script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Isu Mahu Menfailkan Saman RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari, Blogger Cucumatkilau Kini Di Serang Puak-Puak Blogger UMNO Karat !!

Susulan kenyataan panas kami tentang isu "saman RM2 juta" yang bakal difailkan terhadap "Saiful Bukhari Azlan" baru-baru ini, maka ramailah dikalangan "Blogger Pembela Negara (BPN)" yang menghentam kami bertalu-talu. Kononnya tindakan itu tidak bertepatan lantaran Saiful terlebih dahulu sepatutnya menyaman Pahang Daily Online dan bukannya kami. Malah dalam kebanyakan blog BPN milik penyokong UMNO karat itu jelas sekali mengutuk dan mengeluarkan "kata nista" yang sungguh memeritkan telinga sesiapa sahaja yang membacanya. Namun, bagi kami di PDO ianya adalah lumrah dialam cyber. Inilah yang dikatakan "perang cyber" yang amat relevan dengan dunia politik alaf baru era globalisasi hari ini. Pun begitu, ada beberapa perkara yang cukup menggelihatikan kami. Ia berkaitan dengan pandangan dan kenyataan puak-puak BPN bahawanya PDO adalah "hak milik AMK Pahang". Kononnya, tujuan PDO mengeluarkan cerita-cerita panas berkaitan Saiful Bukhari Azlan adalah bagi menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap AMK Pahang. Malah ada juga yang mengatakan bahawa ianya sengaja ditimbulkan bagi membolehkan Anwar melihat kononnya AMK Pahang begitu prihatin terhadap beliau. Malah, blog-blog terbabit juga telah menyiarkan satu gambar foto salah seorang krew panas kami iaitu Blogger Cucumatkilau dengan Suhaimi Said (PKR Pahang).

Cucumatkilau Tiada Kaitan Lagi Dengan AMK

Memang tidak dinafikan, Cucumatkilau memang asalnya cuba untuk terlibat dengan AMK Pahang hujung tahun 2008 yang lalu. Namun, akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan selepas kemelut politik yang melanda parti itu beberapa bulan selepas penyusunan semula pimpinan tertinggi PKR. Ketika itu memang beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan AMK Pahang. Namun, kes liwat Saiful ini ditimbulkan selepas beliau meletakkan jawatan dari AMK Pahang. Maknanya Pahang Daily Online tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang digamabarkan oleh puak-puak BPN itu sendiri.Berita tentang perletakkan jawatan Cucumatkilau dari AMK Pahang juga telah disiarkan dalam beberapa buah akhbar arus perdana. Malah selepas membuat keputusan itu, beliau beberapa kali telah dihubungi oleh puak-puak UMNO yang bertujuan untuk mengumpan beliau menyertai parti karat itu. Biarpun ditawarkan dengan berbagai ganjaran dan kemewahan, namun Cucumatkilau akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak secara bebas dan kini beliau merupakan salah seorang blogger panas kami yang amat digeruni di negeri Pahang hatta di Malaysia. Biarpun kelibatnya tidak sehebat Raja Petra Kamaruddin dan yang seangkatan, namun keberanian dan semangat juang yang kental untuk membela rakyat dan mengembalikan keadilan di bumi bertuah ini semakin bersemarak. Malah, beliau telah beberapa kali ditangkap polis atas kenyataan panas dan pedasnya tentang kemelut politik negara. Kini Cucumatkilau masih lagi merupakan salah seorang krew PDO yang paling sensasi.

Blogger Cucumatkilau Berucap Di Manek Urai

Malah, kami juga difahamkan yang beliau turut diberi peluang untuk berucap tengang "kes Saiful -Anwar" ketika hari penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam. Ucapannya sekitar 15 minit itu, sudah cukup untuk memberi semangat dan pemahaman rakyat bahawa sememangnya kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim itu adalah satu konspirasi jahat oleh puak-puak UMNO dalam usaha menjatuhkan serta mematikan api perjuangan rakyat yang dibawa oleh mantan TPM itu sebenarnya. Ucapan Cucumatkilau dihadapan ribuan rakyat yang berarak mengiringi calon PAS di Manek Urai itu semalam telah mendapat perhatian daripada kalangan mereka yang mendengarnya. Biarpun agar ringkas namun ia padat dengan informasi yang dapat menyuntik semangat rakyat untuk terus berjuang bagi membela nasib Anwar yang sebenarnya menjadi "mangsa" dalam kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau turut menyatakan bahawa seandainya kes ini diteruskan juga, maka memang kita pasti Anwar bakal menghuni kembali Penjara Sg.Buloh. Ini berikutan terdapat asas-asas dan bukti yang kukuh pihak polis dipercayai "menyediakan bukti" untuk membantu Saiful dalam kes ini. Malah, jika berdasarkan kepada undang-undang pihak polis sebenarnya boleh "membuang kes berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful itu adalah palsu". Ia berikutan laporan doktor pakal Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan dia tidak diliwat. Soalnya kenapa Saiful masih terkinja-kinja mahu menjaja dia diliwat?. Apakah polis boleh menerima kenyataan "mulut' Saiful" daripada "laporan perubatan hospital kerajaan" yang dibuktikan secara klinikal itu. Maka ia jelas menunjukkan memang ada satu lagi konspirasi jahat untuk memastikan suara Anwar tidak bergema lagi selepas ini. Kenyataan Cucumatkilau itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan rakyat yang sedang menanti keputusan pencalonan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Cucumatkilau Wakili PDO Hadir Kes Anwar

Berikutan dengan kes perbicaraan "liwat" yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok (8 Julai 2009), kami telah memberi kebenaran kepada Blogger Cucumatkilau untuk hadir membuat liputan perjalanan kes dan senario yang bakal berlaku di mahkamah. Kami difahamkan puak-puak Blogger Pembela Negara (foto), juga akan hadir beramai-ramai kononnya untuk memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan dalam kes ini esok. Bahkan mereka juga dikatakan telah mengajak seberapa ramai puak-puak mereka untuk hadir bagi menyatakan sokongan mereka. Persoalannya sokongan apakah yang mahu dinyatakan sebenarnya?. Terbukti puak-puak BPN ini semakin "kalut" dan "tidak mahu berpijak di bumi yang nyata". Sudah terang lagi bersuluh bahawa, Saiful disahkan "masih teruna serta suci" oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (milik kerajaan UMNO dan BN sendiri). Makanya ia jelas membuktikan yang tidak ada asas dan prima facie yang jelas bagi meneruskan perbicaraan serta pendakwaan terhadap Anwar dalam kes ini sebenarnya. Namun, dek kerana "kebebalan, kedangkalan dan kebodohan" puak-puak Blogger Pembela Negara maka mereka masih tergamak untuk membela "jantan sial" seperti Saiful Bukhari Azlan itu. Inilah malangnya nasib puak-puak BPN, kerana terpaksa membela dan menyokong sesuatu isu tanpa asas dan alasan yang kukuh. Malah, mereka juga ternyata gagal untuk menjiwai serta memperhalusi segala kejadian yang berlaku itu dengan menggunakan akal fikiran serta otak yang telah dikurniakan oleh Allah Taala. Akhirnya jadilah mereka seperti "pak turut" yang hanya mengikut segala apa yang diarahkan tanpa mahu memikirkan segala isu itu dengan hati yang terbuka. Kerja mereka hanya mengampu dan menyokong apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Merompak wang rakyat mereka sokong, rasuah sokong, zalimi rakyat sokong, semua sokong. Apa yang pasti, mereka sebenarnya turut tersiksa dek segala dasar-dasar kerajaan yang menindas rakyat. Mereka hanya mendapat untung tatkala menjelang pilihanraya, kemudiannya akan bersama rakyat tersiksa jiwa dan raga. Tapi masih sanggup untuk menjilat pemimpin seperti itu kerana "jiwa dan minda" yang sudah terbelenggu dengan doktrin dan dakyah UMNO karat yang kian merebak dan sebati dalam diri mereka sejak sekian lama !!

[Difahamkan Cucumatkilau akan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak media bagi memaklumkan situasi sebenar kes saman Saiful dan isu terkini tentang perkara itu. Justeru itu nantikan sahaja kehadiran krew kami untuk membuat liputan berita yang pastinya lebih panas dan sensasi selepas ini. Kemungkinan besar ribuan rakyat akan turut hadir bagi mengikuti perbicaraan kes Anwar esok. Maklumat yang diterima menerusi email dari PKR Pahang, parti itu akan mengadakan solat hajat malam ini bagi memohon doa daripada Allah Taala, agar memberikan kemenangan kepada orang yang dizalimi dalam kes ini. Laporan terkini Pilihanraya Kecil Manek Urai turut akan disiarkan selepas ini].

Share:

9 ulasan:

  1. Dulu PDO dikenali PDO a.k.a cucumatkilau. Sekarang tak lagi. Dah bercerai. Tapi mentaliti dan tahap kemahiran serta ketajaman pemikiran masih tetap ditakuk lama. "Low Class". Kecuali tentang bab-bab fitnah memfitnah, menciplak, plagiat, maki hamun, yg ini masih kekal nombor satu "high class".

    Selamat maju jaya PDO.
    Selamat maju jaya cucumatkilau.
    Anda berdua masih lagi pantau.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. haahha...itulah namanya BPN pengecut..hang jer dok kata fitnah sebab kena atas batang hidung hang..hahhaha..kami rakyat jelata tetap menyokong PDO kerana berani dan telus mengeluarkan kenyataan ..tidak macam blogger karat UMNO..kerja dok mengampu jer..yang tak betuii pun hangpa sokong..yang rasuah hangpa sokong...semua sokong..x dak yg tak betuiii..tapi PDO lebih telus dan profesional dlm mengeluarkan hujjah2 tanpa rasa takut dan gentar..kerja han memang lah..dipantau..dipantau..sebb hang dah kalah...hehhhee bertembung dialam siber hang takut..sbb org tak masuk blog hang oiii..blog mengampu sapa nak masuk...

    BalasPadam
  3. syabas...!!!

    ayuh kita kerah tenaga untuk membongkar segala kezaliman dan konspirasi puak2 yang menyokong budak drop-out tu...

    BalasPadam
  4. akhirnya.. cucumatkilau diterima dan disanjung oleh PR.. tahniah PDO kerana telah berjaya mempopularkan cucumatkilau. lepas ni, bleh jadi org no 2 PKR la..

    BalasPadam
  5. OK,2 be fair,let's list down those inconsistencies:

    1.Report by the complainant not handed over 2 Anwar's lawyers

    -basically,when someone(Anwar) is accused of alleged criminal acts,a police report is lodged by the complainant(Saifool)
    -Without seeing the report by the complainant,it was difficult 4 Anwar 2 defend himself n clear his name
    -the then Home minister,Hamid Albar's statement that report cannot be handed over 2 Anwar's legal team because trial has not commence officially does not make sense
    -This is because Anwar has given his statement 2 the authorities,public is aware of Anwar's arrest by the police n Anwar needs 2 defend his name n reputation
    -Thus,the public assumes that such a report is not lodged in the 1st place

    2.Anwar arrested b4 deadline
    -Our police force becomes a laughing stock 4 arresting Anwar b4 deadline set by the police sometime during the mid July last year
    -Anwar is given until 2 pm but police already showed up at Anwar's residence 1 hour b4 that

    3,Anwar found guilty even b4 trial
    -The entire country remember when the then PM,Pak Lah commenting on Anwar's predicament,he stated that of course criminals always deny their wrongdoings
    -Bottom line,Pak Lah played by judge by sayin Anwar is already guilty
    -But at the same time,when commenting on Najib n Rosmah's involvement wit Altantuya's murder,he said he's confident Najib is innocent

    4.New DNA sample demanded by Pak Lah,Khairy
    -It's mind boggling y new DNA sample is needed when the old sample given by Anwar in 1998 is still freshly stored as evidence
    -This further fuels perception that the new DNA sample is needed 2 put on Saifool,thus framing Anwar 4 a crime he did not commit
    -Some would shake their heads on y a new DNA sample is needed when archeologists can easily obtained a DNA sample from 10 000 year old mummified corpse stored in dried n harsh conditions
    -When Suara Keadilan written an expose on this whole fiasco,Pak Lah n Khairy suddenly lost their mouths n refuses 2 comment on this

    5.Pusrawi report
    -perhaps the most credible evidence that exonerates Anwar
    -Even though not a specialist in sodomy cases,Dr Osman clearly stated in his report that there r no swelling or tissue tears throughout Saifool's anus
    -Borrowing a term from Puspakom,pemeriksaan mata kasar was conducted, no trauma marks as a result of sodomy is detected
    -The report is relevant n enough 2 be testified in court 2 quell any doubts on Anwar

    BalasPadam
  6. 6.Anwar's alibi a conclusive evidence
    -It's mind boggling that police insists on Anwar's DNA sample whereas they could just hav his alibi checked out
    -Police should just handed over the police report 2 Anwar so that he could explain his whereabouts at the time of the alleged act

    7.Prosecution by the Attorney General
    -UMNO has repeatedly stated that Anwar's case will not be handled by the AG,Gani Patail because of an investigation on him regarding bribery n abuse of power
    -However,this turned out 2 be a blatant lie as the prosecution is still under the Attorney General's office prerogative

    8.HKL report
    -Lots of thanx 2 PDO 4 exposing this revelation a few weeks back
    -Sure,Dr Osman of Pusrawi is no specialist BUT the 3 doctors in HKL r specialist doctors
    -The 3 doctors,Dr Khairul Nizam bin Hassan,Dr Mohd Razali Ibrahim n Dr Siu Shiu Feng hav unanimously written in their report that after extensive medical examination,there r no signs that Saifool was sodomized
    -2 add 2 that,it was PDRM who brought Saifool 2 HKL,not Anwar,not Azmin,not Uztaz Hadi,not Kit Siang
    -As of 2day,a total 4 doctors hav declared that Saifool is still a virgin

    9.Too much contradiction of facts by UMNO bastards
    -We all remember when najib denied he'd met Saifool
    -Then the next day,he stated that Saifool met him 2 months prior 2 discuss a possible scholarship
    -Suddenly,he said that he met Saifool b4 lodging a police report n said that his hands were cold
    -Now Saifool claimed that he'd accompanied Anwar on various overseas trips,giving hints that he was sodomized on multiple occasions on his blog
    -Now this raises questions
    -What kind of man in his 20s allows himself 2 be raped multiple times by a man almost thrice his age wit a history of back problems
    -Saifool should hav been traumatised n stayed away from Anwar
    -Saifool is perhaps the most cheerful,happy n calm rape victim I've ever seen n seem 2 be enjoyin the public attention
    -Any rape victim would hav been depressed,ashamed n tend 2 stay away from the public eye

    Conclusion,this kangaroo trial should be halted n the charges against Datuk Seri Anwar must be dropped immediatly

    BalasPadam
  7. Buat renungan karat umno 99.9@ rakyat msia sokong PDO. demo sekor dok gilo babi mkn taik umno.silakan mkn sampai habis. bila dah muak dtg kpd kami biar kami cuci bersih utk jadi manusia yg baik bersih dan amanah.

    BalasPadam
  8. Bloger bpn memang jahat gilababi.Dok buat cerita karut tapi dilindungi.Tapi komen orang pr takut nak siar..kahkahkah..takdak telor..sebab tu blog2 pr ramai orang.

    BalasPadam
  9. Bloger bpn memang jahat gilababi.Dok buat cerita karut tapi dilindungi.Tapi komen orang pr takut nak siar..kahkahkah..takdak telor..sebab tu blog2 pr ramai orang.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.