script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Negeri Ini Bakal Muflis Lagi, Selepas Di Saman RM63 Juta Kini Saman RM233 Juta Pula Muncul Libatkan Dua Buah Syarikat Pembalakan!

KUANTAN - Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal "muflis" sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara "janji palsu" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato' Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu "ingkar janji" tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka terbuktilah juga kepada kita bahawa sememangnya puak-puak UMNO BN di Pahang adalah memang "kaki belit" dan "putar alam". Perjanjian yang sudah dimeterai mudah sahaja mereka batalkan dan pinda sesuka hati. Penipuan ini adalah amat mengecewakan rakyat Pahang sebenarnya. Malah, kes balak ini sememangnya sudah sinonim dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saban waktu kita mendengar ada saja balak yang dicuri serta dirompak. Seolah-olah mereka yang terlibat mendapat lesen daripada pihak berkenaan. Akhirnya segala hasil mahsul yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang terus hilang dan terhakis. Pemimpin UMNO BN yang bertanggungjawab semua ini, kerana mereka sedar apa yang berlaku sejak sekian lama tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Maka itu PDO tidak hairan dengan berita saman terbaru yang melibatkan pihak terbabit. Semoga ianya bakal menjadi pengajaran buat semua].

Share:

6 ulasan:

  1. SURUH JE ADENAN TU MINTAK DUIT KAT NAJIB... RAKYAT PAHANG GAK KAN... PAKAILAH DUIT RAKYAT DARI NEGERI-NEGERI LAIN. SABAH SARAWAK ADA, JOHOR ADA, GANU ADA, PERAK PUN ADA. YANG AKU PELIKNYA TAK DAK PULAK SUARA-SUARA YANG MENOLAK SI ADENAN NIH. HARAP PDO JE PENAT GAK.

    BalasPadam
  2. Apa pun tahniah PDO membongkar segala perogolan kuasa oleh penguasa yg rakus kuasa dan dana.Teruskan bongkar da bongkar lagi segala penyelewengan bukan saja dipahang malah bongkarkan semua dlm negara kita.

    Kita nyahkan petualang perosak ini semua dari takhta

    BalasPadam
  3. HAHAHAHAHA JUAL JE NEGERI PAHANG NI TOK NAN JUAL SEKALI DGN RAKYAT DAN JUAK JUAK NYA UTK BAYAR UTANG HAHAHAHA BARU ADA KELAS...HAHAHAHA

    INI BARU NAMANYA PEMIMPIN KELAS PERTAMA....HIHIHI

    BalasPadam
  4. hello dunia ni kita sorang punya ke,orang kafir tak ada hak ke riak jangan riak ,kot hapa tergoda nak pegi piraHHHHHHHHHHHHHHH ,TUHAN PUN NAK DUGA KITA,HANG LARANG ANAK HANG JANGAN PEGI,MELUATLAH

    BalasPadam
  5. alah..kalau ikut kg spg pelangai..dah lama dia kalah dah..cuma di undi cina dari gapoi ke manchis dan kg2 seperti baris,bkt gajah dan felda2 yg memenangkan dia

    BalasPadam
  6. satu lagi kerja bodoh dato nan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.