script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: BeritaTerkini Dari Mahkamah Tinggi, Perbicaraan Liwat Ditangguhkan Ke 15 Julai 2009 Kerana Peguambela Sulaiman Abdullah Sakit !!

KUALA LUMPUR [10.45 am] - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan dan bakal didengar pada hari Rabu 15 Julai 2009 ini. Ia berikutan peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat hadir dalam perbicaraan yang dijadualkan hari ini. Tinjauan Krew kami di mahkamah sejak awal pagi tadi mendapati hanya para wartawan tempatan dan media asing sahaja yang dilihat hadir bagi membuat liputan kes itu. Tidak langsung kelihatan kelompok orang ramai seperti kebiasaannya. Walau bagaimana pun pihak polis dilihat mengadakan sekatan jalanraya masuk ke mahkamah. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis trafik mengawal lalulintas. Sejak awal jam 7.00 pagi lagi, suasana dilihat agak tenang tanpa ada sebarang perhimpunan seperti yang dijangkakan. Malah, tidak juga kelihatan kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) yang kononnya mahu mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran untuk membela dan memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan.

Malah, jika dilihat kepada promosi iklan yang disiarkan dalam kebanyakan blog berhaluan kiri mereka kami membayangkan ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ternyata puak-puak BPN hanya "syok sendiri" sedangkan sokongan rakyat jauh sekali. Peguambela Anwar, Sankara Nair tiba agak awal dan terus dikerumuni oleh para wartawan untuk mendapatkan gambaran terkini kes itu. Selepas beberapa ketika, seorang lagi peguambela Anwar iaitu Sivarasa Rasiah pula tiba. Biarpun diterjah oleh para wartawan, namun Sivarasa dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mengulas kes itu. Anwar tiba sekitar jam 10.00 pagi diiringi oleh isterinya Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail. Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila kenderaan yang membawanya terus dikerumuni oleh para wartawan yang telah menanti sejak awal pagi lagi. Biar pun diajukan berbagai soalan, namun ternyata Anwar lebih banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai yang berada di perkarangan mahkamah. Kesesakan jelas dapat dilihat, sehingga begitu ramai wartawan yang mengekori Anwar sehingga menghalang laluannya untuk ke bilik perbicaraan di tingkat 4.

Tambah kecoh lagi, bila ada wartawan yang terus mengekori Anwar sehingga ke dalam lif. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan dan mengarahkan mereka bersurai. Selepas Anwar menaiki lif, beberapa minit kemudian terdengar laungan "Bebaskan Anwar, Hidup Anwar" dari perkarangan mahkamah. Sekumpulan anak muda Pakatan Rakyat yang menggelarkan diri mereka KEJAM (Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menarik perhatian orang ramai. Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Saudara Shamsul Iskandar Md.Akin, Ketua AMK Pusat telah memberikan kenyataan media kepada para wartawan selepas itu. Turut kelihatan ialah Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS), Saudara Chegu Bard (Ahli Pimpinan Tertinggi PKR), Saudara Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK) serta lain-lain kepimpinan pemuda Pakatan Rakyat yang lain. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis yang cuba untuk menghalang kumpulan terbabit. Namun akhirnya dibiarkan selepas keadaan "gawat" itu diredakan seketika. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir ialah YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), Syed Hussin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan lain-lain lagi.



[Dengan keputusan penangguhan ini, maka ia diharap dapat memberi ruang keadilan untuk Anwar. Semoga ia dapat memberi kemenangan buat mereka yang akan dizalimi dengan satu sistem undang-undang yang jelas bercanggah dengan perlembagaan. Ramai yang mahukan kes ini digugurkan atau dibicarakan di Mahkamah Syariah, kerana ia berkaitan dengan isu jenayah syariah dan bukannya sivil. Tetapi, apakan daya kerana semuanya telah dirancang dengan rapi oleh mereka yang berkuasa. Semoga kemenangan bakal tercipta jua akhirnya].


Share:

20 ulasan:

  1. Wednesday, July 08, 2009 2:32:00 AM
    Anonymous Anonymous said...

    SIARAN TERUS DARI JALAN DUTA, LAPORAN DISAMPAIKAN OLEH GERAKAN ANTI PKR - GAP 8/7/09

    Re : Al Juburi putar alam dlm ketakutan yg amat sangat dah berjaya menipu mahkamah.
    -------------------------

    10.20 am : Penyokong2 Anwar seramai 150 orang sahaja sudah mula bersurai..., tidak kelihatan kehadiran rakyat biasa, begitu juga tidak nampak ahli ahli PAS. 150 orang dikenal pasti ahli ahli AIC, rombongan PKR dari Permatang Pauh dan Gopeng. PKR dikira GAGAL untuk himpun 5,000 rakyat sebagai tanda sokongan kepada Anwar sepertimana yang diwar-warkan oleh Ketua AMKnya yang ketot dan pernah terkencing dalam seluar suatu ketika dahulu....
    10.15 am : Sah kes tangguh ke 15hb Julai setelah Anwar "berjaya" menggunakan surat cuti sakit ketua pasukan peguambelanya Sulaiman Abdullah.
    10.10 am : Seorang tua yg sanggup menjadi "pencacai" telah ditahan polis kerana cuba mengedarkan vcd Bubar DUN Perak


    10.00 am : Anwar dah cabut lari.... berjaya lagi menangguhkan perbicaraan, terbukti tak berani untuk beraksi dalam gelanggang mahkamah....

    9.50 am : Diberitakan peguam2 Anwar berusaha keras untuk menangguhkan kes ini ke 15hb Julai

    9.45 am : Kelihatan ayahanda Anwar, Dato Ibrahim juga muncul bersama peguam2 Anwar

    9.35 am : Penyokong2 Anwar seramai "hanya lebih kurang 100 orang" tiba di perkarangan Mahkamah

    9.10 am : Shamsul Iskandar Ketua AMK & Tien Chua tiba bersama 20 orang Ahli2 AIC.....

    Wednesday, July 08, 2009 10:40:00 AM
    Anonymous Anonymous said...

    Habislah engko anwar..kemana nak lari? Allah telah menunjukkan kebenaran pada kalian semua. Anwar, engko tak akan terlepas dari hukum Allah mahu pun ketika ini atau semasa di alam barzah nanti..Engko wajib bertaubat Anwar sebelum hukuman Allah dijatuhkan keatas engko. Kasihanilah diri engko, keluarga engko dan orang-orang yg engko bohongi selama ini. Insaflah engko wahai saudaraku Dato' Seri Anwar B Dato' Ibrahim. Wassalam.

    Wednesday, July 08, 2009 10:47:00 AM
    Anonymous Anonymous said...

    Apa ni, berapa kali mahu tangguh da!! Mahkamah pun dah kena main belakang!!!!

    Wednesday, July 08, 2009 10:55:00 AM

    BalasPadam
  2. Sumber dari AIDC Club/BPN
    ----------------------

    8 2009, 9:50 AM
    AIDCNews: difahamkan Saiful Bukhari terpaksa berpindah rumah kepada 3 lokasi berlainan kerana dipercayai agen CIA sedang ekori pergerakannya.

    Jul 8 2009, 9:51 AM
    AIDCNews: Anwar telah menggunakan khidmat CIA dari Singapura untuk mengekori saksi utama.

    BalasPadam
  3. kah..kah...banyak alasan lah mamat ni.....

    BalasPadam
  4. Semalam Saiful bermalam bersama-sama Najib di Seri Perdana. Big Mama berehat malam tersebut.

    BalasPadam
  5. Tangguh bersebab le puak bodo bodo umno.Tak lama pun tak sampai seminggu je lagi.Yg kes cerai,kes dadah,bunuh,dsb ada tangguh sampai 4,5 tahun takde orang kecoh pun.Habis le ko sepol jubo,dalang disebalik kerja jahat ni akan terbongkar.kebenaran akan terdedah nanti.

    BalasPadam
  6. Tangguh bersebab le puak bodo bodo umno.Tak lama pun tak sampai seminggu je lagi.Yg kes cerai,kes dadah,bunuh,dsb ada tangguh sampai 4,5 tahun takde orang kecoh pun.Habis le ko sepol jubo,dalang disebalik kerja jahat ni akan terbongkar.kebenaran akan terdedah nanti.

    BalasPadam
  7. Kalau hang tak tahu siapa yang salah ,jangan buat tuduhan, nanti tuduhan itu akan terkena pada diri anda dan juga keluarga anda, walaupun DSAI yang salah kenapa kau yang hukumnya dengan tuduhan melulu, jangan anggap perkara ini remeh, jika benarlah DSAI tak bersalah siapa yang akan dipersalahkan, saiful, najib atau anda yang melemparkan fitnah? kalau fitnah yang dibuat oleh saiful yang ternyata tak diliwat, macamana anda nak mintak maaf dengan DSAI? nanti tak masuk syurga!!! adakah anda tahu DSAI bersalah?? dan sekiranya disabitkan bersalah, adakah ianya benar2 bersalah sedangkan DSAI pernah disabitkan dengan kesalah sebegini dan telahpon diakui oleh Tun Dr Mahathir yang semua itu adalah mainan politiknya? dan kini adalah percubaan yang kedua, takkan org boleh terkena dua kali?///fikirkanlah

    BalasPadam
  8. All pencacai2 UMNO wit the name anonymous r nothin but liars wit malicious intent
    Of course,the case is adjourned 2 next week
    Otherwise,if they put Anwar in jail 2day,UMNO has signed their death warrant in losing the Manik Urai by election

    BalasPadam
  9. pegi mabuk la lu zakwan. sebenonya puak puak ni tahu sapa yang salah. tapi saja tak nak ngaku. macam juga dia punya bos. tak kan ngaku punya. kalau hukum dunia dia terlepas tahu lah hukum allah nanti. sama samalah kita nantikan saat itu. insyallah
    -nun manjung-

    BalasPadam
  10. si zakwan ni elok hantar dok luar negara sebab dia bknnya pandai ckp melayu... belagak tak tahawan hala... piraahhhhh

    BalasPadam
  11. Si Zakwan sebenarnya kafir dari CIA yg berpengkalan di Singapura. Kerja dia mcm si Bridget Welsh, pencacai yahudi yg berkejasama dgn si aljuburi utk menjahanamkan negara ini. Hati-hati dgn parasit yg sangat berbahaya ini!

    BalasPadam
  12. Wow,2 receive a lot of flack from all anonymous pencacai here must hav make me a threat 2 u all
    Then again,perhaps I'm just syok sendiri

    zakone,pliz don't underestimate pro PR commentators
    What makes u think they don't understand english?

    No,I'm no Singapore agent
    I'm just an ordinary Malay citizen who is a successful product of BN government's PPSMI policy
    Hence my comments in "bahasa penjajah"
    I'm a living proof that the policy works,at least 4 me

    Only 150 DS Anwar supporters at the Palace of Justice this morning,huh?
    So what?
    I didn't see those GAP pigs gathering n declaring their love 2 Saifool the piglet

    Anyways,keep up the good work,PDO in convincing the rakyat of this farce in court n the travesty of justice propagated by the UMNO bastards

    BalasPadam
  13. blah la zakwan... masuk kubur lebih baik la....

    BalasPadam
  14. mulai sekarang aku akan panggil zakwan bastards. perasan baguih sangat la tu. hapraq la lu zakwan bastard. pegi jahanam la ...

    BalasPadam
  15. keep up zakwan....
    sume anoy yang hentam ko ni bodoh belaka..dasr ppsmi yang x bleh nak ikut..tapi sokong membabi bute...same jek bodoh dan penipu cam bekas mentri pelajaran..kalau dah bodoh tu jgn duk kate org lain bodoh...atleast zakwan ni cerdik...mane ade dlm pkr org bodo cam bn...bn banyak bodo lagi pandai...

    BalasPadam
  16. Soalan buat ulama tok imam umno:

    1) Dimanakah sepatutnya kes liwat, zina, khalwat, rogol dibicarakan. adakah di mahkamah syariah atau mahkamah tinggi.

    Hal ehwal agama islam dirujuk ke mana sebenarnya.Aku pun naik pening bila baca kes liwat kena bicara kat mahkamah tinggi.

    Boleh jadi sewel rakyat msia agama islam dibawah pemerintahan barisan umno buta kayu.Bila Episod kedua liwat antarabangsa bermula lagi.saksikanlah seluruh penduduk dunia kebangangan pemimpin kelas pertama mengendalikan kes liwat profail tinggi di mahkamah tinggi negara. harap jgnlah suruh polis usung tilam bantal lg amat memalukun keturunan kita.

    Kalu nk penjarakan DSAI sgt pun gunalah taktik lain yg agak bijak dan kemas lg tidak memalukan ya.

    Jika episod liwat peringkat pertama gagal. cuba lagi episod liwat kedua pasti anda akan jaya patail petai busuk

    BalasPadam
  17. zakwan u seen 2 b an educated guy,but why all those uncivilised words uttered by u,I, convince people to believe my comments,BUT I DONT BLAST PEOPLE WHO DONT AGREED WITH ME,COME ON THIS A FREE WORLD,BE CIVILISED

    BalasPadam
  18. ANUAR MEMPERBODOHKAN AHLI PKR DAN PAS..MINGGU DEPAN AKAN DITANGGUH LAGI..ANUAR AMBE MC,SAKIT GIGI..KESIAN KAT GENG2 KEMPEN KEJAM(KEHEBATAN JANTAN MELIWAT)DAH LA HABIS DUIT BUAT BANNER DAN POSTER SERTA T SHIRT,BELUM LAGI DUIT BAS SEWA..ABE ANUAR PLAK CABUT LARI..AYOO YOOO SAMI..MANA MAU LARI

    BalasPadam
  19. ANON 2:29 ,9JULY,..ANUAR HANYA AKAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH SYARIAH KALAU PAS BETUL2 MEMPERJUANGKAN HUDUD..TETAPI SEBAB PAS CUMA TAKUT KAT UMNO MAKA HUDUD PUN TAK DILAKSANA..DAN NASIB LA ABANG ANUAR HAMPA SAMADA 20 TAHUN PENJARA ATAU 20 KALI SEBATAN..KALAU AKU JADI HAKIM AKU AKAN BAGI PILIHAN ..NAK PENJARA KA ATAU NAK BERSUMPAH

    BalasPadam
  20. Budakbt.9jeniang mu sekoloh dulu perabih pah baru blh jd hakim tu pun kalu mu lulus lah.kalu tidok mu layak jd penoreh getoh atau pencacai umno hingga pencen.

    caro tulisan mu nih budak jauh panggang dari api nk jadi soram lawyer jadi peraih babi blhlah.jual babi tepi jalan bt.9 sana

    piiiiiiiiraaaaaaaaahhhh bdk taik ada ati nk jadi hakim hahahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.