. Ditanya sama ada lawatan itu ditaja oleh mana-mana pihak, Bung Moktar berkata, semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka. Minggu lalu, timbul desas-desus ahli-ahli Parlimen BN akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini. Dalam pada itu, ketika ditanya komen mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang beliau akan menemui ahli BN-BBC selepas mereka pulang bercuti daripada lawatan sambil belajar itu, Bung Mokhtar berkata: “Benda ini hanya omong kosong. Anwar suka buat gempar saja. Selama ini pun kita tidak ke mana-mana.” Jelasnya, dalam sejarah Malaysia belum ada kerajaan yang dibentuk dengan membeli ahli Parlimen dari parti yang memerintah. “Dalam perlembagaan sudah termaktub perkara bentuk kerajaan ini kena gunakan cara yang betul bukan suka-suka,” katanya

[Berita ini dipetik dari mStar Online. Maknanya mereka tidak ke Amerika tetapi ke Taiwan. Jika benar tidak sampai pun 80 ahli parlimen yang menyertai lawatan ini, maka mana hilangnya baki yang lain. Apakah ini bermakna mereka bakal bersama Anwar menjelang 16 september ini. Nampaknya perjalanan cerita ini semakin menarik dan menggeemparkan. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya. Semoga adengan ini akan berakhir dengan "happy ending"]
Share:

Isu Perkauman: Gesaan Akar Umbi, Apakah MCA Juga Bakal Tinggalkan Barisan Nasional !!

Susulan keengganan Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang "angkuh" dan "sombong", enggan memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat kaum Cina gara-gara kenyataan berbaur "penghinaan" ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Maka satu lagi "sejarah" bakal terpahat dalam lipatan politik tanahair dalam masa terdekat ini. Ia berikutan kekecewaan yang teramat sangat daripada masyarakat kaum Cina dalam komponen kedua besar BN iaitu MCA maka ramai yang membuat gesaan supaya parti itu keluar daripada Barisan Nasional. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tan Chai Ho. Beliau berkata isu itu adalah suatu perkara yang rumit dan perlu dikaji dengan menyeluruh, terutamanya akibat daripada tindakan sedemikian. Namun begitu, Tan berkata beliau akan membawa perkara itu kepada perhatian pucuk pimpinan parti.
"Saya akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Pusat. Isu ini perlu dibincangkan dengan sebaik-baiknya dan kita perlu mempertimbangkan apakah akibat daripada tindakan itu,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda MCA Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Beliau diminta mengulas gesaan oleh Hang Chin Pheng, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, bahawa sayap parti berkenaan akan mendesak pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada gabungan pemerintah itu.
Tindakan itu akan diambil sekiranya kepimpinan tertinggi Umno gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail. Sambil mencadangkan bahawa tindakan undangundang terhadap Ahmad sebagai jalan keluar yang terbaik, Tan turut menggesa polis supaya menyegerakan siasatan berhubung isu itu. Jika keputusan ini berlaku, maknanya sudah dua komponen parti kaum Cina terbesar BN "berbunyi" untuk meninggalkan pakatan itu. Terdahulu kita mendengar kenyataan daripada pemimpin kanan parti Gerakan. Biarpun ia dinafikan semula dalam sidang media terbaru mereka semalam, namun umum mengetahui kini bahawa MCA dan Gerakan sendiri sudah nampak petanda kehancuran BN bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang. Politik untuk satu kaum kini sudah tidak relevan lagi di Malaysia.
Mereka melihat tiada pembelaan sewajarnya dibuat oleh pemimpin utama BN terhadap mereka. Dalam isu Ahmad Ismail, secara jelas PM Pak Lah menyokong dan gagal mengambil tindakan terhadap beliau. Ini hanya kerana mendengar penjelasan ketua bahagian Bukit Bendera itu, tanpa memanggil saksi dari kedua-dua belah pihak. Walhal kes itu telah dirujuk kepada pihak polis. Maka seharusnya ia disiasat secara terperinci dan tidak dibuat keputusan sewenang-wenangnya. Inilah yang mereka bimbang sebenarnya. Tiada jalan penyelesaian terbaik dilakukan oleh Pak Lah dalam hal ini. Bahkan, media serta pemimpin kaum Cina dalam BN pula dipersalahkan.

Pemuda Perak gesa MCA timbang keluar BN

IPOH: Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap. Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans di sini hari ini. Tan, yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu, berkata Pemuda MCA Perak tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk para pemimpin Umno mengubah sikap tetapi menegaskan mereka (pemimpin Umno) harus menunjukkan kejujuran untuk berubah.
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana menyuarakan BN dan Umno akan buat perubahan tetapi nampaknya pemimpin di peringkat nasional dan negeri tidak mengikuti langkah beliau," katanya. Tan berkata keengganan para pemimpin BN khususnya Umno untuk mengambil pengajaran daripada keputusan pilihan raya umum lepas akan menyebabkan gabungan itu akan dihukum dengan lebih teruk oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
"Punca BN kalah pada pilihan raya umum lepas disebabkan isu berkenaan pemimpin-pemimpin kita khususnya Umno yang menyuarakan perkataan atau suara yang begitu sensitif dan tidak mementingkan perasaan kaum-kaum yang lain," katanya. Semalam Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya parti komponen BN terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat. BERNAMA
[Senario terbaru ini amat menarik untuk kita fikirkan, apakah ia merupakan petanda awal "detik 16 September" bakal menjadi kenyataan?. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya isu ini. Jika sebelum ini isu perkauman dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang, makan kini segalanya terkena pada batang hidung mereka sendiri. Isyarat telah diterima !! Angin perubahan kian terasa kini]
Share:

Sensasi: Tawar Diri Bertanding Wanita UMNO, Mashitah Semakin Lupa Jalan Pulang !!

Sememangnya telah dijangka, akhirnya Dr.Mashitah yang selama ini kita hormati sebagai seorang pendakwah bebas kini sudah benar-benar mem"bebas"kan dirinya dari mahu dikenali sebagai "pendakwah". Mashitah yang cukup "popular" selama ini, akhirnya terjebak juga dengan "kancah" politik kotor serta menjijikkan yang dibawa oleh parti karat UMNO itu. Mashitah bagaikan sudah "dibutakan" mata dan hatinya untuk melihat kebenaran. Landasan yang dipilihnya untuk bersama parti itu sesungguhnya telah "menjerumuskan" dirinya ke "lembah kehinaan". Orang semakin benci dan "meluat" melihat kelibatnya. Mashitah tidak seperti dulu lagi, beliau disanjung dan dipuja sebagai salah seorang penceramah terkenal di negara bahkan di rantau ini. Namun kini segalanya hanya tinggal kenangan semata-mata. Mashitah sudah "bersalin kulit", darahnya kini sudah menjadi "merah UMNO". Beliau sudah tidak nampak lagi "mana intan mana kaca" dan "mana haq mana batil". Sungguh malang nasib Mashitah, kerana "dunia" beliau lupa segala-galanya. Namanya yang harum dulu sengaja dikotorkan demi mencari kemewahan duniawi.

Sejarah kehancuran nama Mashitah bermula apabila "kes pergaduhan" dengan jiran sendiri gara-gara masalah kecil yang tidak sepatutnya. Tambahan pula jirannya itu juga adalah seorang pendakwah terkenal seperti beliau. Pergaduhan tersebut gagal diselamatkan, hingga membawa kepada kes mahkamah. Tatkala itu, orang sudah mula sangsi kepada keperibadian Mashitah. Apatah lagi diwaktu itu beliau sering muncul dalam Forum Perdana Ehwal Islam di kaca TV. Persitiwa ini sungguh memalukan. Mashitah berbicara hal keluaga, hal masyarakat, hal saling hormat menghormati, hal sillaturrahim sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri gagal untuk mempertahankan sillaturrahim antara sesama Islam. Ini jelas membuktikan yang Mashitah "cakap tak serupa bikin" dan hanya "syok sendiri" tatkala menyampaikan "khutbah"nya selama ini. Orang ramai sudah mula membicarakan sikap sebenar Mashitah ketika itu. Tambahan pula kes mahkamahnya itu telah dihebahkan menerusi media arus perdana. Ramai yang kecewa dengan tindakan Mashitah sebenar. Bibit-bibit kehancuran sudah bermula dalam dirinya.

Disaat itu, Mashitah masih belum berpolitik dan hanyalah pendakwah bebas. Maka, semenjak beliau terlibat dengan politik kepartian yang berlandaskan Islamm Hadhari itu bermulalah era kejatuhan Dr.Mashitah Ibrahim. Ramai peminat beliau terkejut dengan apa yang berlaku. Mashitah seolah-olah tidak mempunyai "ilmu agama" langsung, kerna sanggup bersekongkol mempertahankan Islam Hadhari yang diasaskan oleh Pak Lah. Segala yang dipelajari dan diamalkan selama ini seolah-olah sudah hilang. Hasilnya, Pak Lah memberi ruang kepada beliau bertanding di Parlimen Baling, Kedah. Beliau menang dan kemudiaannya diangkat ke parlimen dan kabinet Pak Lah sebagai Setiausaha Parlimen. Bermulalah era Mashitah dalam kancah politik negara.

Bagi membalas jasa dan budi Pak Lah, Mashitah mula memainkan peranan sebagai "ikon hadhari". Banyak kenyataan dan tindakannya yang jelas bertentangan dengan konsep Islam itu sendiri.Misalnya dalam isu membenarkan wanita Islam bekerja sebagai pelacur sekiranya berlaku darurat, kemudian mencampakkan duit bayaran yang tidak setimpal diterima hasil program yang beliau hadiri, mengeluarkan kenyataan menghina hukum hudud perihal "potong tangan" serta banyak lagi kenyataan "hina" yang terkeluar dari mulutnya. Mashitah mula dianggap sebagai penyelamat Islam Hadhari, bahkan dirinya dilihat lebih berjaya daripada bekas Imam Masjid Negara, Pirdaus Ismail yang terdahulu menghumbankan diri kekancah "kehinaan" itu. Cuma, bezanya Mashitah menang pilihanraya umum 2004 dan Pirdaus pula kalah. Dalam pilihanraya 2008 lalu, nama Mashitah tidak dicalonkan. Umum mengganggap beliau akan diketepikan. Rupanya sangkaan kita meleset sama sekali. Pak Lah melantik beliau kembali ke dalam kabinet dengan jawatan yang lebih kanan dari dulu. Maka bergembiralah Mashitah mempertahankan "tuan"nya itu. Beliau langsung sudah tidak nampak jalan "kebenaran". Baginya Islam Hadhari adalah pelengkap segala-galanya. Beliau sudah mula alpa dengan jawatan yang disandang dan terlena dibuai mimpi-mimpin indah bersama UMNO.

Akhirnya, darah daging "UMNO karat" sudah mula meresap dan sebati didalam tubuh pendakwah bebas ini. Beliau semakin sayang dengan parti karat itu dan mula "kelabu mata" dengan kemewahan yang dikecapi kini. Baginya UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya. Kedangkalan ilmu Mashitah lebih teruk dari mereka yang langsung tiada pendidikan agama. Kita yang tidak sehebat Mashitah boleh menilai "kebobrokan" yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan BN hari ini. Namun Mashitah sudah tidak nampak itu semua!! Beliau semakin "ghairah" untuk berkuasa serta mempertahankan imejnya. Baginya, jawatan yang disandang sekarang tidak "manis" jika beliau tiada kedudukan istimewa dalam Pergerakan Wanita UMNO. Maka akhirnya, terdengar desas-desus terkini yang menyatakan Mashitah sedia dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan penting sayap kiri parti karat itu. Mashitah yakin dengan populariti beliau selama ini, sudah pasti beliau akan menang mudah. Sesungguhnya inilah yang terjadi kepada Dr.Mashitah Ibrahim. Kemelut yang melanda dalam dirinya ini sudah semakin parah. Beliau kini semakin lupa jalan untuk pulang!! Panjatkan doa agar beliau diselamatkan.

[Jika Mashitah menang merebut jawatan dalam Wanita UMNO, maka sudah pastilah dunianya akan lebih fana lagi selepas ini. Apapun, tahniah buat Mashitah kerana berjaya mencipta acuan baru dalam UMNO. Pencariannya selama ini telah mendorong beliau untuk memperhambakan diri dengan parti karat itu. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya untuk kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti. Amin]
Share:

Pak Lah Pertahankan Ahmad Ismail, Beri Amaran Kepada Media !!

Isu permohonan maaf yang sepatutnya dibuat oleh Ketua UMNO Bahagai Bukit Bendera, Ahmad Ismail bertambah merumitkan dan mendukacitakan para pemimpin MCA dan Gerakan. Ini kerana Pak Lah secara jelas mempertahankan perbuatan Ahmad itu. Menurut Pak Lah, Ahmad mengucapkan demikian berasaskan sejarah bahawa "kaum Cina" sememangnya adalah pendatang di negara ini dan tidak layak untuk mendapatkan hak yang sama seperti orang Melayu. Sesungguhnya, penjelasan ini jelas sekali membuktikan Pak Lah sanggup mengadaikan semangat perpaduan dikalangan pakatan BN sendiri. Sepatutnya kes ini disiasat oleh pihak polis dan dibawa ke mahkamah. Ini kerana, terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat sebelum ini. Maka, pihak polis sepatutnya menjalankan siasatan dengan terperinci dan tidak sepatutnya Pak Lah terus mempertahanan perbuatan Ahmad Ismail itu. Perkembangan terbaru ini jelas sekali bakal membuatkan pakatan BN itu akan marah kepada pemimpin UMNO. Sudah semestinya mereka akan lebih selesa untuk bersama dengan Pakatan Rakyat selepas ini. Sama-samalah kita nantikan perkembangan terbaru kes ini nanti.
Disamping itu juga, Pak Lah dengan lantang telah memberi amaran kepada media agar tidak memutar belitkan ucapan pemimpin. Mungkin ini ditujukan khas kepada beberapa buah akhbar berbahasa Cina terutamanya Shin Chew Jit Poh. Kemungkinan besar amaran ini diberikan kononnya isu ini menyebabkan anggota BN dari parti kaum Cina semakin hilang kepercayaan dan tidak yakin kepada BN itu sendiri. Amaran Pak Lah ini jelas menunjukan yang mereka begitu risau dengan senario yang berlaku pada hari ini.
Share:

Isu Perkauman: Ahmad Ismail, Lambang Keangkuhan Pemimpin UMNO !!

Kemelut politik UMNO kini kian parah. Akibat kekalahan besar BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, akhirnya perangkap yang mereka pasang memakan diri sendiri. Umum masih ingat, bahkan sering diwar-warkan di media arus perdana tentang sikap Pakatan Rakyat terhadap kaum lain di negara ini. Nah, sekarang terbukti siapakah yang bermain dengan "api perkauman" sebenarnya. UMNO sendiri kini menerima tanparan hebat atas isu perkauman yang mereka mainkan ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu. Gara-gara terdesak dan menagih simpati rakyat akhirnya omongan yang tidak sedap didengar telah terpacul daripada mulut pemimpin UMNO. Kenyataan berbaur perkauman oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tatkala kempen pilihanraya baru-baru ini jelas memakan diri kini. Ungkapan yang tidak sedap didengar perihal "orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak yang sama seperti orang Melayu", kini menghangtkan politik BN.
Ramai pemimpin Cina dalam BN kini mula mendesak agar Ahmad dikenakan tindakan displin. Pemimpin utama MCA dan Gerakan kini, seolah-olah bimbang nasib mereka dalam pakatan BN kini. Akibat kenyataan biadap Ahmad itu, mereka kini merasa begitu tidak selesa untuk berkerjasama lagi dengan UMNO dalam BN. Terbaru Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon sendiri telah membuat kenyataan bahawa kedudukan mereka dalam BN akan dikaji. Mereka bukanlah parti "pak turut" yang hanya boleh menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Justeru itu kemungkinan besar bahawa Gerakan akan bersama Pakatan Rakyat semakin cerah kini.
Melihat senario ini, maka kita yakin dan percaya bahawa 16 September bakal menjadi kenyataan. Sekiranya, UMNO gagal menangani permasalahan isu Ahmad Ismail dengan betul maka padah yang lebih besar akan menimpa mereka. Inilah dia realiti dalam politik kepartian yang berteraskan bangsa semata-mata. Ia berbeza dengan PKR yang berteraskan "rakyat" berbilang kaum dan PAS yang berlandaskan Islam. UMNO yang hanya memperjuangkan "Bangsa Melayu" akhirnya bakal karam dek kerana kebiadapan dan kesombongan pemimpin mereka sendiri. Kemarahan kaum lain kini semakin bersemarak, gara-gara kenyataan biadap Ahmad Ismail itu.
Realitinya disini, sememangnya UMNO dan BN sudah menghampiri ke penghujung hayatnya. Kes Ahmad Ismail tatkala menjelang 16 September bakal menjadi satu "sejarah". Ahmad harus bertanggungjawab atas apa yang berliau lakukan. Sikap tidak mahu "memohon maaf" malahan menyalahkan pula pihak lain amatlah memalukan. Bukankah TPM Najib Razak sudah bersedia menghulurkan kemaafan bagi pihak Ahmad sebelum ini. Maka sepatutnya, beliau sendiri harus memohon maaf secara terbuka dan bukannya menyalahkan laporan media dan juga kenyataan pemimpin Cina dalam BN. Beliau jelas mempertahankan kenyataannya. Ini amat mengecewakan para pemimpin kaum Cina dalam BN itu sendiri. Ahmad tanpa rasa bersalah, malah disokong pula oleh UMNO Pulau Pinang dan Pak Lah sendiri untuk tidak memohon maaf atas ucapannya itu. Paling melucukan, beliau pula menyalahkan media atas perkara ini. Walhal media yang disalahkan itu adalah media berbahasa Cina yang biasanya mengeluarkan artikel yang tepat dan bernas. Sikap Ahmad ini, samalah juga dengan sikap MB Pahang Dato' Nan selama ini yang senantiasa menyalahkan media arus perdana.
Apapun, "hikmah" disebalik ketelanjuran Ahmad ini bakal menjerumuskan kehinaan kepada UMNO sebagai tunjang pakatan Barisan Nasional selama ini. Mereka baru sedar bahawa perpaduan kaum yang dicanangkan selama ini hanyalah "retorik" semata-mata untuk meraih undi menjelang pilhanraya. walhal, hakikatnya puak-puak UMNO ini sememangnya menerapkan isu perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Lihat sahaja Kem Biro Tata Negara yang banyak didirikan di seluruh Malaysia. Selama ini memang BTN diwujudkan untuk menyemai semangat perkauman, cuma akhir-akhir ini sahaja ia menyemai pula semangat anti parti pembangkang.
Share:

Terkini: Isyarat Awal, Pengerusi Gerakan Wilayah Perseketuan Akhirnya Sertai PKR !!

Terkini! Tamparan hebat buat Barisan Nasional semakin terserlah kini. Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang digantung keahlian dua bulan lalu hari ini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bekas Ahli Parlimen Segambut itu mengumumkan perkara tersebut di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Beliau mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR pukul 1 tengah hari tadi. Gerakan menggantung keahlian Dr. Tan berikutan tindakannya menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai PakatanRakyat.
Dr. Tan menerima tawaran menyertai kerajaan Selangor bagi mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah. Tindakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu adalah yang kedua membabitkan pemimpin Gerakan, selepas Datuk Lee Kah Choon.Lee yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, menerima jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang daripada kerajaan pimpinan pembangkang di Pulau Pinang.
[Isyarat awal telah diberikan oleh Gerakan. Maka pastinya persoalan ini bakal terjawab menjelang 16 September ini. Sesungguhnya, satu perubahan besar akan berlaku dalam negara sedikit masa lagi. Tunggu dan nantikan sahaja perkembangan ini nanti]
Share:

ISA: Bukti Jelas Kerajaan Semakin Takut Dan Mahu Tutup Mulut Raja Petra !!

Blogger sensasi yang kini semakin "wanted" Raja Petra Kamaruddin kabarnya boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Menteri Hamid Albar, ini berikutan tindakannya yang menyiarkan beberapa artikel panas yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad SAW. Ulasan satu artikel dalam laman blog Malaysia Today yang antara lain boleh dipetik bertajuk "I promise to be a good. nonhypocritical Muslim". Dalam komenar artikel itu Raja Petra dikatakan telah menggunakan ayat-ayat yang boleh menghina orang Islam dan Rasulullah SAW. Ini berikutan beliau membenarkan satu komen yang berbunyi "Not all Arabs are descendents of the prophet" disiarkan dalam blog berkenaan. Laporan polis telah dibuat oleh empat agensi agama, dan Raja Petra boleh ditahan jika beliau didapati bersalah dalam hal itu. Empat agensi terbabit yang dikatakan membuat laporan berkenaan ialah terdiri daripadaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Apa yang menarik disini ialah, tindakan cepat dan pantas oleh pihak berkuasa terhadap Raja petra ini sesungguhnya menunjukkan yang beliau sememangnya amat dikehendaki. Semua yang terjadi ini seolah-olah menggambarkan pihak kerajaan begitu terdesak untuk menahan beliau. Ini berikutan Raja Petra adalah saksi utama terhadap beberapa akuan bersumpah yang berkaitan dengan kes liwat Anwar dan juga kes Altantunya Najib.
Mutakhir ini, banyak maklumat penting telah dikeluarkan oleh Raja Petra perihal kedua-dua kes ini. Akuan sumpah Bala, Dr.Osman serta lain-lain bukti yang mengaitkan tertuduh dalam kes ini amat "mendesak" pihak-pihak tertentu untuk menghumbankan saja beliau ke dalam ISA. Mereka sudah terlalu "panas" dan "gusar" dengan tindakan Raja Petra yang sering mendedahkan bukti-bukti kukuh kes berkenaan. Biarpun Raja Petra telah disaman oleh pihak-pihak terbabit dan kesnya akan dibawa ke mahkamah. Namun puak-puak ini masih sangsi dan takut dengan kelibat beliau yang sering mendedahkan rahsia-rahsia besar yang boleh memerangkap mereka. Raja Petra begitu berani untuk melakukan pendedahan demi pendedahan berserta dengan bukti-bukti yang kukuh. Inilah hakikat sebenarnya.
Justeru itulah, kita hairan jika Menteri Hamid Albar begitu garang dan lantang untuk mengheret beliau ke penjara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka tahu, jika beliau dibawa ke mahkamah, sudah pasti Raja Petra akan terlepas kerana sememangnya beliau mempunyai bukti dan dokumen yang kukuh dalam setiap kes yang dikemukakan. Tambahan pula sudah pasti beliau juga akan turut dipertahankan oleh barisan peguam berwibawa dan profesional. Ini bakal memungkinkan pihak-pihak terbabit kalah dan mendapat malu nanti. Maka jalan terbaik ialah cuba menghumbankan beliau ke ISA menerusi isu-isu yang direka oleh mereka, seperti penyiaran artikel yang berbaur hasutan dan penghinaan dalam blog beliau itu.
Sungguh tidak logik dan masuk akal langsung Raja Petra akan ditahan hanya kerana komentar terhadap artikel dalam blognya itu dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal, umum mengetahui yang komentar dalam blog boleh ditulis oleh sesiapa dengan menggunakan nama samaran. Maka itu, apakah wajar Raja Petra dipersalahkan?. Ini kerana komen dalam artikel adalah "rambang" dan kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak menggambarkan penulis blog itu sendiri. Mungkin juga komen tersebut ditulis oleh orang-orang yang sengaja ingin membuat "kes" kepada Raja Petra. Atau mungkin juga ia dilakukan oleh agensi terbabit. Sebab, jarang berlaku orang akan melihat komentar daripada artikel sebenar. Raja Petra boleh dipersalahkan jika beliau menulis artikel berkenaan. Tapi jika sekadar komentar untuk diberi tindakan ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maka itu, kita amatlah berharap agar kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya. Raja Petra ada hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau boleh "delete" komentar terbabit jika beliau mahu. Bahkan beliau mungkin tidak tahu siapa dan masa bila komentar itu ditulis. Kemungkinan besar "penulis upahan" yang menulis komentar itu sendiri yang membuat laporan polis dan "mencetak" mukasurat yang tertulis komentar berkenaan bagi mengenakan Raja Petra. Ini amat berbahaya dan harus dipantai dari masa ke semasa. Kita tidak tahu provokasi yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan terhadap sesuatu artikel. Apapun, tahniah diucapkan kepada Raja Petra kerana semangat juangnya itu telah menaikkan kekuatan para blogger yang lain di negara ini. Semoga beliau tabah dengan apa yang berlaku dan senantiasa cekal dalam perjuangannya. Teruskan perjuangan demi menegakkan kebenaran !!

[Detik 16 September ini bakal menyaksikan berbagai "insiden" yang tidak diingin bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Hanya kekuatan semangat dan jiwa sahaja bakal membolehkan perjuangan ini diteruskan. Satu majlis pertemuan Blogger sedang dirancang dan bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Semua ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan masa depan negara kelak]
Share:

Lawatan: Terbukti Puak-Puak BN Kini Sudah Benar-Benar Hilang Haluan !!

Berita terkini yang diterima perihal lawatan sambil belajar "melencong" sambil makan angin tajaan Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) kemungkinan besar gagal mencapai matlamatnya. Ini berikutan setakat ini hanya 70% sahaja ahli parlimen yang sudah menyatakan pendirian untuk turut serta. Itupun belum diputuskan lagi, dan mereka masih belum menyerahkan pasport antarabangsa untuk tujuan demikian. Menurut Timbalan Pengerusi BNBBC, Bung Moktar Radin (Kinabatangan) , setakat ini katanya sudah ada yang menyatakan kesudian untuk pergi tetapi beliau belum pasti berapa orang dan ke mana destinasi lawatan tersebut. Bukankah melucukan, bagaimana sebuah kelab yang menyokong kerajaan terdiri dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai pendidikan tinggi kononnya, tapi mereka ternyata gagal untuk "merancang" ke mana "arah tujuan". Apakah ini bermaksud sememangnya UMNO dan BN sudah kehilangan nakhoda dan tiada arah mahu dituju lagi. Bak kata kumpulan Alleycats "Bagaikan layang-layang terputus talinya", begitulah gambaran yang boleh kita buat kepada kelab penyokong kerajaan itu kini.
Lawatan yang akan bermula Ahad ini turut akan disertai oleh beliau dan Pengerusi BNBBC Tion King Sing (Bintulu). Anehnya, hingga ke hari ini destinasi bukannya masih dirahsiakan tetapi belum dikenal pasti. Sungguh "bangang" puak-puak BN ini gamaknya. Menurut Moktar Radin lagi, lawatan itu adalah bertujuan untuk meneroka bidang pertanian yang mana hasilnya nanti akan memberi manfaat kepada kawasan parlimen masing-masing. Betul ker tu? Jika benar untuk meneroka bidang pertanian, ke negara mana mereka mahu pergi? Bukankah pelik bunyinya. Tiada perancangan dan tiada hala tuju. Apakah mereka mahu meneroka bidang pertanian di Arab Saudi sempena bulan Ramadhan ini? Atau mungkin juga ke negara Iraq, Afghanistan serta negara-negara teluk yang lain. Ilmu apakah yang mereka ingin pelajari sebenarnya? Di bulan puasa tiba-tiba nak ke luar negara untuk meneroka bidang pertanian. Agak janggal dan memualkan bunyi lawatan sambil belajar puak-puak BN karat ini.
Sebenarnya, lawatan yang dimaksudkan itu hanyalah "alasan" semata-mata! Justeru itulah hanya sebilangan sahaja ahli parlimen BN yang berminat untuk menyertainya. Manakala bagi yang lain, mereka lebih selesa berada bersama keluarga di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dapat bersama berbuka puasa dan menikmati juadah tempatan daripada makanan di Las Vegas seperti yang dijanjikan. Bagi kaum Cina dan India pula, mereka lebih suka melawat dalam negara daripada membazirkan wang rakyat bersantai keluar negara. Kenyataan Pengerusi BNBBC bahawa, semua peserta lawatan terbabit menggunakan wang sendiri adalah amat melucukan. Puak-puak BN ini fikir rakyat bodoh macam mereka! Lantaran itulah sanggup mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang sebenarnya.

Justeru itu, sebagai rakyat yang prihatin sememangnya terbukti lawatan yang diadakan oleh BNBBC ke luar negara mulai 7 hingga 19 September ini menunjukkan mereka sudah "hilang haluan". Tiada lagi tempat untuk mengadu, atau mungkin juga mereka semua sedang bersiap sedia untuk melarikan diri seperti Tun Mahathir. Maklumlah, kebanyakkan dari kalangan mereka mempunyai fail rasuah yang bertimbun-timbun. Maka lebih elok mereka melarikan diri secara terhormat atas nama "lawatan sambil belajar". Itulah hakikatnya isu ini nanti !!
[Seorang guru bertanya kepada anak muridnya, siapa yang mahu pergi lawatan sambil belajar?. Sila berikan kad pengenalan untuk didaftarkan. Lalu anak murid bertanya "lawatan ke mana cikgu?". Cikgu dengan pantas menjawab "kamu diam !!, semua wajib pergi, jika tidak markah kamu akan dikurangkan dalam peperiksaan akhir tahun ini!!". Lalu para pelajar Sek.Men.Abdullah Badawi terpingga-pingga kerana pening memikir "mahu melawat kemana dibulan puasa ini". Sudahlah masa begitu panjang !! Natijahnya, tidak ada cikgu sekolah yang tiba-tiba buat lawatan sambil belajar yang tidak tahu mana tujuannya !!]



Share:

Eksklusif: Khairy Perancang Utama Bawa Lari Ahli Parlimen BN Ke Luar Negara !!


Berita tentang "lawatan sambil belajar" secara tergesa-gesa yang dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ke luar negara sebenarnya jelas sekali menunjukkan ketakutan yang teramat kepada pucuk pimpinan parti karat itu. Kenyataan yang dibuat oleh PM Pak Lah dan TPM Najib jelas sekali menggambarkan mereka begitu "gelisah dan tidak tenteram" disaat ini. Ura-ura lebih 45 orang ahli parlimen BN mahu sertai Pakatan Rakyat telah menyebabkan kedua-dua pemimpin ini "tidur tak lena". Mereka begitu gusar akan kehilangan kuasa 16 September ini. Lantaran itulah mengarah, malah mewajibkan semua ahli parlimen BN menyertai lawatan tersebut jika tidak mahu diambil tindakan. Maklumat terkini diterima, kemungkinan besar semua ahli parlimen terbabit diarahkan berkampung di Amerika Syarikat. Kabaran yang diterima, mana-mana ahli parlimen yang menolak akan diberikan tekanan malahan hingga mencapai kepada tahap "ancaman". Jika ini benar, memanglah lawatan sambil belajar itu ada kaitannya dengan 16 September. Tambahan pula tarikh yang ditetapkan ialah bermula 7 hingga 19 September 2008 ini. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat, macamlah rakyat bodoh dan bangang seperti puak-puak mereka itu.

Bila difikirkan balik, sesungguhnya lawatan sambil belajar yang dibuat secara tergesa-gesa ini jelas sekali bercanggah dengan hasrat Pak Lah selama ini. Mana mungkin dikala rakyat sedang merana dengan berbagai masalah semua ahli parlimen BN dibenarkan ke luar negara. Bukankah belanjanya juga menelan jutaan ringgit. Itu belum lagi termasuk duit poket yang akan diberikan kepada mereka sebagai "ole-ole" dan "hadiah" kerana setia kepada BN. Apakah begitu mudah lawatan ke luar negara boleh diadakan, dalam masa yang sama Pak Lah mengatakan beliau tidak tahu ke negara mana BNBBC akan pergi. Munasabah atau tidak semua ini?. Alangkah cikgu sekolah yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-muridnya pun perlu menyediakan kertas kerja dan melaporkan semua destinasi yang ingin ditujui. Bahkan semua permohonan perlu diserahkan kepada pihak sekolah, JPNP, JPJ serta lain-lain agensi terbabit sebelum diluluskan. Inilah prosedur yang sepatutnya. Tapi, hairan bin ajaib, Kelab Penyokong Kerajaan boleh mengadakan lawatan sambil belajar secara "ad hoc" tanpa diketahui "arah tuju".

Bukankah kepatusan ini sebenarnya ada kaitan dengan 16 September. Pak Lah seboleh-bolehnya tidak mahu membenarkan mana-mana ahli parlimen berkenaan bertemu dan mengadakan perbincangan sulit dengan Anwar. Beliau begitu resah melihat dan membaca berita serta laporan tentang perkara ini. SMS, email dan laman-laman blog banyak menghuraikan perkara ini. Lantaran itulah Pak Lah memilih jalan selamat dengan memaksa anak-anak buahnya ke luar negara. Sesuatu yang tidak masuk akal, lawatan keluar negara diadakan pada bulan puasa. Macam lah tiada msa yang boleh dibuat selepas raya atau sebagainya.

Sesungguhnya, senario yang berlaku ini jelas menunjukkan kepada kita yang puak-puak UMNO takut berhadapan dengan kenyataan. Maklumat diterima, mereka diarah keluar negara untuk diberikan imbuhan serta ganjaran kewangan supaya setia bersama BN. Kemungkinan besar juga kes penangkapan Kamaluddin Abdullah, anak Pak Lah di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat baru-baru ini ada kaitan dengan kes ini. Tambahan pula, dipercayai anakanda Pak Lah itu juga ditangkap bersama wang jutaan ringgit. Sama kes yang berlaku kepada Mat Taib ketika menjadi MB Selangor dulu. Soalnya, jika benar Kamaluddin ditangkap dengan wang jutaan ringgit. Apakah maknanya semua ini? Ahli parlimen BN dikatakan akan mengadakan majlis jamuan berbuka puasa di Las Vegas, USA pada 16 September 2008, manakala anak Pak Lah itu juga ditangkap kerana membawa wang ke USA. Apakah ini bermakna, wang itu dibawa untuk "merasuah" semua ahli parlimen terbabit. Silap-silap haribulan, demi kuasa setiap seorang akan mendapat habuan jutaan ringgit. Bertuah sungguh menjadi ahli parlimen BN, buat spekulasi untuk melompat parti maka mereka akan mendapat habuan !! Inilah Malaysia tanahairku tercinta. Sampai bilakah harus begini!!

Bukti jelas menunjukkan bahawa semua perancangan ini adalah diatur oleh Khairy Jamaluddin dan juga abang iparnya Kamaluddin Abdullah itu. Sebab itu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh, kelibat Khairy tidak jelas kelihatan. Baik di TV mahupun didada akhbar. Kabarnya Khairy "demam" memikirkan nasib dan masa depannya jika Pak Lah tersungkur !!. Beliaulah adalah punca segala-galanya. Maka itulah Khairy merencanakan semua pelan agar ahli parlimen BN "dikuarantin" supaya mereka tidak dapat berbincang serta bertemu Anwar. Khairy terlalu "yakin" yang hasrat Anwar akan tercapai, sama seperti kemenangan besar mantan TPM itu di Permatang Pauh baru-baru ini. Namun begitu, melihat kepada perkembangan terkini kemungkinan besar mereka yang sudah sepakat untuk bersama Anwar tidak akan terpengaruh dengan pujukan Khairy itu. Ini bermakna, kerajaan BN akan tumbang dalam masa terdekat ini. Jika ini berlaku, maka sekali lagi kita akan melihat kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah mereka diluar negara, kerana sudah pasti 45 orang ahli parlimen yang akan melompat tetap akan bersama Pakatan Rakyat sebenarnya. Kerja kebih mudah dan mereka semua akan "melopong" selepas ini !!

[Kenapa perlu berbuka puasa di Las Vegas?. Bukankah bandaraya itu cukup dikenali dengan pusat perjudian antarabangsa yang paling popular di dunia. Inilah dia sebenarnya mentaliti pemimpin UMNO/BN, di bulan Ramadhan yang mulia mereka sanggup membazirkan rakyat untuk bersantai di sana. Apakah makanan tradisional di Malaysia sudah hilang "perisa"nya?]
Share:

Terkini: Dua Orang Lagi Ahli Parlimen BN Pahang Bakal Sertai Pakatan Rakyat !

Maklumat terkini yang diterima hari ini, terdapat dua orang lagi ahli parlimen BN Pahang yang bakal menyertai Pakatan Rakyat. Berita panas ini dikatakan berikutan kedua-dua ahli parlimen BN terbabit juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar baru-baru ini. Menurut ceritanya, salah seorang ahli parlimen terbabit akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti bahagian, dan akan ditentang oleh orang kanan Pak Lah. Kemungkinan besar team berkenaan yang turut melibatkan serorang exco kerajaan negeri akan ditumbangkan. Ini kerana, pengaruh politik Pak Lah digunakan bagi memancing undi dalam pemilihan itu nanti. Apapun kebenarannya jika perkara ini berlaku, sesungguhnya ianya satu berita yang amat menarik untuk didengari tatkala kita dihebohkan dengan isu lompat parti mutakhir ini.
Share:

16 September: BN Terdesak, Wajibkan Ahli BNBBC Ke Luar Negara Mulai 7-19 September Ini !!

Sungguh memalukan! Akibat terdesak dengan isu lompat parti, tiba-tiba Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) telah mewajibkan semua ahlinya untuk mengadakan retreat ke luar negara. SMS telah dihantar kepada semua Ahli Parlimen BN. Menurut SMS tersebut mereka diwajibkan menyertai program tersebut. Arahan supaya setiap setiap ahli parlimen menghantar salinan pasport antaranbangsa menerusi Fax ke pejabat BNBBC selewat-lewatnya petang semalam.
Apa yang menarik ialah arahan ini dikeluarkan secara tergesa-gesa dan tarikhnya pula ialah dari 7 September sehingga 19 September 2008. Ini bermakna kesemua mereka tidak dibenarkan berada di Malaysia pada tarikh tersebut. Maka mereka juga tidak akan dapat bersama Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 ini. Bukankah melucukan, arahan secara tergesa-gesa yang dibuat tatkala bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bukankah ianya sesuatu yang amat janggal terutamanya bagi ahli parlimen yang beragama Islam. Lebih melucukan ialah terdapat juga satu SMS yang amat meloyakan iaitu kesemua ahli BNBBC juga diwajibkan hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Las Vegas USA pada 16 September 2008. Semua ahli diminta menghubungi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BNBBC menerusi talian telefon bimbit Setiausaha BNBBC iaitu Dato' Ismail Mutalib (Ahli Parlimen Maran) seperti nombor yang tertera. Lihat SMS dibawah yang telah diforwardkan kepada ahli parlimen terbabit :-
"BN Back Bencher Club telah mendapat kelulusan mengadakan retreat di luar negara mulai 7 September hingga 19 September 2008. Penyertaan ahli-ahli YB adalah diwajibkan. Sila fax muka hadapan passpot antarabangsa ke pejabat BNBBC di 03-2070-7101 selewat-lewatnya petang ini. Kerjasama YB amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi/Timbalan Pengerusi BNBBC di 019-9320932."
Manakala SMS kedua yang diterima ialah "Semua MP BN… ditaja berbuka puasa di Las Vegas, pada 16 September… kedatangan DIWAJIBKAN jugak..!"
Senario ini jelas sekali menunjukkan yang kerajaan BN semakin goyah dan gusar dengan berita ahli parlimen mereka akan menyertai Pakatan Rakyat. Laporan terkini sehingga ke saat ini, sudah lebih 45 orang ahli parlimen BN yang dijangka akan mengumumkan keluar dari pakatan karat itu dan menyertai Anwar. Jika ini berlaku, sudah pasti satu lagi sejarah akan tercipta. Kerajaan BN yang sudah 51 tahun berkuasa, akhirnya ditumbang oleh rakyat. Ini kerana suara rakyat adalah suara keramat dan rakyat hakim negara !!.
[No. HP yang dipaparkan 019-9320932 itu ialah Dato' Ismail Mutalib, Ahli Parlimen Maran, Pahang yang amat Cucu kenali sejak dari dulu lagi. Beliau yang naik sebagai ahli parlimen kerana hubungan rapat dengan MB Dato' Nan. Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Perpustakaan Awam Pahang, kini masuk penggal kedua menjadi ahli parlimen. Beliau juga adalah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)].
Share:

Laman Web UMNO Pahang Terbiar Sejak Feb 2008 !!

Letih menulis blog, malam tadi Cucu cuba tinjau-tinjau ke laman sahabat kita puak UMNO Karat. Hajat dihati untuk mendapatkan info terkini perkembangan politik Pahang terutamanya berkaitan dengan pemilihan parti Disember ini. Search punya search, maka Cucu terjumpalah laman web UMNO Pahang. Dengan tidak berlengah lagi, Cucu pun membelek-belek website UMNO Pahang yang cukup menarik kerana dihiasi dengan alunan lagu UMNO yang penuh bersemangat. Namun, sungguh malang! Lagu UMNO yang dinyanyikan lansung tidak menggambarkan perjuangan UMNO Pahang sendiri di alam siber. Mungkinkah agaknya UMNO Pahang kekurangan "Cyber Trooper Blogger" untuk menggasak parti pembangkang.
Sedar atau tidak, inilah kenyataannya. Maklumat yang dipaparkan dalam laman web UMNO Pahang langsung tidak dikemaskini sejak Februari 2008 yang lalu. Maka cerita yang masih dipaparkan dalam website UMNO Pahang ini, hanyalah cerita basi tentang senarai nama calon pilihnaraya umum ke-12 lalu. Apa dah jadi agaknya dengan UMNO Pahang? Apakah mereka tidak mampu untuk membayar gaji seorang "webmaster" atau "blogger" bagi tujuan itu semua. Takkanlah UMNO Pahang yang terkenal dengan kekayaan asetnya itu, punyalah kedekut untuk berbuat demikian. Atau, mungkin juga tiada langsung calon yang datang temuduga bila jawatan itu dibuka. Mungkin rakyat Pahang sudah meluat agaknya dengan parti karat pimpinan Dato' Nan Yaakob itu.
Lebih memualkan, sudahlah artikel basi dipaparkan pada laman utama website. Bila di klik pada menu-menu lain ternyata tiada webpage yang dipaparkan langsung. Apakah ini menunjukkan UMNO ingin terus maju selaras dengan kepesatan teknologi ICT. Jika dilihat kepada hasrat kerajaan negeri, bukan main lagi membangunkan sebuah koridor raya multimedia (MSC) yang letaknya berhampiran dengan ibu pejabat UMNO Pahang di Jalan Lim Hoe Lek, Kuantan. Namun, bila dilihat kepada betapa lembapnya petugas yang sepatutnya mengemaskini website UMNO Pahang ini maka terbuktilah mereka semua sebenarnya belum "celik ICT" langsung.


Persoalannya disini, bagaimanakah UMNO Pahang nak menghalang asakan "blogger" Pahang yang kini nampaknya bersedia untuk menggempur "gerbang siber" mereka. Jika beginilah keadaannya, maka nampak sangatlah harapan cerah untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pimpinan negeri Pahang semakin terbuka luas. Semoga segalanya akan tercapai !! Sila klik disini untuk melihat bukti laporan ini.
[Jika laman web parti mereka sendiri pun sudah "basi", bukankah ini bererti parti itu sendiri sudah reput dan menanti masa untuk ditanam. Mungkin tiada seorang pun anak Pahang yang ingin berkhidmat sebagai webmaster untuk menguruskan website UMNO Pahang itu. Inilah bukti yang generasi muda sememangnya tidak lagi suka kepada kerajaa Barisan Nasional]
Share:

Program Ceramah Bersama YB Lim Kit Siang


Tarikh : 6 September 2008
Masa : 9.00 Malam
Lokasi : Restoran Lee Yuan
Jalan Lee Hoe Lek
(Sebelah Tunas Manja Transit)
Share:

Eksklusif: 16 September, Tiga Ahli Parlimen BN Pahang Antara Yang Bakal Sertai Pakatan Rakyat !!

Sebelum ini kita pernah dihebohkan dengan berita dua orang ahli parlimen negeri ini yang berada dalam kabinet Pak Lah akan menyertai Pakatan Rakyat. Mereka yang dimaksudkan itu ialah Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia Dan Sukan (Bera) dan Saifuffin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (Temerloh). Berita yang pernah tersiar dalam sebuah blog sebelum ini, sedikit sebanyak menggoncangkan kabinet Pak Lah. Tambahan pula Ismail dan Saifuddin adalah dua orang Menteri dan Timbalan Menteri baru dalam kabinet Pak Lah selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Sama ada perkara ini benar atau tidak, namun ia sudah berbunyi. Bak kata orang, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Biarpun perkara ini dinafikan oleh mereka, namun kemungkinan besar ia juga ada kebenarannya. Tambahan pula semasa membuat kenyataan tentang isu ini, secara jelas kedua-dua ahli parlimen terbabit nampak tenang dan tidak langsung menunjukkan tanda-tanda gelabah. Apakah semua ini hanya gimik semata-mata, dalam usaha Ismail dan Saifuddin menggelak daripada dikenakan tindakan oleh Pak Lah.
Itu dulu, ketika Anwar belum berada di dalam parlimen lagi. Kini, nampaknya berita panas ini semakin menjadi kenyataan. Laporan beberapa orang menteri kabinet Pak Lah bakal menyertai Pakatan Rakyat semakin jelas kedengaran. Apakah nama-nama Ismail dan Saifuddin juga termasuk dalam senarai. Tambahan pula mereka berdua dikatakan pernah mengadakan "pertemuan sulit" dengan Anwar di luar negara sebelum ini. Satu sumber mengatakan bahawa, buat masa ini sudah lebih 40 orang ahli parlimen BN bersetuju untuk bersama Anwar. Ini termasuklah juga ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.
Apa yang menarik ialah, dalam ramai-ramai itu terdengar juga desas desus beberapa orang ahli parlimen BN dari UMNO di Semenanjung. Jika semua ini menjadi kenyataan, maka ianya adalah satu tamparan hebat untuk kepimpinan Pak Lah dan Adnan Yaakob di Pahang. Adnan harus berhati-hati kerana maklumat yang diterima, disamping beberapa orang ahli parlimen dari Pahang terdapat juga beberapa orang ADUN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, maka kita menjangkakan bahawa BN dan UMNO Pahang juga akan tumbang sedikit masa lagi. Semoga 16 September bakal menjadi kenyataan, untuk mengajar puak-puak UMNO/BN ini cara memerintah dalam sebuah negara demokrasi seperi Malaysia ini.
[Jika benar Ismail Sabri dan Saiffundin sememangnya ahli parlimen terbabit, maka kemungkinan besar ahli parlimen lain yang turut akan bersama Anwar ialah Jamaluddin Jarjis (Rompin). Ini kerana JJ sememangnya amat kecewa akibat kedangkalan Pak Lah, menghumbankan dirinya dari kabinet baru. Walhal, beliaulah menteri UMNO yang paling berjaya sepanjang zaman kerana telah melahirkan seorang Angkasawan negara. Tahniah! diucapkan kepada JJ atas keputusan ini]
Share:

Calon Ketua Pemuda: Dato' Nan Bermimpi Di Siang Hari !!

Pengumuman MB Pahang untuk menimbang semula cadangan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Disember ini jelas sekali amat memalukan dan bakal merendahkan martabat pemuda secara keseluruhannya. Dato' Nan yang cukup dikenali dengan imej "Samseng" dan "Aksi Lucah" itu, bakal menjahanamkan lagi pemuda UMNO jika dipilih. Beliau seolah-olah lupa dengan dirinya yang "panas baran", lantaran sanggup untuk memperjudikan diri bertanding ke jawatan utama sayap parti karat itu. Apakah yang ingin dibawa dalam pemuda, sedangkan dalam masa yang sama di negeri Pahang sendiri tidak nampak perubahan yang jelas dilakukan sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selama ini. Beliau bukan sahaja jelas gagal menarik pelaburan baru ke Pahang, malahan juga masih mengekalkan negeri ini dalam kelompok negeri antara yang mempunyai hutang terbesar dengan Kerajaan Pusat. Lebih menyedihkan lagi, negeri ini juga masih berada ditahap kemiskinan dan "muflis" akibat kerakusan pihak pemerintah terdahulu.
Adnan hanya popular dengan imej "gedebe" dan "kurang ajar". Beliau banyak menimbulkan kontroversi dengan aksi-aksi yang kurang menyenangkan sebelum ini. Lihat sahaja dengan insiden yang berlaku ketika pilihanraya kecil Sanggang dulu. Begitu juga dengan "cakap lepasnya" ketika berhadapan dengan para wartawan, biarpun di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang sendiri. Ungkapan "Go to Hell" masing terngiang-ngiang dalam ingatan kita. Anehnya, ungakapan itu bukan ditujuankan kepada media pembangkang, tetapi media arus perdana sendiri. Imej dan sikap inilah sebenarnya menampakkan tahap "akhlak" dan "sikap" sebenar MB Pahang itu. Biarpun beliau juga adalah merupakan Exco Agama di negeri ini, namun sikap dan budipekertinya itu langsung tidak mencerminkan dirinya yang sebenar. Justeru itu, apakah layak Dato Nan dicalonkan ke jawatan panas itu?. Mana halatuju yang ingin dibawa kepada Pergerakan Pemuda UMNO? Apakah beliau ingin menjadikan pemuda bertambah "samseng" seperti beliau?. Umum mengetahui sememangnya pemuda UMNO memang seringkali berlaku samseng dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Apatah lagi jika berketuakan Adnan!
Sebelum ini, kesemua 14 bahagian Pemuda UMNO Pahang menyokong Adnan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas serta sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti. Sungguh lucu mendengar ulasan KP Pahang yang bangang ini. Ada hati mengatakan Adnan sesuai kerana tegas dan boleh mengawal pemuda. Kalau tegas, sejak sekian lama beliau menjadi MB Pahang sudah pasti kita tidak akan mendengar berita Karam Singh TV3 perihal kecurian balak dan juga penggondolan hutan simpan dan tadahan di negeri ini. Pendekata isu ini tidak pernah selesai. Itu belum termasuk lagi isu penjualan tanah dan ladang UMNO kepada bukan Melayu, seperti apa yang berlaku di Luit baru-baru ini. Jika Adnan tegas, sudah pasti beliau tidak akan membiarkan rakyat Pahang menanggung hutang akibat keenganan kerajaan negeri membayar saman yang dikemukanan oleh syarikat pembalakan SGM yang menelan belanja jutaan ringgit. Biarpun kes itu sudah diputuskan oleh mahkamah, namun Adnan dengan kesamsengannya jelas sekali mengherdik dan menghina keputusan mahkamah. Bahkan memperli pihak SGM kononnya kerajaan Pahang tidak akan membayar walau satu sen pun kepada syarikat tersebut.
Apakah ini yang dikatakan oleh Khairuddin, MB Pahang itu mempunyai personaliti yang tegas dan berkarisma. Apa yang ingin dikawal dalam pemuda? Pemuda UMNO sebenarnya sudah hilang arah tujunya. Cukuplah mereka mempunyai Khairy, Khir Toyo, Mukhriz untuk merebut jawatan tersebut. Mereka lebih sesuai dari Adnan yang sudah menunggu hari untuk ditamatkan "riwayat politiknya" di Pahang. Adnan langsung tidak pandai membaca percaturan politik agaknya. Dalam ura-ura kerajaan baru akan dibentuk dan Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri menggantikan Pak Lah, maka sepatutnya beliau bijak mengatur strategi. Pahang harus dijaga, jika 16 September berlaku dan kerajaan bertugar ini bermakna kerajaan beliau di Pahang akan menjadi "pembangkang" pula. Maka itu, kekuatan Pakatan Rakyat akan berjaya menyaingi BN di Pahang.
Umum mengetahui, Pahang hanya kuat dek kerana mempunyai kawasan Felda yang luas dan juga orang asli yang ramai sebagai pengundi. Maka, jika Malaysia sudah ditawan Pakatan Rakyat sudah pasti orang seperti Najib yang selama ini "merosakkan" Felda akan "hilang entah ke mana". Felda akan ditinggalkan dan warga Felda bebas memilih parti yang dapat membela nasib mereka. Maka itu, kebarangkalian besar untuk BN tumbang di Pahang bakal menjadi kenyataan sebenarnya. Justeru itulah, sepatutnya Adnan mencari jalan bagaimana untuk menidakkan "senario" ini. Usahlah beriya-iya benar untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kita takut nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Jawatan ketua melepas, dalam masa yang sama negeri Pahang juga tumbang. Apakah beliau seronok melihat perkara ini berlaku. Atau memang MB Pahang ini sedang "bermimpi disiang hari" agaknya.
[Negeri Pahang adalah negeri teratas yang bakal dirampas oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka, orang seperti Adnan seharusnya menjaga kain sendiri dan jangan memandai-mandai untuk menjaga tepi kain orang]
Share:

Pahang Daily Blogspot Pemangkin Suara Rakyat Untuk Perubahan Di Negeri Pahang !!

Tanggal 2 September 2008, maka genaplah 10 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet dan UMNO. Maka bermula dari saat itulah, gelombang reformasi kebangkitan rakyat menuntut perubahan kian disemarakkan. Alhamdulillah, kini Anwar sudah kembali ke persada politik tanahair dan diangkat sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Semoga perubahan yang lebih besar akan terlaksana dalam masa terdekat ini. Susulan daripada itulah lahirnya blog ini. Ianya diharap menjadi pemangkin ke arah perubahan minda rakyat di negeri Pahang. Tsunami politik yang melanda negara, telah membuka lembaran baru. Kini, lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat). Maka itu, dalam kita menuju hari-hari mendatang negeri Pahang juga kini tersenarai sebagai sebuah lagi negeri yang bakal ditakluk oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan di dua buah kerusi parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri adalah bukti jelas yang kerajaan BN di Pahang bakal ditamatkan riwayatnya sedikit masa lagi.

Kemasukan ramai bekas pemimpin UMNO ke dalam Pakatan Rakyat diharap dapat memberi semangat dan jalan yang lebih terbuka luas ke arah itu. Maka itu, lahirnya blog ini harus dijadikan sebagai satu wadah dalam kita mewar-warkan segala kebobrokan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini. Ia juga diharap menjadi pesaing kepada blog "www.pahangdaily.com" yang dilihat lebih kepada menjadi pencacai UMNO dan BN Pahang selama ini. Kami memohon jasa baik semua pihak untuk memberi segala maklumat yang berkaitan untuk dipaparkan dalam blog ini.

Majoriti Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang Masih Tiada Blog !

Biarpun kerajaan hari ini mengakui kewujudan terlalu banyak laman blog telah menyebabkan mereka gagal untuk menangkis segala maklumat tepat sampai kepada rakyat. Ini terbukti dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, yang mana blog menjadi senjata penting dalam kemenangan besar Pakatan Rakyat. Selepas pilihanraya, maka ramailah dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mula cuba untuk mempunyai laman blog mereka sendiri. Hasilnya terwujudlah laman Ali Rustam, Shahrir Samad, Khir Toyo, Mat Taib dan sebagainya. Alasan yang diberikan ialah untuk memudahkan mereka berinteraksi secara terus dengan rakyat menerusi teknologi internet. Ini kebenaran dan hakikatnya. Dengan adanya blog ini, maka segala maklumat terkini tentang aktiviti dan perkembangan politik dapat disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sekatan. Keperluan inilah yang bakal menjadikan sesorang pemimpin itu lebih dikenali dan dihormati. Namun, setelah hampir 6 bulan pilihanraya umum ke-12 berakhir, sungguh mendukacitakan kerana masih ramai pemimpin Pakatan Rakyat di Pahang yang masih tidak mempunyai blog peribadi masing-masing.

Bahkan lebih teruk lagi, ada sesetengah diantara mereka yang mencemuh dan dengan bangganya menyatakan mereka tidak memerlukan blog kerana mereka menang atas dasar perjuangan dan usaha yang dilakukan. Sungguh malang bagi pemimpin seperti ini, yang langsung tidak mahu mengakui pengaruh blog dikalangan rakyat. Bukan sahaja mereka tidak mahu mempunyai blog, malahan pula memperlinya. Kononnya mereka masih boleh menang biarpun tidak mempunyai blog. Ini bukanlah faktornya, blog bukan petanda kemenangan. Namun dengan adanya blog, wadah perjuangan lebih mudah disampaikan kepada rakyat. Ini yang kita mahu. Segala aktiviti, baik sosial dan kemasyarakatan dapat diwar-warkan didalam blog dan boleh diekses oleh semua orang dari seluruh dunia. Apakah ini merugikan?. Di Pahang sendiri, kemunculan Blogger seolah-olah dipandang sepi oleh mereka. Seolah-olah selama ini "blogger" langsung tidak memainkan peranan dalam perjuangan. Walhal, setiap artikel yang ditulis oleh blogger boleh dibaca oleh beribu-ribu orang dari seluruh dunia. Cuma bezanya, blogger tidak turun ke pentas ceramah kerana langsung tidak diberikan ruang untuk berbuat demikian.

Justeru itu, adalah diharapkan agar setiap pemimpin Pakatan Rakyat harus sedar akan perkara ini. Sesuatu perlu dilakukan dan mereka wajarlah mempunyai blog peribadi masing-masing untuk menentang segala dakyah yang dilemparkan terhadap mereka oleh media massa setiap hari. Demi perjuangan, janganlah blogger dilupakan. Kerana blogger juga banyak memainkan peranan dalam merealisasikan kemenangan bersejarah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Justeru itu, bagi pimpinan yang tidak mempunyai blog. Bolehlah menyalurkan maklumat meneru Pahang Daily ini. Begitu juga bagi para pembaca dan anda yang mempunyai sebarang masalah dan mengetahui wujudnya penyelewengan, rasuah, korupsi ditempat anda berkerja, baik kerajaan mahupun swasta. Sila salurkan maklumat itu untuk disiarkan dalam laman ini. Semoga dengan ini, kita dapat membongkarkan lebih banyak lagi kebobrokan yang berlaku untuk masa yang akan datang.

Segala kerjasama amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan...Salam Perjuangan, Pastikan Pahang Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi !
Share:

Eksklusif: Tujuh Lagi Bekas ADUN BN Bakal Ikut Jejak Dato' Fauzi Sertai Pakatan Rakyat !!

Tamparan hebat buat UMNO/BN Pahang, maklumat terkini diterima tujuh lagi bekas Adun BN bakal mengikuti jejak langkah Dato' Fauzi Abd Rahman. Memang inilah yang ingin disaksikan sejak sekian lama, evolusi kehancuran "Dinasti UMNO" di Pahang akan bermula. Biarpun ada dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang masih mempertahankan kononnya UMNO makin utuh biarpun tokoh UMNO Pahang itu menyertai PKR baru-baru ini. Namun mereka harus ingat dan sedar bahawa Fauzi bukan sembarangan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Parlimen, ADUN dan juga Ketua UMNO Bahagian. Bahkan, ayahandanya juga adalah merupakan bekas Menteri Pelajaran yang cukup terkenal di zaman PM Tuanku Abdul Rahman. Maka itu, UMNO Pahang harus menerima kenyataan bahawa kemasukan Fauzi bakal mendorong lebih ramai lagi pemimpin UMNO Pahang berbuat demikian.

MB Pahang, Dato' Nan kini semakin kepanasan. Tidurnya juga mungkin tak lena. Mandi mungkin tak basah. Apa tidaknya, penyertaan Fauzi dalam PKR merupakan satu tamparan hebat buat kepimpinan beliau. Sebelum ini UMNO Pahang dikecohkan dengan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga bekas Adun Lepar meletakkan jawatannya. Kini angin semakin bertiup kencang bahawa negeri Pahang bakal menerima kejutan yang lebih besar selepas ini. Umum sudah mengetahui bahawa, sebuah syarikat pembalakan telah menyaman dan menfailkan tindakan mahkamah untuk menyita negeri Pahang. Ini kerana kegagalan UMNO Pahang untuk mematuhi arahan mahkamah yang mengarahkan kerajaan negeri membuat bayaran gantirugi jutaan ringgit terhadap syarikat terbabit, akibat penipuan isu balak UMNO.

Baru-baru ini juga turut didedahkan tentang penjualan tanah UMNO Pahang kepada syarikat asing dan juga pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini. Entah apa nak jadi dengan negeri Darul Makmur ini, sejak sekian lama segala hasil mahsul negeri diceroboh oleh pemimpin-pemimpin yang rakus dan tamak. Sebelum ini juga Dato' Fauzi pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan yang dilakukan oleh bekas MB yang kini menjadi "Sultan" Melaka iaitu Khalil Yaakob terhadap isu pembalakan. Apa tidaknya, bagi memastikan Sabah jatuh ketangan BN, Khalil telah merompak hasil balak Pahang hingga ke tahun 2010. Habis hutan dara ditarahnya. Akhirnya, beliau bertuah kerana dianugerahkan gelaran "Tun" dan menjadi "Yang Di Pertua Melaka" oleh PM Mahathir hasil jasa-jasanya itu. Entah mengapa, sejak sekian lama isu pencerobohan tanah dan balak Pahang tidak dapat dibenteras oleh pemimpin UMNO/BN ini?. Apakah yang mereka lakukan selama ini agaknya.

Difahamkan, sebenarnya pencerobohan balak di Pahang didalangi oleh pemimpin UMNO negeri ini sendiri. Ia sebenarnya pencerobohan berlesen yang langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Apa tidaknya, jika ada pun pegawai perhutanan yang ingin menyiasat dan mengambil tindakan. Maka amaran keras akan diberikan oleh penceroboh itu sendiri, seolah-olah ada "lampu hijau" dari pihak atasan. Jika tidak pun, semua pegawai terbabit akan disuap siap-siap dengan "imbuhan" untuk tujuan menutup mulut. Justeru itulah, dari sehari ke sehari kawasan hutan di Pahang semakin pupus. Jika UMNO/BN terus diberi kuasa, maka sudah pasti generasi akan datang tidak lagi dapat hidup aman dan makmur seperti yang terdapat dalam motto pilihanraya BN baru-baru ini.

Akibat kesedaran yang maha meluap-luap inilah menyebabkan rakyat sudah mula celik dan menuntut perubahan. Hasilnya, belum pernah tercipta dalam sejarah dua buah kawasan parlimen paling penting di Pahang telah berjaya ditakluki oleh Pakatan rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu. Bahkan, lima buah DUN juga telah jatuh biarpun selama ini ianya terlalu sukar untuk diramalkan. Sokongan rakyat sebenarnya semakin melonjak, apatah lagi kini dengan isu "liwat" Anwar Ibrahim. Rata-rata rakyat sudah muak dengan "sandiwara politik" ciptaan UMNO ini. Majoritinya sudah tidak yakin lagi dengan apa yang disajikan. Mereka melihat dan yakin bahawa kes terbaru Anwar ini adalah sememangnya satu tindakan drastik untuk menghalang Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Mereka sedar, jika ini berlaku ramai pemimpin UMNO/BN ini akan "terkencing" di buatnya apabila sistem kehakiman di negara ini dirombak dan diperbetulkan kembali nanti.

Lantaran itulah kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi kini !. Jika Anwar menjadi pencetus gelombang kebangkitan rakyat di seluruh negara. Maka, Fauzi bolehlah dianggap pencetus gelombang perubahan di negeri Pahang. Maka itu, hijrahnya Fauzi ke dalam PKR bakal menyaksikan lebih ramai pemimpin UMNO/BN Pahang berbuat demikian. Harus diingat, Fauzi lebih hebat dari Adnan Yaakob, Tan Aminuddin, Sharkar Shamsuddin serta lain-lain exco kerajaan negeri sekarang. Mungkin boleh dikatakan ketokohan Fauzi berada setakuk di belakang Najib di bumi Darul Makmur ini. Jika Najib mewarisi kepimpinan ayahandanya PM Tun Razak. Maka, apa kurangnya Fauzi, beliau turut mewarisi ketokohan ayahandanya Abd rahman Talib, bekas menteri di zaman Tuanku. kekuatan inilah yang diramalkan bakal menyaksikan satu gelombang kebangkitan yang lebih besar di negeri Pahang nanti.

Maklumat diterima, tujuh lagi bekas Adun BN dari UMNO bakal mengucapkan selamat tinggal kepada parti karat itu. Mungkin masanya sudah tiba untuk mereka bersama rakyat, setelah berjuang sekian lama dalam UMNO. Kabarnya, beberapa pertemuan "sulit" telah diatur di dalam dan luar negara sebelum ini. Pertemuan tersebut telah diuruskan oleh salah seorang bekas pemimpin kanan PKR Pahang, yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti lagi. Menurut laporan, hasil pertemuan tersebut kesemua mereka telah bersetuju untuk "mengganyang" pimpinan UMNO Pahang dalam pilihanraya umum akan datang.

Mereka kini hanya menunggu isyarat rasmi daripada pihak tertentu untuk tujuan ini. Sebelum ini UMNO Pahang telah dikecohkan apabila dua orang pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan bakal bersama Pakatan Rakyat. Laporan tersebut menyebabkan UMNO Pahang sedikit bergolak hingga memaksa individu terbabit membuat kenyataan terbuka yang mereka masih sayangkan UMNO. Begitulah nasib wakil rakyat UMNO ini sebenarnya, biarpun mereka sudah jijik berada dalam parti karat itu namun dek kerana tekanan akhirnya mereka terpaksa akur dan tidak tergamak untuk berpaling tadah.

Apapun, kita masih menantikan lebih ramai lagi pemimpin UMNO negeri untuk melakukan penghijrahan selepas ini. Mungkin ada yang membuat kenyataan secara terbuka dan ramai juga yang secara senyap-senyap. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO Pahang sebenarnya. Mereka tahu, Pahang masih selamat dari gelombang "Tsunami Pilihanraya" kerna paksaan, sogokan dan tekanan yang dibuat kepada golongan peneroka Felda dan orang asli di negeri ini. Umum mengetahui bahawa negeri Pahang mempunyai skim rancangan Felda yang paling luas. Tambahan pula menteri yang ditugaskan menjaga Felda ialah, anakanda pengasas Felda (Tun Razak) itu sendiri iaitu Najib. Maka itulah ada yang mengatakan Pahang terlalu sukar untuk jatuh ke tangan pembangkang. bayangkan setiap kali musim pilihanraya, berbagai tekanan dibuat terhadap peneroka. Itu belum termasuk "imbuhan ribuan ringgit" yang dihulur beberapa hari menjelang hari pengundian. Atas alasan inilah, Pahang dilihat terlalu sukar untuk ditakluki.

Namun, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Siapa sangka Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan Pakatan rakyat baru-baru ini?. Semuanya kerana takdir dan perubahan minda rakyat yang berlaku sejak sekian lama. Maka itu, kemasukan Fauzi ke PKR diharap bakal meranapkan "rejim UMNO" di negeri ini. Kita juga berharap agar tujuh bekas Adun yang kini sedang memanaskan badan di bangku simpanan sudah bersedia untuk masuk ke padang, bagi berjuang membela nasib rakyat. Soalnya, siapakah bekas Adun dan YB terbabit? Nantikan "pembongkaran" seterusnya selepas ini. Apapun, lebih elok nama-nama mereka ini "dirahsiakan" terlebih dahulu, kerana kita khuatir mereka juga akan diberi tekanan oleh pemimpin UMNO negeri selepas ini. Mungkin mereka bakal melakukannya bila-bila masa sahaja mulai sekarang. Sama-sama kita nantikan dan berdoa agar pendirian mereka tidak akan berubah walau apa jua dugaan yang bakal mendatang.

[Apakah kepimpinan PKR Pahang bakal berubah dengan kemasukan para pemimpin UMNO yang cukup berpengalaman dan amat dikenali ini?. Segalanya berkemungkinan sekarang. Apapun kami ucapkan ribuan terima kasih kepada SB kami atas maklumat terkini ini]
Share:

Lulus Permit Peniaga Thailand , Bukti MPK Tidak Profesional !!

KUANTAN: Orang ramai terutamanya para peniaga di sekitar bandar ini kecewa dengan tindakan tidak profesional Majlis Perbandaran Kuantan. Ini berikutan tindakan MPK meluluskan permit niaga bulan Ramadhan kepada "orang luar". Permit itu diluluskan untuk tujuan menjalankan perniagaan di hadapan Terminal Makmur Kuantan. Buat masa ini terdapat sebuah expo jualan dilokasi berkenaan. Sememangnya tapak itu menjadi satu lokasi perniagaan yang amat strategik kepada para penduduk disini terutamanya menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Seperti biasa, promosi jualan diadakan disitu selama sebulan.

Walau bagaimanapun, tindakan MPK meluluskan permit kepada peniaga dari Thailand sesungguhnya amat mengecewakan. Ini kerana, biarpun permohonan dibuat oleh rakyat tempatan namun majoriti peniaga yang terlibat adalah dari negara Thailand sendiri. Menurut seorang peniaga kecil dekat sini, mereka tidak marah jika peniaga Thailand terbabit adalah orang Islam dari Selatan Thai. Ini tidak, kebanyakkan peniaga terbabit adalah warga Thailand dari Bangkok dan kawasan sekitarnya. Ini boleh menjejaskan perniagaan peniaga tempatan yang mencari rezeki di bulan Ramadhan disitu. Tambah menyiksakan ialah, peniaga Thailand terbabit dipercayai membina dua buah khemah besar di lokasi berkenaan. Kemana perginya pegawai MPK, yang selama ini begitu tegas dalam membuat tindakan?.

Layanan isitimewa yang diberikan kepada peniaga dan orang luar ternyata amat mengecewakan ramai pihak. MPK begitu tegas kepada penduduk tempatan. Ini termasuk tidak membenarkan Ahli Parlimen Kuantan mengadakan sebarang program didalam kawasan MPK. Bahkan, pegawai dan kakitangan MPK juga dilarang berurusan dengan Ahli Parlimen Kuantan iaitu Puan Fuziah Salleh. Ini merupakan satu penganiayaan dan tindakan yang amat merugikan, terutamanya para penduduk di dalam kawasan parlimen Kuantan sendiri. MPK tidak menerima wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi menerusi pilihanraya umum di negara ini. Tindakan ini amatlah memalukan dan ternyata "berat sebelah" jika dilihat kepada kebenaran yang diberikan untuk warga Thailand terbabit.

[Justeru itu, sesuatu tindakan tegas perlu diambil dalam mengawasi perkara ini dari terus berlaku. Diharapkan agar pihak MPK lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka selepas ini dan bukan hanya mengikut telunjuk pihak pemerintah yang sudah hampir hilang kuasa. Sikap kurang ajar pihak MPK ini wajar diambil tindakan oleh rakyat di Kuantan. Mereka lebih mengutamakan orang asing daripada rakyat tempatan sendiri]
Share:

Tengku Mahkota Pahang Seru Kukuhkan Institusi Raja !!

KUANTAN – Usaha hendaklah dilakukan untuk mengukuhkan lagi institusi raja-raja Melayu di negara ini demi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu. KDYTM Tengku Mahkota Pahang bertitah, usaha itu perlu dengan melihat kepada senario politik negara ketika ini, kesan daripada keputusan pilihanraya umum ke-12 yang lepas. Senario itu sedemikian rupa hingga seolah-olah penguasaan politik orang Melayu semakin terhakis yang dengannya dibimbangi boleh memberi kesan besar kepada usaha untuk memelihara kepentingan Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi yang ia masih jauh ketinggalan.

"Parti politik (UMNO) patut mengambil kira tentang cara-cara untuk mengukuhkan institusi raja-raja Melayu. Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak. "Satu ketika dahulu misalnya, imuniti raja-raja dihapuskan yang secara tidak langsung telah meletakkan institusi ini dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

INSTITUSI RAJA SELAKU ‘CUSTODIAN’

"Maka, sudah sampai masanya untuk mengkaji usaha untuk mengukuhkan institusi raja-raja Melayu selaku raja berperlembagaan. Institusi sebagai penjaga (custodian/protector) kepentingan dan juga kebajikan orang-orang Melayu dan agama Islam," titah Baginda. Kajian itu menjadi lebih perlu ekoran UMNO sebagai parti Melayu dalam senario politik semasa pasca-pilihanraya umum ke-12, sudah nampak kelemahan sebagai parti dominan Melayu. Dalam hal ini, Baginda turut merujuk kepada apa yang pernah diperkatakan pada konvensyen anjuran Badan Bertindak Warisan Melayu di Johor Bahru baru-baru ini mengenai keperluan mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu kita.

Semua pihak titah Baginda lagi, harus sedar dan memahami betapa institusi raja-raja Melayu telahpun memainkan peranan berkesannya dalam arus pembangunan negara selama ini. Malah, semasa tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan menurut Baginda, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuklah dalam rundingan yang diadakan di London. "Sudah tentu raja-raja Melayu mempunyai peranannya tersendiri untuk menentukan perjalanan negara kita sejak sebelum dan selepas tahun 1957 itu lagi, agar negara berada atas satu landasan yang kukuh (structured) sepertimana yang telah terbukti selama ini.

JANGAN JADIKAN RAJA MELAYU SEBAGAI MUSUH

"Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja. Yang penting, raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ‘co-exist’ (wujud bersama) supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," titah Tengku Mahkota. Dalam pada itupun titah Tengku Mahkota lagi, ada pihak yang cuba mempersoalkan peranan raja-raja yang menurut Baginda, adalah tidak adil sedangkan kemajuan negara yang dikecapi selama ini adalah turut disumbangkan oleh institusi raja-raja juga. "Kita seharusnya memahami peranan kita sesama sendiri, bukan menjadikan institusi raja-raja Melayu ini sebagai musuh pula. Saya berasa terkilan jugalah dengan pihak-pihak yang cuba mempersoalkan peranan raja-raja. "Sudah tentu peranan raja-raja bukanlah semata-mata menjadi ‘figurehead’ atau ‘fatherhead’, tetapi yang lebih penting ialah menjadi sebagai ‘custodian of the state, protector of Malay rights and figurehead of all races," titah Baginda. Tengku Mahkota turut menyarankan agar perpaduan Melayu digerak dan diusahakan tanpa berlandaskan kepada apa-apa fahaman atau ideologi politik sekalipun.

DEB JADI DASAR MAJUKAN SEMUA KAUM

Apabila orang Melayu tidak bersatu titah Baginda : "… orang Melayu seolah-olah telah menyerah serta melepaskan kuasa orang Melayu sendiri yang akhirnya boleh mengakibatkan bukan sahaja orang Melayu menjadi tidak relevan malah agama Islam juga menjadi terpinggir dan tidak lagi relevan, na-a’uzubillah". Sungguhpun banyak berbicara tentang kepentingan orang Melayu, dalam menyentuh soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilihat sebagai antara ‘instrument’ untuk memelihara hak ekonomi orang Melayu; Tengku Mahkota lebih cenderung untuk fleksibel mengenainya.

Tidak semestinya DEB tertumpu kepada orang Melayu semata-mata dan dalam hal ini Baginda menyatakan setuju dengan pandangan tokoh perbankan terkenal, Dato’ Mohd Nazir Abdul Razak yang mahukan dasar itu dikukuhkan lagi dengan sasarannya bagi manfaat semua kaum. "Kalau ini dapat diadakan, dirangkakan; saya rasa DEB akan menjadi dasar yang boleh memajukan semua kaum, bukan orang Melayu semata-mata; dengan jayanya," titah Baginda lagi. Dan apabila semua kaum dapat keluarkan diri daripada belenggu kemiskinan Baginda percaya, mereka akan berasa bangga dengan negara ini serta bangga sebagai warganegara Malaysia, lalu tidak lagi fikirkan soal perkauman.

[ Artikel ini dipetik dari buletin Khabar Pahang, Kerajaan Negeri Pahang Jun 2008 ]
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.