BENTONG - Ramai penduduk di kawasan DUN Pelangai dekat sini kecewa dan amat hairan dengan sikap ADUN kawasan terbabit yang tidak mahu mengambil berat masalah mereka. Biarpun kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat yang bertaraf Menteri Besar, namun kemajuan yang dikecapi oleh Bandar Simpang Pelangai dekat sini amatlah menyedihkan sama sekali. Malah jelas sekali dapat dilihat bahawa keperluan penduduk langsung tidak diutamakan di situ. Menurut seorang penduduk, beliau amat kecewa biarpun sudah lama mendiami kawasan berkenaan dan memilih Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), sebagai Wakil Rakyat kawasan terbabit namun sehingga ke hari ini Bandar Simpang Pelangai masih tidak mempunyai kemudahan bank untuk keselesaan penduduk. "Bayangkan saya terpaksa pergi ke bandar berhampiran yang jaraknya hampir satu jam perjalanan semata-mata untuk membuat urusan perbankkan" katanya. Kami difahamkan bandar yang sering menjadi tumpuan untuk urusan berkenaan ialah Karak, Triang dan Bentong. Bahkan ada juga penduduk yang terpaksa pergi ke pekan berhampiran di sempadan N.Sembilan untuk membuat urusan berkaitan. Ini amatlah merumitkan dan tidak wajar berlaku dalam kawasan DUN yang mempunyai wakil rakyatnya seorang Menteri Besar sebenarnya.[MB Pahang, Adnan Yaakob digesa untuk acapkali turun padang bagi memantau dan mengambil tindakan segera perkara ini. Difahamkan masalah ini sudah berlarutan sejak sekian lama, namun ia langsung tidak memberi kesan kepada wakil rakyat terbabit. Sekurang-kurangnya dirikanlah Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk kemudahan rakyat. Pembangunan di Pekan Simpang Pelangai juga dilihat agak lembat jika dibandingkan kawasan lain. Jika kawasan sendiri, begini keadaannya. Maka, apatah lagi hasrat untuk membangunkan negeri Pahang secara keseluruhannya. Patutlah negeri ini sering mengalami belanjawan defisit "muflis" sejak Adnan mengambil alih tampuk pentadbiran negeri].
Rumah Generasi Kedua Keratong Terbengkalai
MUADZAM SHAH - Kerajaan negeri digesa memantau projek Desa Keratong Indah di sini yang kini terbengkalai hampir tiga tahun. Projek perumahan generasi kedua Felda itu, sebelum ini dicanang-canangkan kononnya satu projek hebat untuk memberi kemudahan kepada anak-anak peneroka Felda atau generasi kedua. Namun, nampaknya segala yang diwar-warkan itu hanyalah indah khabar dari rupa. Jika di Wilayah Jengka, ramai yang kecewa apabila projek yang sepatutnya dibina dekat Jengka 11 dipindahkan atas alasan struktur tanah tidak memuaskan. Maka, apa yang berlaku di Keratong ini amatlah membingungkan para penduduk setempat. Lebih menyedihkan ramai dikalangan generasi kedua Felda itu kini terpaksa membuat bayaran balik pinjaman bank, sedangkan status rumah mereka masih tidak diketahui sehingga ke saat ini. Justeru itu adalah diharapkan Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis (foto), dapat mengambil perhatian akan hal ini. Jangan hanya menjadikan ia sebagai janji-janji manis tatkala musim pilihanraya semata-mata. Selepas itu, segalanya bagai tiada khabar berita. Rakyat yang tidak berdosa kini teraniaya dibuatnya. Langkah wajar perlu diambil segera atas perkara ini.[Rakyat harus melihat dan menilai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan BN ini dengan fikiran waras dan terbuka minda. Jangan selamanya terus "hidup matiku kerana UMNO dan BN", sedangkan anak-anak generasi mereka juga yang menderita terpaksa menanggung sengsara akibat kerakusan pemimpin yang gila kuasa. Warga Keratong harus mencari alternatif lain untuk memastikan BN tumbang di sana pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Jangan berterusan menjadikan kawasan Felda sebagai kubu kuat UMNO sejak dulu, kini dan selamanya!!].







Isu kawasan Pak Nan barangkali ada asasnya. PDO, sahkan perkara ni dulu, kalau betul, I sokong you! uuumph!
BalasPadamPROJEK PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA KEBANYAKKAN RUMAH BERHARGA RM100K KEATAS. APA CERITA. KALAU ANAK FELDA BERGAJI LUMAYAN SENYUM SAJALAH. YANG MANA MASIH MENERUSKAN KERJA BAPA SEBAGAI PENGAIT BUAH, CAMANA NAK BELI.. BAWA RESIT JUALAN BUAH KE BANK MINTAK PINJAMAN, PEGAWAI BANK PUN TAK KONFIDEN NAK BAGI LOAN.
BalasPadamTak yah le guna bank. Terlibat dgn aktiviti riba juga dosa besar.
BalasPadamtkyah guna bank simpan duti bawah bantal tul gak anon keparat tu cakap. buat stail p.ramlee
BalasPadamapa ke jadah manusia masih ada lg yg hidup bawah jambatan tg lumpur tk tahu apa.
bank ke apa ke dia buat bodoh cam sial sbb apa dia keje pun sepak kertas camna nk amik gaji kat bank.
tido bangun goyang kaki lapar mintak makan dgn mok ayoh