script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Semua Tambang Bas Dan Teksi Bakal Dinaikkan, Apakah Ia Satu Hukuman Najib Buat Rakyat Kerana Malukan BN Di PRK Manek Urai !!

KUALA LUMPUR [5.20 pm] - Mungkinkah ini satu lagi hadiah buat rakyat agaknya. Sebelum pilihanraya kecil Manek Urai, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berbagai hadiah buat rakyat. Namun, selepas BN tewas di sana kini, rakyat juga menerima "hadiah istimewa" daripada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Ia berkaitan dengan kadar tambang basa dan teksi yang bakal dinaikkan dalam masa terdekat ini. Kadar tambang baru bas sekolah di Semenanjung (kadar bulanan) bagi sektor bandar dibenar dinaikkan 6.33 sen, iaitu RM21.10 sekilometer pertama sekarang kepada RM27.43 sekilometer pertama. Manakala itu tambang bas ekspres dibenarkan naik lagi 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini. Kerajaan juga membenarkan tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen. Dalam pada itu bagi tambang bas mini dan bas pengantara pula akan dinaikkan sebanyak 20 sen. Lebih mendukacitakan ialah kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos. Kenyataan perihal kenaikan ini telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, hari ini. Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa tambang baru teksi turut akan dinaikkan daripada RM2 sekilometer kepada RM3 sekilometer mulai 1 Ogos ini. Dengan kenaikan ini, jelas sekali membuktikan bahawa memang apa yang diwar-warkan oleh Najib Razak bahawa "rakyat didahulukan" kini terbukti sudah. Tahniah diucapkan kepada semua penyokong UMNO dan BN yang sanggup membanting tulang untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa. Soalnya sekarang, apakah bila semua tambang ini naik puak-puak UMNO dan BN tidak mengalami "impaknya"?. Bukankah, mereka juga akan menanggung segala bebanan ini?. Bukan semua penyokong UMNO bersetuju dengan kenaikan ini, namin kerana takut dan termakan budi akhirnya mereka rela menanggung segala derita 5 tahun hanya kerana inginkan kebahagian 10 hari menjelangnya pilihanraya umum. Justeru itu, buat rakan-rakan dalam UMNO dan BN, fikir-fikirlah dengan akal fikiran. Apakah kerajaan menilai dan mengambil berat masalah rakyat sekarang?. Kenaikan sesukan hati ini, jelas sekali merupakan satu amaran buat rakyat yang telah menjatuhkan UMNO dan BN di pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan baru-baru ini.

[Kini terbukti laungan Najib bahawa "rakyat didahulukan" adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Jika rakyat didahulukan, maka kerajaan tidak perlu menaikkan kadar tambang berkenaan dikala ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Tindakan menaikkan kadar tambang ini jelas sekali akan membuatkan rakyat bertambah marah kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Sudahlah sebelum ini diumumkan bahawa insuran untuk kenderaan lama akan dimansuhkan. Bukankah ini memberi bebanan yang amat mendalam kepada rakyat di kawasan desa dan pendalaman. Justeru itu, rakyat diseru bangkit untuk menentang "penipuan" yang dilakukan oleh kerajaan ini. Tambah memeritkan, bila kenaikan ini berlaku mereka yang menjadi mangsa adalah penyokong UMNO dan BN sendiri. Itu pun mereka masih percaya dan terkinja-kinja kononnya kerajaan BN membela rakyat, kasihan mereka].

Share:

9 ulasan:

  1. Bodoh betul PDO ni. Apa kaitannya dgn kekalahan BN di MU dgn kenaikan tambang pengankutan awam? Yg dapaat menfaatnya ialah pengusaha-pengusaha pengankutan awam yg kebanyakannya penyokong PR/PKR. PDO sememangnya bodoh dan tak pakai otak bila buat kenyataan.

    BalasPadam
  2. Bodoh betul PDO ni. Apa kaitannya dgn kekalahan BN di MU dgn kenaikan tambang pengankutan awam? Yg dapaat menfaatnya ialah pengusaha-pengusaha pengankutan awam yg kebanyakannya penyokong PR/PKR. PDO sememangnya bodoh dan tak pakai otak bila buat kenyataan.

    BalasPadam
  3. cakap tak guna akal ma....

    BalasPadam
  4. Kah...koh...keh.... pemberian najib kepada rakyat. lepaih ni kita tengok lak harga minyak.

    BalasPadam
  5. rakyat di utamakan.....kematian kot

    BalasPadam
  6. pengusaha teksi dan bas kebanyakannya kerabat umno BN. Tahniah Najib

    wang Malaysia

    kroni didahulukan, rakyat tak cukup makan

    BalasPadam
  7. Tak malu ke orang Pahang orang negeri kome zalimi rakyat miskin lagi?

    BalasPadam
  8. biar naik tak pa... org pakatan n pas bukannya mau harta benda pun...dia org lebih suka hidup merempat... biaq la... lagi susah lagi senang hidup tak gitu... cuma pandang nik ajis nnt sampailah rezeki tu mcm slogan tgk nik ajis masuk syurgala....

    BalasPadam
  9. HAI ORANG2 PAS TENGOK MUKA NIK AJIS,PERUT AKAN KENYANG PERCAYA LAH

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.