script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Ahli Parlimen Wangsa Maju Disiasat Oleh Polis

SHAH ALAM [4.45 pm] - Polis sudah merakamkan kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung dakwaan beliau bahawa ada pejabat Exco Selangor digunakan untuk aktiviti diragui. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis kini memulakan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia selepas satu laporan polis dibuat mengenai satu laporan akhbar membabitkan isu itu.

Skandal Seks, Lembaga Displin MCA Siasat Chua

KUALA LUMPUR [3.45 pm] - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (foto), diarah memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin parti bulan depan berhubung aduan yang dibuat oleh seorang ketua bahagian berkaitan pembabitannya dalam DVD skandal seks. Menurut sumber parti hari ini, lembaga lima anggota yang diketuai bekas Setiausaha Agung MCA dan bekas Menteri Kesihatan Ng Cheng Kiat akan mengendalikan pendengaran itu dan satu notis telah pun dikeluarkan kepada Dr Chua supaya menghadiri pendengaran berkenaan di Wisma MCA pada 4 Ogos. "Kes Dr Chua adalah satu daripada 40 kes tertunggak dalam fail yang perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin. "Aduan itu dibuat beberapa bulan sebelum pemilihan parti tahun lepas namun lembaga pada ketika itu memutuskan untuk menangguhkan apa jua siasatan memandangkan pemilihan parti telah hampir. "Memandangkan pemilihan parti sudah selesai, Lembaga Disiplin akan meneruskan siasatannya ke atas perkara itu bersekali dengan kes lain yang telah difailkan," katanya. Sumber itu berkata Lembaga Disiplin sehingga kini hanya mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin MCA setempat di Perak dan Johor berikutan aduan daripada anggota parti.

Chua Jui Meng Lepaskan Pengerusi MCA Bakri

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng (foto), akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang. Setiausaha MCA Bahagian Bakri, Kelvin Lim. berkata Chua, yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian berkenaan malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan. "Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. "Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan," katanya. Chua, 64, menjadi pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun. Beliau bertanding jawatan presiden MCA dua kali tetapi kalah kepada Tan Sri Ong Ka Ting pada pemilihan parti 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan tahun lalu.

Banglo Guan Eng, Pemuda Gerakan Lapor SPRM

GEORGETOWN [2.15 pm] - Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berpindah ke banglo mewah di Jalan Pinhorn di sini berikutan kediaman rasminya dirosakkan anai-anai. Naib Ketuanya, H'ng Khoon Leng, berkata pihaknya membuat laporan berkenaan di sini selepas Lim enggan menjawab pelbagai persoalan berhubung isu banglo mewah itu. Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan rumah berkenaan untuk diteliti oleh SPRM. "Kami harap SPRM akan menjalankan siasatan segera berhubung segala keraguan mengenai banglo itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan berkenaan kepada wakil SPRM. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong. Sebelum ini, Pemuda Gerakan Pulau Pinang memberi kata dua kepada Lim agar mengemukakan penjelasan yang logik berhubung tindakannya berpindah ke banglo berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM.

Share:

1 ulasan:

  1. Saya ada satu je komplen fasal Soi Lek. Video kamu tak professional langsung. Kamu pun perlu latihan lagi. Jangan bagi malu lelaki Malaysia.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.