script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: UMNO Semakin Terdesak, Anggota Polis Cawangan Khas Dikerah Jadi Guru Sandaran Bagi Pengaruhi Rakyat Supaya Undi BN Di Manek Urai

KUALA KRAI [4.47 pm] - Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil itu 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN. Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB). Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN. Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon. "Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan." Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO. Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi. Antara yang dikenal pasti ialah sebagai penoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui.

[Apakah ini satu strategi licik yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai. Menggunakan guru untuk meracuni pemikiran rakyat adalah satu langkah "bijak" yang tidak sepatutnya berlaku sebenarnya. Tindakan menggunakan SB untuk menyamar sebagai Guru Sandaran adalah langkah yang cukup memalukan buat "parti kerajaan" seperti UMNO. Maka itulah, rakyat di Manek Urai perlu berhati-hati dengan pengaruh puak-puak ini. Janganlah menjadikan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Kemenangan yang diharapkan oleh UMNO dan BN kini menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Justeru itu, rakyat perlulah bijak menilai setiap apa yang dilakukan ini].

Share:

Eksklusif: BeritaTerkini Dari Mahkamah Tinggi, Perbicaraan Liwat Ditangguhkan Ke 15 Julai 2009 Kerana Peguambela Sulaiman Abdullah Sakit !!

KUALA LUMPUR [10.45 am] - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan dan bakal didengar pada hari Rabu 15 Julai 2009 ini. Ia berikutan peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat hadir dalam perbicaraan yang dijadualkan hari ini. Tinjauan Krew kami di mahkamah sejak awal pagi tadi mendapati hanya para wartawan tempatan dan media asing sahaja yang dilihat hadir bagi membuat liputan kes itu. Tidak langsung kelihatan kelompok orang ramai seperti kebiasaannya. Walau bagaimana pun pihak polis dilihat mengadakan sekatan jalanraya masuk ke mahkamah. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis trafik mengawal lalulintas. Sejak awal jam 7.00 pagi lagi, suasana dilihat agak tenang tanpa ada sebarang perhimpunan seperti yang dijangkakan. Malah, tidak juga kelihatan kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) yang kononnya mahu mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran untuk membela dan memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan.

Malah, jika dilihat kepada promosi iklan yang disiarkan dalam kebanyakan blog berhaluan kiri mereka kami membayangkan ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ternyata puak-puak BPN hanya "syok sendiri" sedangkan sokongan rakyat jauh sekali. Peguambela Anwar, Sankara Nair tiba agak awal dan terus dikerumuni oleh para wartawan untuk mendapatkan gambaran terkini kes itu. Selepas beberapa ketika, seorang lagi peguambela Anwar iaitu Sivarasa Rasiah pula tiba. Biarpun diterjah oleh para wartawan, namun Sivarasa dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mengulas kes itu. Anwar tiba sekitar jam 10.00 pagi diiringi oleh isterinya Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail. Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila kenderaan yang membawanya terus dikerumuni oleh para wartawan yang telah menanti sejak awal pagi lagi. Biar pun diajukan berbagai soalan, namun ternyata Anwar lebih banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai yang berada di perkarangan mahkamah. Kesesakan jelas dapat dilihat, sehingga begitu ramai wartawan yang mengekori Anwar sehingga menghalang laluannya untuk ke bilik perbicaraan di tingkat 4.

Tambah kecoh lagi, bila ada wartawan yang terus mengekori Anwar sehingga ke dalam lif. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan dan mengarahkan mereka bersurai. Selepas Anwar menaiki lif, beberapa minit kemudian terdengar laungan "Bebaskan Anwar, Hidup Anwar" dari perkarangan mahkamah. Sekumpulan anak muda Pakatan Rakyat yang menggelarkan diri mereka KEJAM (Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menarik perhatian orang ramai. Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Saudara Shamsul Iskandar Md.Akin, Ketua AMK Pusat telah memberikan kenyataan media kepada para wartawan selepas itu. Turut kelihatan ialah Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS), Saudara Chegu Bard (Ahli Pimpinan Tertinggi PKR), Saudara Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK) serta lain-lain kepimpinan pemuda Pakatan Rakyat yang lain. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis yang cuba untuk menghalang kumpulan terbabit. Namun akhirnya dibiarkan selepas keadaan "gawat" itu diredakan seketika. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir ialah YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), Syed Hussin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan lain-lain lagi.



[Dengan keputusan penangguhan ini, maka ia diharap dapat memberi ruang keadilan untuk Anwar. Semoga ia dapat memberi kemenangan buat mereka yang akan dizalimi dengan satu sistem undang-undang yang jelas bercanggah dengan perlembagaan. Ramai yang mahukan kes ini digugurkan atau dibicarakan di Mahkamah Syariah, kerana ia berkaitan dengan isu jenayah syariah dan bukannya sivil. Tetapi, apakan daya kerana semuanya telah dirancang dengan rapi oleh mereka yang berkuasa. Semoga kemenangan bakal tercipta jua akhirnya].


Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Nik Aziz Akur Najib Tolak Pertemuan Dan Debat

KOTA BHARU [3.50 pm] - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), akur dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-UMNO. Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai. "Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai sudah kerja saya," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim hari ini.

Gugurkan Kes Liwat, Pemuda UMNO Lapor Polis


KOTA BHARU [3.25 pm] - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan akhbar itu yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah dan institusi perundangan negara. Laporan itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (foto) di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.15 pagi berhubung laporan bertajuk "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera." Bercakap kepada pemberita kemudian, Anuar, yang diiringi kira-kira 20 ahli Pemuda UMNO, berkata kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit pada 30 Jun dan 7 Julai 2009 yang menggesa supaya pertuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan adalah seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara. "Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," katanya.

Gerak Lapor SPRM Isu PKFZ, Banglo Khir Toyo


SHAH ALAM [3.10 am] - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos (foto), mengemukakan laporan dan dokumen berkaitan kepada pegawai SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu di sini, jam 10.40 pagi. Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mohd Nazree berkata Gerak mengemukakan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses pelantikan pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng.

Keputusan Pilihanraya Seawal Jam 8.30 Malam

KUALA KRAI [3.05 pm] - Keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini dijangka diketahui seawal jam 8.30 malam. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto), berkata suruhanjaya itu tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan itu awal. "Sasaran kita ialah 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan dan keputusannya dijangka jam 8.30 malam," katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat kepada ketua-ketua Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya Kecil Manik Urai di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai di sini.

Media Baru, Kerajaan Amalkan Sikap Terbuka

KUALA LUMPUR [3.02 pm] - Kerajaan mengamalkan pendekatan terbuka terhadap media baru dengan mengadakan perjumpaan dan dialog bersama bloggers dalam usaha menyampaikan segala dasar kerajaan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), berkata kerajaan sentiasa menekankan segala dasar kerajaan pada setiap perjumpaan bersama bloggers serta mengingatkan mereka berhubung Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1958 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. "Antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan adalah mengadakan perjumpaan dan dialog secara berkala dengan bloggers dalam menyampaikan dasar kerajaan termasuk berkaitan undang-undang negara supaya setiap tindakan mereka selari dengan dasar negara terutama dalam aspek keselamatan negara dan keharmonian kaum," katanya ketika menjawab soalan Senator Shamsudin Mehat pada Persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Share:

Edisi Pahang: Gara-Gara Menyiarkan Berita Yang Lebih Neutral, Adil Dan Telus Maka Akhbar Sinar Harian Ditempelak Oleh Puak-Puak UMNO Karat !!

KUANTAN [3.00 pm] - Nampaknya kerajaan UMNO dan Barjsan Nasionak di Pahang kini semakin takut untuk berpijak di bumi yang nyata. Terbaru mereka menempelak laporan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian edisi Pahang yang kononnya kini lebih "berat sebelah" kepada parti pembangkang. Walhal, mereka sendiri sedar bahawa akhbar Sinar Harian memang mengamalkan konsep "Adil dan Telus" serta bersikap "Neutral" dalam melaporkan tentang isu-isu semasa yang membabitkan rakyat. Anehnya, pemimpin UMNO Pahang nampak bahawa Sinar Harian kini seolah-olah telah menjadi sebahagian akhbar "Pakatan Rakyat", sedangkan ia adalah sebaliknya. Antara lain satu laporan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menter Besar Pahang dalam blognya http://dongtalk.blogspot.com yang berbunyi "Gambar2 yang dipamirkan di atas adalah Sinar Hairan Edisi Pahang. Apa tujuan mereka saudara-saudari buatlah penilaian sendiri. Adakah mereka play safe atau makan keliling? Adakah mereka mahu pembangkang bertapak dan akhirnya berkuasa di Pahang. Apakah yang mereka mahu? Mahu dimanjakan, dibelai mesra atau apa? Terpulanglah...mereka menjual pantang kita tidak membeli!".

Bukankah ini menunjukkan yang beliau memomok-momokkan isu kegusaran pihak kerajaan negeri terhadap pengaruh akhbar Sinar Harian. Malah terdapat satu komen yang dihantar oleh pembaca blog berkenaan yang menyebut "Kami bermesuarat sesama bloggers pagi tadi. Antara rumusannya adalah Sinar Harian kepunyaan Karangkraf bertujuan melariskan jualannya. Sumber memberitahu, jualannya agak merosot apabila menyiarkan berita-berita mengenai UMNO dan jualannya laris ketika memomokkan isu-isu sensasi Parti Pembangkang. Mereka hendak cari makan Tok". Dengan kenyataan itu ia jelas membuktikan kepada kita bahawa pihak berkenaan terlalu takut akan kebangkitan suara rakyat dan kekuatan Sinar Harian sebagai penyampai maklumat serta sumber berita yang adil dan telus. Amat malang sekali bila pemikiran "manusia seperti ini" diangkat sebagai pemimpin. Mereka fikir rakyat mahu terus disogokkan dengan berita-berita palsu dan jauh menyeleweng seperti yang disiarkan oleh akhbar arus perdana yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian agaknya?. Ketelusan dan keadilan yang ditunjukkan oleh Sinar Harian sepatutnya diikuti oleh akhbar-akhbar lain. Ini tidak, mereka sengaja mahu mencari jalan untuk menjatuhkan Sinar Harian. Bahkan bukti jelas menunjukkan yang Sinar Harian mendapat lonjakan pembaca yang tinggi kerana menyiarkan berita yang lebih adil dan telus buat tatapan seluruh rakyat sebenarnya.

[Kenyataan pembaca terbabit yang menyatakan bahawa jualan Akhbar Sinar Harian merosot kerana menyiarkan berita-berita UMNO jelas sekali membuktikan bahawa rakyat sebenarnya menolak UMNO dan Barisan Nasional secara keseluruhannya. Inilah yang menyebabkan akhbar media arus perdana Utusan Meloya dan Berita Hairan juga mengalami kemerosotan yang amat membimbangkan. Ini kerana mereka senantiasa menyiarkan laporan berita yang jelas terpesong daripada pemikirian rakyat. Berita mengampu, menjilat dan memuji kerajaan yang sudah ditolak oleh majoriti rakyat sebenarnya menyebabkan akhbar itu terus merundum jualannya. Justeru itu, puak-puak UMNO dan BN tidak perlu takut dengan Sinar Harian jika mereka berani kerana benar. Rakyat boleh memilih berita yang mereka mahukan. Biar banyak mana pun laporan pembangkang disiarkan dalam akhbar terbabit namun jika ia ditolak oleh rakyat bukankah itu tidak menjadi masalah. Walhal dalam masa yang sama laporan tentang UMNO dan BN turut disiarkan secara jelas dalam akhbar terbabit. Soalnya mengapakah mereka ini terlalu "takut kepada bayang-bayang sendiri" agaknya?. Syabas dan tahniah buat Sinar Harian !].

Share:

Edisi Pahang: Wakil Rakyat BN Melenting Selepas Pendedahan Isu Asap Serta Habuk Di Kilang Bata Hantui Penduduk Disiarkan Oleh Sinar Harian !!

KUANTAN [2.10 pm] - Berikutan pendedahan kami tentang masalah penduduk di sekitar Taman Tas Ria 1 dekat sini, maka Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan dikatakan melenting dan bagai "cacing kepanasan". Kami difahamkan YB Zaili Besar, ADUN Panching (foto), itu amat marah dan kecewa dengan laporan terbabit. Masalah habuk dan asap "kilang batu-bata" yang menghantui para penduduk sekitar kawasan berkenaan sebelum ini memang sudah lama didedahkan. Namun, tiada langsung tindakan segera dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Dalam kempen pilihanraya umum ke-12 lau, ADUN terbabit berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk. Namun, selepas lebih setahun kenyataan beliau hanya "indah khabar dari rupa". Tiada tindakan susulan, malahan kilang itu terus beroperasi tanpa ada sebarang sekatan. Inilah yang mengecewakan penduduk setempat sebenarnya. Kami difahamkan, YB Zaili telah mengadakan lawatan "segera" ke tapak berkenaan baru-baru ini. Ia berikutan, laporan eksklusif kami itu telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Pahang. Maka itu, tanpa memberi alternatif bilakah masalah itu dapat diselesaikan beliau mempertikaikan pula kenyataan dan pendedahan yang kami lakukan. Lebih mengecewakan, beliau turut meminta KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) taman berkenaan dan pihak KAFA yang menyewakan tanah terbabit untuk turut sama mengeluarkan kenyataan yang menyokong beliau. Nampak benar, perkara ini hanya dipolitikkan untuk kepentingan peribadi. Walhal, apa yang diharapkan oleh rakyat langsung tidak menjadi kenyataan. Perkara semudah itu, iaitu memindahkan tapak kilang batu-bata itu pun masih gagal diselesaikan. Maka, apatah lagi masalah-masalah besar yang bakal dihadapi oleh para penduduk di kawasan terbabit.

Memang sudah menjadi tabiat pemimpin UMNO untuk mempertahankan "benang yang basah" hasil pendedahan yang dibuat. Maka, mereka pasti akan menarik perhatian dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kepada media kononnya mereka telah melakukan kerja. Walhal, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Jika benar KRT, KAFA dan pemimpin UMNO mengambil berat perkara itu maka tidak mungkin perkara yang mudah seperti itu boleh berlarutan sejak tujuh tahun yang lalu. Apakah ini namanya tradisi membela rakyat dan rakyat diutamakan?. Mereka yang melihat keuntungan dan sukar untuk melakukan tindakan biarpun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Bercakap kepada media adalah perkara biasa bagi pemimpin UMNO dan BN untuk menolak segala laporan yang dibuat. Justeru itu, krew kami di Kuantan akan terus memantau perkara ini. Tindakan KRT untuk mengumpul tanda tangan bagi mendesak projek kilang bata itu dipindah adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Ini kerana, ADUN Panching terbabit sepatutnya membawa permasalah penduduk terbabit ke Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung. Soalnya, apakah yang dibawa ke Dewan oleh ahli yang berhormat UMNO ini?. Jika masalah seperti ini pun gagal untuk dibela oleh mereka, maka wajarlah rakyat menolak pemimpin seperti ini. Dasar "cakap tak serupa bikin" jelas sekali menyebabkan rakyat yang tidak berdosa akan terus menanggung derita dan merana. Kesan habuk dan asap kilang bata itu lama kelamaan akan menyebabkan penduduk setempat mengalami masalah kesihatan terutamanya para pelajar sekolah. Apakah selepas ada penyakit serius yang boleh membawa maut, barulah ia mahu diselesaikan oleh mereka?
Baca Pendedahan Eksklusif Kami Tentang Isu Panas ini
[Kami menyarankan YB terbabit agar melakukan kerja jika mahu terus disokong oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Ingat, apa janji kamu tatkala meraih undi semasa kempen pilihanraya umum ke-12 lalu?. Bukankah masalah ini telah bertahun-tahun dihadapi oleh penduduk dan telah beberapa kali juga disiarkan dalam media arus perdana. Soalnya, mahu atau tidak menyelesaikannya. Setakat pergi melawat dan membawa media supaya disiarkan gambar dalam akhbar kononnya wakil rakyat prihatin masalah penduduk. Ia langsung tidak memberi makna dan dapat menyelesaikan masalah ini. YB terbabit perlu memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan bukannya mengeluarkan kenyataan kononnya kami membuat fitnah terhadap beliau. Fitnah apa lagi yang mahu kami lakukan, jika siap disertakan dengan bukti bergambar tentang permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk. Lakukan tindakan jangan sekadar cakap sahaja, sedangkan "habuk pun tak ada". Jadilah wakil rakyat yang prihatin masalah mereka. Kami memberi tempoh sebulan kepada wakil rakyat terbabit untuk selesaikan masalah ini. Jika tidak pendedahan yang lebih besar akan dilakukan. Selesaikan bermaksud kilang batu-bata itu dipindahkan segera, bukannya dibiarkan terus beroperasi yang mana akhirnya menghantui jiwa raga rakyat di kawasan terbabit !!].
Share:

Eksklusif: Isu Mahu Menfailkan Saman RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari, Blogger Cucumatkilau Kini Di Serang Puak-Puak Blogger UMNO Karat !!

Susulan kenyataan panas kami tentang isu "saman RM2 juta" yang bakal difailkan terhadap "Saiful Bukhari Azlan" baru-baru ini, maka ramailah dikalangan "Blogger Pembela Negara (BPN)" yang menghentam kami bertalu-talu. Kononnya tindakan itu tidak bertepatan lantaran Saiful terlebih dahulu sepatutnya menyaman Pahang Daily Online dan bukannya kami. Malah dalam kebanyakan blog BPN milik penyokong UMNO karat itu jelas sekali mengutuk dan mengeluarkan "kata nista" yang sungguh memeritkan telinga sesiapa sahaja yang membacanya. Namun, bagi kami di PDO ianya adalah lumrah dialam cyber. Inilah yang dikatakan "perang cyber" yang amat relevan dengan dunia politik alaf baru era globalisasi hari ini. Pun begitu, ada beberapa perkara yang cukup menggelihatikan kami. Ia berkaitan dengan pandangan dan kenyataan puak-puak BPN bahawanya PDO adalah "hak milik AMK Pahang". Kononnya, tujuan PDO mengeluarkan cerita-cerita panas berkaitan Saiful Bukhari Azlan adalah bagi menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap AMK Pahang. Malah ada juga yang mengatakan bahawa ianya sengaja ditimbulkan bagi membolehkan Anwar melihat kononnya AMK Pahang begitu prihatin terhadap beliau. Malah, blog-blog terbabit juga telah menyiarkan satu gambar foto salah seorang krew panas kami iaitu Blogger Cucumatkilau dengan Suhaimi Said (PKR Pahang).

Cucumatkilau Tiada Kaitan Lagi Dengan AMK

Memang tidak dinafikan, Cucumatkilau memang asalnya cuba untuk terlibat dengan AMK Pahang hujung tahun 2008 yang lalu. Namun, akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan selepas kemelut politik yang melanda parti itu beberapa bulan selepas penyusunan semula pimpinan tertinggi PKR. Ketika itu memang beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan AMK Pahang. Namun, kes liwat Saiful ini ditimbulkan selepas beliau meletakkan jawatan dari AMK Pahang. Maknanya Pahang Daily Online tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang digamabarkan oleh puak-puak BPN itu sendiri.Berita tentang perletakkan jawatan Cucumatkilau dari AMK Pahang juga telah disiarkan dalam beberapa buah akhbar arus perdana. Malah selepas membuat keputusan itu, beliau beberapa kali telah dihubungi oleh puak-puak UMNO yang bertujuan untuk mengumpan beliau menyertai parti karat itu. Biarpun ditawarkan dengan berbagai ganjaran dan kemewahan, namun Cucumatkilau akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak secara bebas dan kini beliau merupakan salah seorang blogger panas kami yang amat digeruni di negeri Pahang hatta di Malaysia. Biarpun kelibatnya tidak sehebat Raja Petra Kamaruddin dan yang seangkatan, namun keberanian dan semangat juang yang kental untuk membela rakyat dan mengembalikan keadilan di bumi bertuah ini semakin bersemarak. Malah, beliau telah beberapa kali ditangkap polis atas kenyataan panas dan pedasnya tentang kemelut politik negara. Kini Cucumatkilau masih lagi merupakan salah seorang krew PDO yang paling sensasi.

Blogger Cucumatkilau Berucap Di Manek Urai

Malah, kami juga difahamkan yang beliau turut diberi peluang untuk berucap tengang "kes Saiful -Anwar" ketika hari penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam. Ucapannya sekitar 15 minit itu, sudah cukup untuk memberi semangat dan pemahaman rakyat bahawa sememangnya kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim itu adalah satu konspirasi jahat oleh puak-puak UMNO dalam usaha menjatuhkan serta mematikan api perjuangan rakyat yang dibawa oleh mantan TPM itu sebenarnya. Ucapan Cucumatkilau dihadapan ribuan rakyat yang berarak mengiringi calon PAS di Manek Urai itu semalam telah mendapat perhatian daripada kalangan mereka yang mendengarnya. Biarpun agar ringkas namun ia padat dengan informasi yang dapat menyuntik semangat rakyat untuk terus berjuang bagi membela nasib Anwar yang sebenarnya menjadi "mangsa" dalam kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau turut menyatakan bahawa seandainya kes ini diteruskan juga, maka memang kita pasti Anwar bakal menghuni kembali Penjara Sg.Buloh. Ini berikutan terdapat asas-asas dan bukti yang kukuh pihak polis dipercayai "menyediakan bukti" untuk membantu Saiful dalam kes ini. Malah, jika berdasarkan kepada undang-undang pihak polis sebenarnya boleh "membuang kes berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful itu adalah palsu". Ia berikutan laporan doktor pakal Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan dia tidak diliwat. Soalnya kenapa Saiful masih terkinja-kinja mahu menjaja dia diliwat?. Apakah polis boleh menerima kenyataan "mulut' Saiful" daripada "laporan perubatan hospital kerajaan" yang dibuktikan secara klinikal itu. Maka ia jelas menunjukkan memang ada satu lagi konspirasi jahat untuk memastikan suara Anwar tidak bergema lagi selepas ini. Kenyataan Cucumatkilau itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan rakyat yang sedang menanti keputusan pencalonan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Cucumatkilau Wakili PDO Hadir Kes Anwar

Berikutan dengan kes perbicaraan "liwat" yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok (8 Julai 2009), kami telah memberi kebenaran kepada Blogger Cucumatkilau untuk hadir membuat liputan perjalanan kes dan senario yang bakal berlaku di mahkamah. Kami difahamkan puak-puak Blogger Pembela Negara (foto), juga akan hadir beramai-ramai kononnya untuk memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan dalam kes ini esok. Bahkan mereka juga dikatakan telah mengajak seberapa ramai puak-puak mereka untuk hadir bagi menyatakan sokongan mereka. Persoalannya sokongan apakah yang mahu dinyatakan sebenarnya?. Terbukti puak-puak BPN ini semakin "kalut" dan "tidak mahu berpijak di bumi yang nyata". Sudah terang lagi bersuluh bahawa, Saiful disahkan "masih teruna serta suci" oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (milik kerajaan UMNO dan BN sendiri). Makanya ia jelas membuktikan yang tidak ada asas dan prima facie yang jelas bagi meneruskan perbicaraan serta pendakwaan terhadap Anwar dalam kes ini sebenarnya. Namun, dek kerana "kebebalan, kedangkalan dan kebodohan" puak-puak Blogger Pembela Negara maka mereka masih tergamak untuk membela "jantan sial" seperti Saiful Bukhari Azlan itu. Inilah malangnya nasib puak-puak BPN, kerana terpaksa membela dan menyokong sesuatu isu tanpa asas dan alasan yang kukuh. Malah, mereka juga ternyata gagal untuk menjiwai serta memperhalusi segala kejadian yang berlaku itu dengan menggunakan akal fikiran serta otak yang telah dikurniakan oleh Allah Taala. Akhirnya jadilah mereka seperti "pak turut" yang hanya mengikut segala apa yang diarahkan tanpa mahu memikirkan segala isu itu dengan hati yang terbuka. Kerja mereka hanya mengampu dan menyokong apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Merompak wang rakyat mereka sokong, rasuah sokong, zalimi rakyat sokong, semua sokong. Apa yang pasti, mereka sebenarnya turut tersiksa dek segala dasar-dasar kerajaan yang menindas rakyat. Mereka hanya mendapat untung tatkala menjelang pilihanraya, kemudiannya akan bersama rakyat tersiksa jiwa dan raga. Tapi masih sanggup untuk menjilat pemimpin seperti itu kerana "jiwa dan minda" yang sudah terbelenggu dengan doktrin dan dakyah UMNO karat yang kian merebak dan sebati dalam diri mereka sejak sekian lama !!

[Difahamkan Cucumatkilau akan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak media bagi memaklumkan situasi sebenar kes saman Saiful dan isu terkini tentang perkara itu. Justeru itu nantikan sahaja kehadiran krew kami untuk membuat liputan berita yang pastinya lebih panas dan sensasi selepas ini. Kemungkinan besar ribuan rakyat akan turut hadir bagi mengikuti perbicaraan kes Anwar esok. Maklumat yang diterima menerusi email dari PKR Pahang, parti itu akan mengadakan solat hajat malam ini bagi memohon doa daripada Allah Taala, agar memberikan kemenangan kepada orang yang dizalimi dalam kes ini. Laporan terkini Pilihanraya Kecil Manek Urai turut akan disiarkan selepas ini].

Share:

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Manek Urai, Tindakan Polis Gunakan Kawat Berduri Serta Kereta Perisai Semasa Proses Penamaan Calon Amatlah Diragui !

KUALA KRAI [6.00 pm] - Ramai dikalangan para penduduk dan rakyat di kawasan pilihanraya kecil DUN Manek Urai terkejut dengan tindakan pihak polis membawa "kereta perisai" (foto) semata-mata untuk memantau proses penamaan calon pilihanraya kawasan itu pagi tadi. Malah ada dikalangan mereka melaungkan perkataan "Nyah kau polis !! Ini bukan kawasan peperangan !!". Mereka hairan dengan tindakan polis itu, yang jelas sekali telah menakut-nakut rakyat dan penduduk setempat. Bahkan, selain daripada kehadiran beberapa buah kereta perisai turut dilihat ialah deretan lori FRU bersama anggotanya yang berkawal seolah-olah akan berlaku peperangan. Malah, tindakan pihak polis yang menggunakan "kawat berduri" kononnya bagi menghalang penyokong kedua-dua belah pihak membuat kacau ganggu terhadap polis, jelas merupakan satu lagi kedangkalan yang amat nyata. Pihak polis yang memberi arahan itu sememangnya telah membuat satu kesilapan yang tidak sepatutnya. Proses penamaan calon sebenarnya adalah aktiviti biasa yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya. Belum pernah terjadinya rusuhan semasa proses itu berjalan. Kebanyakkan yang terjadi hanyalah "provokasi" yang dilakukan secara "terancang" oleh pihak polis sendiri, yang mahu memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat.

Jika inilah caranya pihak polis menjaga keselamatan rakyat, maka bukannya rakyat semakin selesa malah mereka menjadi takut pula kepada anggota polis. Terkadang, terasa simpati juga melihat "adik-adik" dan "abang-abang" kita yang bernama "polis" ini. Mereka terpaksa menjadi "pak turut" dan mengikut apa sahaja arahan "bangang" yang dikeluarkan oleh pihak atasan atas isyarat daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Makanya, mereka lupa yang lambang polis yang terdapat pada topi dan baju mereka itu ada tertulis kalimah "Allah, Muhammad". Anehnya, segala tindakan yang mereka lakukan jelas sekali tersasar daripada gambaran yang diberikan. Hasilnya, rakyat melihat polis bukan lagi pembela rakyat yang teraniaya dan tidak berdosa. Sebaliknya polis kini yang telah menganiaya dan menzalimi mereka. Lantaran itu jugalah, kita tidak hairan pabila polis yang sudah tua dan pencen akhirnya akan kembali ke pangkal jalan serta mengakui segala kesilapan lampau mereka. Ketika itulah baru terasa untuk beribadah kepada Allah, setelah sekian lama hidup dalam "pembohongan". Mereka bukan mahu sangat menzalimi rakyat, tetapi terpaksa akur dengan arahan pihak atasan. Polis di Malaysia kini sudah menjadi satu pekerjaan "terkutuk" dan "haram" bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah, malah kini sengaja membiarkan diri mereka diperalatkan semata-mata kerana "patuh dan taat" kepada "boss". Inilah bukti jelas bahawa matlamat hidup mereka sudah jauh tersasar dan wajar dikembalikan semula ke pangkal jalan. Jika tidak, selamanya polis di Malaysia akan dipandang hina oleh hamba rakyat. Apakah ini yang dimahukan?.

[Melihat kepada senario yang berlaku ini, maka kami menjangkakan pilihanraya kecil DUN Manek Urai pastinya akan membabitkan berbagai insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis. Malah, kawalan yang begitu ketat di kawasan penamaan calon sejak jam 5.00 pagi lagi membuktikan kepada kita sesuatu yang lebih besar akan berlaku sepanjang kempen pilihanraya kecil ini. Apa yang pasti, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan anggota polis memastikan Barisan Nasional menang kali ini. Jika tidak, beliau pasti tahu bahawa "sepupunya" Najib Razak pasti akan mendapat malu yang lebih besar nanti. Kepada semua petugas Pakatan Rakyat, sila berhati-hati dengan "provokasi" yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Bahkan kita tau lah siapakah yang telah diarahkan melakukan perbuatan tersebut itu sebenarnya!!].

Share:

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Bagi DUN Manek Urai, Tiada Lagi Calon Bebas Maka Calon PAS Akhirnya Di Tentang Satu Lawan Satu Dengan Calon BN !!

KUALA KRAI [12.35 pm] - Pilihanraya Kecil N41 menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara PAS dan UMNO bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai. Lebih 10,000 penyokong berarak mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sejauh 1.4 kilometer ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Yahya Petra. Mohd Fauzi, diapit oleh Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memfailkan kertas penamaan pada 9.17 pagi. Manakala kehadiran calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, disambut 2,000 penyokong dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Beliau memfailkan kertas penamaan pada 9.05 pagi. PRK Manek Urai diadakan selepas kematian ADUN Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Kawasan yang secara tradisinya kubu kuat PAS mempunyai 12,292 pengundi berdaftar, dimana 99.3 % adalah Melayu, 0.40 % Cina dan 0.20 % India. Dibawah adalah gambar foto suasana hari pencalonan yang dirakamkan oleh Krew kami.






[Melihat kepada sokongan rakyat jelata kepada calon PAS pagi tadi, ia menjelaskan lagi kepada kita bahawa sesungguhnya mereka memang sudah benci dan menolak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Cuma, hanya dikalangan pemimpin dan penyokong mereka sahaja yang masih "bebal" dan tidak mahu menerima kenyataan. Justeru itu, adalah diharapkan agar Manik Urai bakal menjadi petanda kebangkitan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Semoga dengan ini, segala apa yang dicanangkan dalam "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" semuanya akan ditolak mentah-mentah oleh mereka. Manek Urai bakal menjadi saksi keutuhan "1Malaysia" Najib Razak itu !!].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib

KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman (foto), yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak. Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak. Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri. "Sebagai bekas pendakwa raya utama negara dan Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

[Inilah yang paling ditakuti oleh puak-puak UMNO dan BN iaitu apabila ada golongan mereka sendiri yang mahu bercakap benar dan menyampaikan sesuatu dengan keikhlasan hati. Apa yang Nazri mahu ialah Abu Talib bersetuju dengan segala apa yang dilakukan dalam kes rampasan kuasa di Perak. Biarpun beliau sendiri tahu hakikat sebenarnya. Mana mungkin manusia boleh ditipu dan dipesongkan minda buat selamanya. Inilah yang berlaku kepada mereka-mereka yang sudah dibukakan mata dan hati untuk melihat kebenaran di depan mata. Tahniah buat Tan Sri Abu Talib Othman].

Pecat Johari, PKR Kecewa Tindakan Guan Eng

GEORGETOWN [2.35 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya, minggu lalu. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu. Malah, katanya, Johari juga sedia berjumpa dengan Ketua Menteri berhubung perkara itu, tetapi malangnya Guan Eng enggan bertemu dengan pemimpin PKR berkenaan. "Saya rasa ini satu sikap yang tidak bermuafakat. Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung. "Ini bukan pandangan peribadi saya, ini pandangan ahli PKR sebab keputusan dibuat oleh kepimpinan parti. Ia bukan keputusan Ketua Umum atau Presiden tetapi keputusan bersama kepimpinan peringkat pusat dan negeri," katanya

[Perkara pecat memecat ini sepatutnya tidak harus ditimbulkan dan perlu diselesaikan secara berhemah. Tindakan DAP Pulau Pinang itu jelas sekali telah membelakangkan semangat kekitaan dalam Pakatan Rakyat. Jika beginilah cara mereka menangani masalah rakyat dan pemimpin itu sendiri, nescaya lama kelamaan hubungan intim ini akan kembali rapuh dan bakal dirosakkan. Justeru itu, jalan terbaik ialah duduk berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan yang bisa menimbulkan keraguan].

Peguambela Sakit, Permohonan Anwar Ditangguh

KUALA LUMPUR [12.15 am] - Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan. Peguambela Sulaiman Abdullah (foto), memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu. "Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman. Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan. Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat. Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan. Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.

[Hairan bin Ajaib, bila peguambela Anwar jatuh sakit dan memohon cuti maka boleh pula kes ditangguhkan. Tetapi kenapa bila Hakim Sesyen SM Koomathy bercuti kes perpindahan mahkamah diteruskan dengan menggantikan Hakim yang lain tanpa sebarang makluman. Malah, hakim itu pula terus meluluskan bahawa kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tanpa mengambilkira pandangan serta keterangan daripada peguambela Anwar. Inilah yang menimbulkan persoalan].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Isu Karpal, Pemimpin Pemuda UMNO Didenda

KUALA LUMPUR
[8.45 pm] - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memutuskan empat pemimpin Pemuda UMNO didenda RM1,000 seorang selepas dewan lulus usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh dikasari, Februari lalu.

[Denda RM1,000 sebenarnya hanyalah "celah gigi" sahaja bagi puak-puak UMNO. Soalnya, kenapa pihak polis tidak membuat siasatan yang rapi dalam kes kekasaran terhadap Karpal ini. Bahkan, mereka yang terlibat juga dipercayai membawa senjata api ketika kejadian. Bayangkan jika kejadian tidak diingini berlaku terhadap beliau ketika itu?. Bukankah ini satu kes jenayah yang harus diberikan hukuman yang setimpal].

Anwar, Media BN Putar Belitkan Isu Di Kedah

KUALA LUMPUR [8.30 pm] - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan PAS Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu. "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

[Isu yang berlaku di Kedah ini sebenarnya tidaklah seteruk apa yang digambarkan. Namun, memang sudah menjadi "kerja jahat dan terkutuk" media arus perdana untuk memutarbelitkan keadaan dan menunjukkan seolah-olah wujudnya perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Mereka mencuba melagakan PAS dan PKR, kini mereka gunakan pula DAP dan PAS dan kita sendiri boleh menjangkakan apakah yang akan berlaku].

Karpal Singh Diarah Keluar Dari Sidang Dewan

KUALA LUMPUR [6.30 pm] - Pengerusi DAP, Karpal Singh (foto), diarah keluar sidang Dewan Rakyat, jam 5.30 petang tadi selepas beberapa kali ditegur Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengeluarkan perkataan kesat. Karpal (DAP-Bukit Gelugor) beberapa kali mengeluarkan kata-kata ditujukan kepada Khairy Jamaluddin (N-Rembau) sebagai perasuah.

[Aneh benar dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat, Speaker bebas melakukan apa sahaja untuk menghalang pemimpin Pakatan meluahkan apa jua pandangan mereka tentang kebobrokan pemimpin UMNO. Namun, jika ia berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak, sudah pasti tindakan menghalau dan menghalang wakil rakyat BN bersuara akan dianggap salah. Inilah amalan "double standard" yang terus dilihat berlaku].

Azizan Belum Terima Surat Rasmi DAP Keluar

ALOR SETAR [5.45 pm] - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto), berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung keputusan DAP untuk keluar daripada pakatan rakyat di Kedah selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri itu. Katanya, DAP masih berada dalam pakatan itu selagi beliau tidak menerima pengesahan daripada kepimpinan pusat parti itu berhubung perkara berkenaan. "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri sudah beri layanan baik untuk semua," katanya di sini, hari ini.

[Berita tentang DAP Kedah akan keluar dari Pakatan Rakyat hanyalah gembar gembur oleh media arus perdana sebenarnya. Walhal, apa yang berlaku di negeri itu hanyalah satu kesilapan kecil yang tidak harus diperbesar-besarkan hingga mewujudkan perpecahan sebegitu rupa. Apapun, kita agak hairan dengan sikap media BN yang begitu kemaruk untuk memaparkan isu keretakan Pakatan Rakyat ini. Mereka seolah-olah diberikan lesen sewenang-wenang untuk melakukan propaganda].

Share:

Eksklusif: Sesuatu Yang Memang Sudah Dijangka, Mahkamah Rayuan Akhirnya Memutuskan Agar Kes Liwat Kekal Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Seperti yang telah dijangkakan, akhirnya Mahkamah Rayuan petang tadi memutuskan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), kini kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, pada 5 Mac lalu, yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan perintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kami tidak hairan dengan keputusan ini, kerana sejak awal-awal lagi kami sudah menjangkakan keputusan yang sudah pasti tidak akan memihak kepada Anwar. Bahkan, kes yang cukup mengelirukan ini juga bakal "menghumbankan" Anwar semula ke Penjara Sg.Buloh tidak lama lagi. Oleh itu jalan yang terbaik ialah rakyat perlu menunjukkan protes terhadap apa yang berlaku ini. Mana mungkin Anwar boleh dibicarakan oleh satu kesalahan yang telah dibuktikan secara klinikal tidak berlaku kepada "mangsa" yang terbabit. Sepatutnya, mahkamah membatalkan kes ini kerana ia jelas benar-benar akan merosakkan undang-undang negara kita.

Alasan yang diberikan oleh peguam Saiful dan pihak pendakwaraya bahawa mereka mempunyai bukti kukuh Anwar meliwat Saiful tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana, terdapat asas yang jelas bahawa segala bukti-bukti itu adalah "rekaan berdasarkan skrip" semata-mata. Bahkan, apa yang berlaku terhadap Anwar 10 tahun lalu harus dijadikan ikhtibar oleh pihak mahkamah, bahawa bukti rekaaan sebenarnya tidak "relevan" dengan apa yang dibicarakan. Lihat sahaja dulu tatkala tilam diusung, diari peribadi Anwar dihilangkan, Trivolli Villa yang diragui dan banyak lagi bukti "mengarut" yang telah disediakan oleh pihak pendakwaraya. Akhirnya, rakyat bosan dan meluat melihat satu perbicaraan yang jelas "mengelirukan" dan bukan lagi "menegakkan keadilan" seperti apa yang digambar. Terkadang, malu rasanya melihat segala apa yang berlaku ini. Seolah-olah negara kita kini sudah mengamalkan "Law Of The Jungle" seperti apa yang diwar-warkan selama ini. Undang-undang ikut sesuka hati mereka dan rakyat awal-awal lagi sudah boleh meramalkan sesuatu kes perbicaraan yang dijalankan oleh mahkamah. Bahkan mereka juga tahu bahawa kes akan memihak kepada pesalah jika mempunyai hubungan dengan pihak atasan terutamanya golongan politik. Manakala kes yang melibatkan "musuh politik" mereka, dengan mudah undang-undang diperkotak-katikkan. Inilah yang mengelirukan rakyat jelata sebenarnya. Sampai bilakah kita harus berhadapan dengan situasi ini agaknya.

Mahkamah Menolak Alasan Jaminan Bekas PM

Dalam pada itu, ketika ditemui hari ini Anwar berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kes liwatnya kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, jelas jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (foto), tidak terbabit dalam kes ini tidak diterima mahkamah. "Saya tak terkejut dengan keputusan ini dan sudah menjangkakannya. Jelas sistem kehakiman tak banyak berubah. "Jaminan bekas Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak terbabit dalam kes ini jelas tak diterima mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, petang ini. Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, S N Nair supaya mengkaji semula alasan ringkas penghakiman hari ini bagi menentukan sama ada semakan kehakiman perlu dibuat. Sementara itu, Nair berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada pihaknya akan membuat semakan penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan hari ini. "Kita akan kaji alasan ringkas kehakiman rayuan hari ini sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya.

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan "sikap kurang ajar" yang ditunjukkan oleh pihak yang berkuasa di Malaysia hari ini. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar mereka memahami apakah sebenarnya erti konsep negara demokrasi dan bagaimana mereka harus menghormati apa yang terdapat dalam rukun negara. Apa yang pasti, kami memang menjangkakan rentetan daripada keputusan drastik ini jelas akan menghambat Anwar dengan lebih cepat ke Penjara Sg.Buloh. Tidak nampak langsung "keadilan" yang sebenarnya mahu ditegakkan dalam kes ini. Apa yang ada, ialah mahkamah masih mahu membicarakan satu kes yang jelas bercanggah dengan undang-undang dan segala peraturan yang telah mereka buat sendiri. Rakyat tidak harus melihat semua ini sewenang-wenang berlaku di depan mata mereka. sesuatu perlu dilakukan demi mengembalikan semua "kedaulatan udang-undang" dan "keluhuran perlembagaan" negara, agar ia diletakkan di tempat yang betul. Jangan biarkan ia terus dirosakkan oleh manusia yang rakus dan gila untuk berkuasa. Rakyat perlu bangkit dan merobohkan tembok keegoan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Jika mereka terus dibiarkan berada ditampuk kuasa, maka sudah pasti generasi akan datang pasti akan terbelenggu dalam satu sistem yang jelas bercanggah dan tersasar dari matlamat.

[Hanya rakyat yang "bangang" dan ditutup hati serta minda mereka sahaja yang masih melihat kes Anwar -Saiful ini relevan untuk dibicarakan sebenarnya. Bayangkan jika ini berlaku kepada mereka, keluarga, saudara-mara dan kroni-kroni mereka. Bukan ia merupakan satu ketidakadilan yang jelas telah menzalimi mereka yang tidak berdosa. Apakah mereka juga akan berdiam diri jika ia berlaku? Sudah pasti berbagai alasan dan tindakan akan dibuat untuk menghalang. Samalah dengan apa yang berlaku dalam kes Altantunya, mereka seboleh-bolehnya akan menghalang Najib Razak ke mahkamah biarpun namanya telah beberapa kali disebut dan wajar dipanggil sebagai saksi. Ini kerana mereka tahu, jika ia berlaku sudah pasti banyak rahsia besar akan terbongkar satu persatu nanti].


Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Rakyat Tidak Perlu Wakil Berpendidikan Tinggi

KOTA BAHARU [3.00 pm] - PAS mendakwa penduduk di Manek Urai yang akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baru mereka pada pilihan raya kecil 14 Julai ini tidak memerlukan wakil rakyat yang berpendidikan tinggi. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun (foto), berkata tidak seperti Ahli Parlimen yang mempunyai tanggungjawab di peringkat persekutuan, tugas ADUN hanya terhad di kawasan yang diwakilinya sahaja. "Wakil rakyat tidak semestinya berpendidikan tinggi. Lainlah sekiranya dia adalah wakil Kerajaan Persekutuan (Ahli Parlimen). "Pengundi Manek Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan. Wakil rakyat nak jumpa (wakil) kerajaan tidak semestinya ada pendidikan tinggi," katanya selepas berakhirnya Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

[Pemilihan ADUN atau Wakil Rakyat yang cerdik dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi sudah tidak relevan hari ini. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa wakil rakyat yang pandai dan cerdik seperti puak-puak UMNO dan BN inilah sebenarnya yang memang cukup "licik dan bijak" menipu dan merompak wang rakyat untuk "mengembongkan perut" masing-masing. Justeru itu dalam hal ini memang kami menyokong apa yang diperkatakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan itu, biarlah tidak berpendidikan tinggi sekali pun tetapi keimanan, ketakwaan tinggi dan tidak bercita-cita untuk memperkayakan diri mereka sendiri seperti apa yang dapat kita lihat sejak dulu, kini dan selamanya].

Mahkamah Dengari Permohonan Anwar Esok

KUALA LUMPUR [12.35 pm] - Mahkamah Tinggi menangguhkan hingga esok untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan bukti dan dokumen daripada pendakwaraya berhubung dengan pertuduhan kes liwatnya. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah pendakwaraya enggan menyerahkan bukti dan dokumen bagi membolehkan Anwar menyiapkan pembelaan terhadap pertuduhan itu yang dijadulkan bermula pada 8 Julai. Permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen itu sepatutnya bermula hari ini. Namun peguam Anwar, Sankara Nair meminta menangguhkan semua prosiding di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai. Hakim Zabidin menetapkan Jumaat untuk mendengar semula permohonan Anwar, tertakluk kepada keputusan Mahkaman Rayuan berhubung bantahan Anwar terhadap pemindahan kes itu. "Satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergenda kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan."Jadi saya tetapkan Jumaat ini...jika prosiding di Mahkamah Rayuan masih belum selesai juga kita akan putuskan kemudian," kata Zabidin. Pendakwaraya masih meneruskan dengan pertuduhan terhadap Anwar walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat.

[Rakyat amatlah mengharapkan satu keputusan yang adil dan saksama dapat dilaksanakan. Adil disini bukan bermakna adil untuk meneruskan perbicaraan sedangkan bukti klinikal jelas menunjukkan bahawa pengadu tidak diliwat oleh sesiapa pun. Jika berlaku kepada orang lain, sudah pasti kes ini akan ditutup malah pengadu boleh dituduh berbohong dan membuat laporan palsu kepada pihak polis sebenarnya. Namun, inilah bukti jelas kes ini ada penglibatan "orang-orang politik" yang sengaja mahu mendakwa Anwar biarpun terbukti pengadu tidak diliwat. Apakah ini bentuknya undang-undang yang mahu dilihat oleh dunia?. Jika kes ini dibicarakan juga, maka ia jelas bermakna telah menzalimi Anwar. Dalam kes ini sekarang, bukan lagi Saiful mangsa liwat tetapi Anwar sebenarnya yang telah menjadi mangsa fitnah jahat kes ini sebenarnya].


Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.