
Perbicaraan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun tarikh perbicaraan disambung semula ke 24 Julai 2009, namun ramai yang meramalkan masa yang ditetapkan itu pasti akan berganjak dari masa ke semasa. Ini berikutan sikap berdolak-dalih pendakwaraya dalam membenarkan salinan bahan bukti seperti dokumen dan sebagainya diserahkan kepada peguam Anwar untuk dinilai. Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengejutkan semua pihak bila mengarahkan perbicaraan terus dijalankan biarpun Anwar memohon untuk menetapkan tarikh baru bagi tujuan menggantikan Ketua Peguamnya, Datuk Sulaiman Abdullah yang kini mengalami masalah kesihatan. Sulaiman dikatakan telah menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar akibat masalah tersebut. Keputusan hakim tidak membenarkan ia ditangguhkan, atas alasan kes itu adalah kepentingan umum adalah tidak munasabah sama sekali. Kes yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah hal peribadi kedua-dua individu terbabit dan bukannya umum. Maka itu, hak Anwar untuk membela dirinya adalah termaktub dalam perlembagaan. Mujurlah mahkamah kemudia membenarkan permohonan mendapatkan dokumen Anwar dipatuhi oleh pendakwaraya. Maka kini, penguambela Anwar akan dibekalkan dengan salinan bahan-bahan serta dokumen berkaitan untuk dinilai. Semua ini adalah rentetan daripada satu permintaan yang telah dibuat sejak sekian lama. Soalnya, mengapa perlu pihak pendakwaraya menyembunyikan bahan-bahan terbabit?. Malah, sebelum ini kita juga ada mendengar peguam Anwar tidak dapat memperolehi salinan repot polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Semua ini mengundang seribu persoalan sebenarnya.
Saiful Berserah Dan Redha Segala yang Berlaku
Dalam pada itu, mangsa liwat si Saiful Bukhari Azlan masih seperti biasa menulis dalam blognya. Terbaru beliau menyatakan bahawa walaupun terkilan, namun dirinya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah semalam. Katanya "Kebenaran untuk memperoleh keterangan dan yang lain-lain lagi amat memberi kelebihan kepada pihak tertuduh. Ini ditambah dengan dokumen-dokumen yang telah mereka perolehi sejak sekian lama". Apakah maksud persoalan yang ditimbulkan oleh Saiful ini. Beliau seolah-olah kecewa dengan perkembangan yang berlaku, dan menjangkakan peluangnya untuk menang amat tipis bila segala bukti dan dokumen terbabit diserahkan kepada peguam Anwar. Walhal, penyerahan dokumen berkenaan adalah menjadi satu syarat dan memang termaktub dalam amalan perundangan negara kita. Ini kerana pihak yang dituduh memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Masalahnya ialah pihak pendakwaraya yang cuba menggagalkan tujuan tersebut. Apakah Saiful juga terlibat dalam memastikan segala dokumen berkaitan disorok?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Menurut Saiful lagi "Ia ibarat seperti dalam satu perlawanan, segala strategi dan senjata lawan sudah diketahui atau diambil oleh pihak musuh sebelum perlawan itu bermula. Adil atau tidak? Terpulang pada anda untuk menilai" katanya. Kenyataan ini jelas menggambarkan yang Saiful memang tidak faham prosedur undang-undang itu sendiri. Maka itu beliau tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Saiful Menafikan Kesnya Adalah Satu Konspirasi
Dalam hal ini, PDO amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saiful. "Persoalan saya, adakah Mahkamah masih tidak berlaku adil seperti apa yang sering dicanang oleh pihak tertuduh? Konspirasi apakah ini? dari awal kes hingga sekarang, sudah banyak kelebihan dan kelongaran yang Mahkamah telah berikan kepada tertuduh" katanya. Malah beliau juga menasihatkan Anwar supaya bersyukur dan mengelakkan daripada membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kes ini. Menurutnya "Memandangkan tertuduh akan memperoleh apa yang dipohon dan juga telah memperoleh banyak kelebihan sebelum ini, adalah lebih baik tertuduh tidak meneruskan hasrat untuk memohon pertuduhan digugurkan (gugur kes) sebelum perbicaraan yang akan didengar pada 24 Julai ini agar perbicaraan utama dapat disegerakan". Saiful kini sudah tersilap nampaknya. Beliau sepatutnya tidak mempunyai hak untuk menyatakan kesnya itu adalah satu "konspirasi" atau pun tidak. Rakyat yang melihat sahaja berhak menilai segala apa yang berlaku ini. Namun anehnya, beliau sendiri pula yang begitu yakin bahawa dirinya berada di pihak yang benar. Sedangkan banyak persoalan yang masih belum terjawab lagi seperti hubungan akrab beliau dengan Najib, pertemuan sulitnya dengan beberapa orang pemimpin kerajaan, rekod panggilan telefonnya kepada pihak terbabit termasuklah rekod perubatan yang mengesahkan dirinya tidak diliwat oleh sesiapa pun. Maka, apakah dengan maklumat ini belum cukup untuk rakyat melihat kes ini adalah satu konspirasi?. Itu belum termasuk sumpah laknat sehari menjelang hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan banyak lagi.
Saiful Perlu Pastikan Kesnya Tidak Digugurkan
Bahkan ramai juga yang mempertikaikan kenyataan Najib bahawa Saiful berjumpanya di rumah kerana hal biasiswa dan tangannya sejuk kerana mengatakan Anwar meliwat dirinya. Soalnya sekarang, siapa yang membawa Saiful berjumpa Najib?. Apakah beliau pergi sendiri ke rumah Najib? Kenapa perlu mengadap Najib untuk mengatakan Anwar meliwat dirinya?. Bukankah beliau boleh terus ke balai polis yang berdekatan sejak awal-awal lagi. Kenapa tunggu selepas beberapa kali diliwat, baru beliau mahu membuat laporan polis?. Kenapa pelajar yang gagal meneruskan pelajaran di IPT boleh diterima mengadap Najib untuk biasiswa? Walhal ketika itu dia bekerja dengan Anwar. Mengikut logik akal, pemimpin UMNO dan BN tidak akan menyokong hatta melayan segala permohonan yang dibuat oleh pemimpin atau penyokong pembangkang. Ini bermakna, Najib juga tidak sepatutnya bertemu Saiful kerana ketika itu dia bekerja dengan Anwar. Malah, Najib sepatutnya tidak boleh dengan mudah percaya kepada laporan yang dibuat oleh Saiful kononnya dia diliwat Anwar. Mungkin itu satu perangkap Saiful buat Najib. Namun, dalam hal ini Najib dan Saiful seolah-olah sudah bersepakat dan bersetuju dengan maklumat yang diberikan. Bahkan, beliau juga telah yakin Saiful bercakap benar belaka. Bagaimana jika Saiful tipu?. Semua ini menimbulkan persoalan dan keraguan sebenarnya. Melainkan memang ada "konspirasi" untuk menjatuhkan Anwar, dan Saiful adalah "batu loncatan" untuk itu. Bagi memberi semangat kepada beliau, mungkin juga "ganjaran kemewahan" dijanjikan dengan syarat Saiful perlu libatkan keluarganya dalam hal ini. Justeru itulah ayah Saiful seperti "tunggul kayu" mengikut sahaja apa yang dibuat oleh anaknya tanpa sebarang masalah. Mungkin juga beliau turut akan menerima habuan, kiranya konspirasi ini berjaya kelak. Sedangkan, menurut maklumat Saiful memang sudah tidak "intim" dengan bapanya sejak zaman ibunya masih hidup lagi. Malah, beliau juga pernah dikatakan menghalau bapanya dari rumah ibunya kerana perselisihan faham. Kini mereka bersama, merencana dan mengatur strategi yang satu.
Siapa Mangsa Sebenarnya, Saiful Atau Anwar?
Maka itulah, Saiful terlalu takut jika kes ini digugurkan oleh mahkamah. Baginya, habuan yang dijanjikan pasti tidak akan kunjung tiba jika Anwar berjaya melepaskan diri dari menjadi penghuni Penjara Sg.Buloh. Atas alasan itulah Saiful terpaksa merayu, merintih dan menunjukkan simpati di dalam blognya. Seolah-olah beliau berada di pihak yang benar dan Anwar memang bersalah meliwatnya. Biarpun sudah ada laporan perubatan yang dikemukakan oleh empat orang doktor, namun Saiful masih "tergila-gila" menyatakan yang "Anwar telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur beliau". Bukankah ini amat melucukan dan suka untuk kita terima dengan akal fikiran yang waras. Hanya mereka yang sudah dibekukan hati dan jiwa sahaja yang masig mengganggap Saiful "mangsa liwat". Sedangkan dalam kes ini sekarang, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini bukan lagi Saiful mangsa, tetapi Anwar yang bakal menjadi mangsa "konspirasi jahat" yang dilakukan oleh pihak terbabit. Saiful hanyalah "kambing hitam" yang akan "mengembek" bila diarahkan sahaja. Selebihnya beliau hanya megikut arahan pihak terbabit. Jika beliau tersilap langkah maka buruk padahnya. Susulan daripada itu, kita tidak hairan jika perbicaraan kes ini akan disulami dengan beberapa adengan mengarut dan tidak ingin kita dengar seperti "usung tilam" dulu. Apapun, sama-sama kita tunggu 24 Julai 2009 ini. Apakah adengan misteri akan terjadi selepas ini agaknya?.
Saiful Pelakon Utama Rancangan Realiti Liwat
Saiful tidak perlulah mengeluarkan terlalu banyak hadis dan ayat Al-Quran bagi mempertahankan dirinya, seperti yang dilihat dalam blog peribadi beliau itu. Rakyat yang celik mata dan hati sendiri pun boleh menilai dan melihat kebenaran. Berkokoklah sepanjang hari bahawa dirinya diliwat. Tetapi, jika sudah sampai empat laporan perubatan doktor pakar mengesahkan sebaliknya. Maka kenapa beliau masih terkinja-kinja mengaku diliwat?. Bukankah ini semua adalah kerana "ganjaran kemewahan" yang menanti beliau sebenarnya. Beliau sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan kes ini nampak "real" seperti rancangan realiti TV yang lain. Saiful bukanlah pelakon hebat yang perlu dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Beliau adalah "tunggul kayu" yang hanya menceduk idea terdahulu untuk melakukan wataknya. Semoga beliau akan sedar dan kembali kepada kebenaran. Tidak ada manusia yang menjual maruah diri dengan mengaku menjadi mangsa liwat dalam keadaan gembira, seronok dan bahagian. Melainkan mereka bakal menikmati habuan hasil pengakuan itu. Apakah Saiful tergolong dalam kumpulan itu. Tiada langsung sifat malu dalam dirinya seperti mangsa-mangsa liwat atau rogol yang lain. Beliau lebih melihat dirinya kini popular dan bakal terkenal seantero dunia. Memang namanya bakal harum, tapi hanya seharum "bunga tahi ayam" atau bunga plastik yang tiada aura untuk menusuk hidung sesiapa. Akhirnya Saiful bakal karam bersama labu-labunya. Perbicaraan yang dijalankan sekarang, tidak lebih kepada "sandiwara politik" yang rakyat sudah tahu apakah kesudahannya kelak. Kembalilah kepada kebenaran biarpun pahit untuk ditelan. Semoga keadilan bakal ditegakkan jua akhirnya.
[Perbicaraan yang bakal bersambung 24 Julai 2009 ini tidak lebih hanya untuk melengkapkan skrip yang telah disediakan sebenarnya. Maka itu, diharapkan barisan peguam Anwar dapat berkerja keras bagi memastikan skrip itu terpadam dan keadilan dapat dikembalikan. Tiada gunanya untuk kita menerima sesuatu yang tidak masuk akal untuk dibicarakan di depan mata kita. Andainya berlaku kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mengaku diliwat, kemudian disahkan oleh doktor pakar bahawa dia tidak diliwat. Maka sudah pastilah kes akan dibuang dan laporan polis juga akan digugurkan. Bahkan pengadu pasti akan didakwa kerana menipu polis dan mahkamah. Kenapa ini tidak berlaku kepada Saiful? Apa hebatnya anak muda ini jika tiada unsur konspirasi yang berlaku. Polis dan mahkamah lebih mempercayai "kata-kata mulutnya" yang beliau diliwat, daripada laporan perubatan hospital yang telah dikeluarkan. Kami yakin segala dokumen serta bukti-bukti yang disediakan juga adalah "mengarut" dan sengaja untuk mendakwa serta menghukum individu yang tidak melakukan perbuatan tersebut. Samalah dalam kes "dadah", terkadang pihak polis sendiri yang berani meletakkan barangan terbabit di rumah suspek, semata-mata untuk memudahkan kerja mereka dan memastikan suspek didapati bersalah. Kes ini banyak berlaku di negara kita. Bukankah ia juga boleh berlaku kepada Anwar jika perbicaraan kes liwat bermula nanti].
Saiful Berserah Dan Redha Segala yang Berlaku
Dalam pada itu, mangsa liwat si Saiful Bukhari Azlan masih seperti biasa menulis dalam blognya. Terbaru beliau menyatakan bahawa walaupun terkilan, namun dirinya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah semalam. Katanya "Kebenaran untuk memperoleh keterangan dan yang lain-lain lagi amat memberi kelebihan kepada pihak tertuduh. Ini ditambah dengan dokumen-dokumen yang telah mereka perolehi sejak sekian lama". Apakah maksud persoalan yang ditimbulkan oleh Saiful ini. Beliau seolah-olah kecewa dengan perkembangan yang berlaku, dan menjangkakan peluangnya untuk menang amat tipis bila segala bukti dan dokumen terbabit diserahkan kepada peguam Anwar. Walhal, penyerahan dokumen berkenaan adalah menjadi satu syarat dan memang termaktub dalam amalan perundangan negara kita. Ini kerana pihak yang dituduh memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Masalahnya ialah pihak pendakwaraya yang cuba menggagalkan tujuan tersebut. Apakah Saiful juga terlibat dalam memastikan segala dokumen berkaitan disorok?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Menurut Saiful lagi "Ia ibarat seperti dalam satu perlawanan, segala strategi dan senjata lawan sudah diketahui atau diambil oleh pihak musuh sebelum perlawan itu bermula. Adil atau tidak? Terpulang pada anda untuk menilai" katanya. Kenyataan ini jelas menggambarkan yang Saiful memang tidak faham prosedur undang-undang itu sendiri. Maka itu beliau tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan sedemikian.Saiful Menafikan Kesnya Adalah Satu Konspirasi
Dalam hal ini, PDO amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saiful. "Persoalan saya, adakah Mahkamah masih tidak berlaku adil seperti apa yang sering dicanang oleh pihak tertuduh? Konspirasi apakah ini? dari awal kes hingga sekarang, sudah banyak kelebihan dan kelongaran yang Mahkamah telah berikan kepada tertuduh" katanya. Malah beliau juga menasihatkan Anwar supaya bersyukur dan mengelakkan daripada membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kes ini. Menurutnya "Memandangkan tertuduh akan memperoleh apa yang dipohon dan juga telah memperoleh banyak kelebihan sebelum ini, adalah lebih baik tertuduh tidak meneruskan hasrat untuk memohon pertuduhan digugurkan (gugur kes) sebelum perbicaraan yang akan didengar pada 24 Julai ini agar perbicaraan utama dapat disegerakan". Saiful kini sudah tersilap nampaknya. Beliau sepatutnya tidak mempunyai hak untuk menyatakan kesnya itu adalah satu "konspirasi" atau pun tidak. Rakyat yang melihat sahaja berhak menilai segala apa yang berlaku ini. Namun anehnya, beliau sendiri pula yang begitu yakin bahawa dirinya berada di pihak yang benar. Sedangkan banyak persoalan yang masih belum terjawab lagi seperti hubungan akrab beliau dengan Najib, pertemuan sulitnya dengan beberapa orang pemimpin kerajaan, rekod panggilan telefonnya kepada pihak terbabit termasuklah rekod perubatan yang mengesahkan dirinya tidak diliwat oleh sesiapa pun. Maka, apakah dengan maklumat ini belum cukup untuk rakyat melihat kes ini adalah satu konspirasi?. Itu belum termasuk sumpah laknat sehari menjelang hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan banyak lagi.Saiful Perlu Pastikan Kesnya Tidak Digugurkan
Bahkan ramai juga yang mempertikaikan kenyataan Najib bahawa Saiful berjumpanya di rumah kerana hal biasiswa dan tangannya sejuk kerana mengatakan Anwar meliwat dirinya. Soalnya sekarang, siapa yang membawa Saiful berjumpa Najib?. Apakah beliau pergi sendiri ke rumah Najib? Kenapa perlu mengadap Najib untuk mengatakan Anwar meliwat dirinya?. Bukankah beliau boleh terus ke balai polis yang berdekatan sejak awal-awal lagi. Kenapa tunggu selepas beberapa kali diliwat, baru beliau mahu membuat laporan polis?. Kenapa pelajar yang gagal meneruskan pelajaran di IPT boleh diterima mengadap Najib untuk biasiswa? Walhal ketika itu dia bekerja dengan Anwar. Mengikut logik akal, pemimpin UMNO dan BN tidak akan menyokong hatta melayan segala permohonan yang dibuat oleh pemimpin atau penyokong pembangkang. Ini bermakna, Najib juga tidak sepatutnya bertemu Saiful kerana ketika itu dia bekerja dengan Anwar. Malah, Najib sepatutnya tidak boleh dengan mudah percaya kepada laporan yang dibuat oleh Saiful kononnya dia diliwat Anwar. Mungkin itu satu perangkap Saiful buat Najib. Namun, dalam hal ini Najib dan Saiful seolah-olah sudah bersepakat dan bersetuju dengan maklumat yang diberikan. Bahkan, beliau juga telah yakin Saiful bercakap benar belaka. Bagaimana jika Saiful tipu?. Semua ini menimbulkan persoalan dan keraguan sebenarnya. Melainkan memang ada "konspirasi" untuk menjatuhkan Anwar, dan Saiful adalah "batu loncatan" untuk itu. Bagi memberi semangat kepada beliau, mungkin juga "ganjaran kemewahan" dijanjikan dengan syarat Saiful perlu libatkan keluarganya dalam hal ini. Justeru itulah ayah Saiful seperti "tunggul kayu" mengikut sahaja apa yang dibuat oleh anaknya tanpa sebarang masalah. Mungkin juga beliau turut akan menerima habuan, kiranya konspirasi ini berjaya kelak. Sedangkan, menurut maklumat Saiful memang sudah tidak "intim" dengan bapanya sejak zaman ibunya masih hidup lagi. Malah, beliau juga pernah dikatakan menghalau bapanya dari rumah ibunya kerana perselisihan faham. Kini mereka bersama, merencana dan mengatur strategi yang satu.Siapa Mangsa Sebenarnya, Saiful Atau Anwar?
Maka itulah, Saiful terlalu takut jika kes ini digugurkan oleh mahkamah. Baginya, habuan yang dijanjikan pasti tidak akan kunjung tiba jika Anwar berjaya melepaskan diri dari menjadi penghuni Penjara Sg.Buloh. Atas alasan itulah Saiful terpaksa merayu, merintih dan menunjukkan simpati di dalam blognya. Seolah-olah beliau berada di pihak yang benar dan Anwar memang bersalah meliwatnya. Biarpun sudah ada laporan perubatan yang dikemukakan oleh empat orang doktor, namun Saiful masih "tergila-gila" menyatakan yang "Anwar telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur beliau". Bukankah ini amat melucukan dan suka untuk kita terima dengan akal fikiran yang waras. Hanya mereka yang sudah dibekukan hati dan jiwa sahaja yang masig mengganggap Saiful "mangsa liwat". Sedangkan dalam kes ini sekarang, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini bukan lagi Saiful mangsa, tetapi Anwar yang bakal menjadi mangsa "konspirasi jahat" yang dilakukan oleh pihak terbabit. Saiful hanyalah "kambing hitam" yang akan "mengembek" bila diarahkan sahaja. Selebihnya beliau hanya megikut arahan pihak terbabit. Jika beliau tersilap langkah maka buruk padahnya. Susulan daripada itu, kita tidak hairan jika perbicaraan kes ini akan disulami dengan beberapa adengan mengarut dan tidak ingin kita dengar seperti "usung tilam" dulu. Apapun, sama-sama kita tunggu 24 Julai 2009 ini. Apakah adengan misteri akan terjadi selepas ini agaknya?.Saiful Pelakon Utama Rancangan Realiti Liwat
Saiful tidak perlulah mengeluarkan terlalu banyak hadis dan ayat Al-Quran bagi mempertahankan dirinya, seperti yang dilihat dalam blog peribadi beliau itu. Rakyat yang celik mata dan hati sendiri pun boleh menilai dan melihat kebenaran. Berkokoklah sepanjang hari bahawa dirinya diliwat. Tetapi, jika sudah sampai empat laporan perubatan doktor pakar mengesahkan sebaliknya. Maka kenapa beliau masih terkinja-kinja mengaku diliwat?. Bukankah ini semua adalah kerana "ganjaran kemewahan" yang menanti beliau sebenarnya. Beliau sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan kes ini nampak "real" seperti rancangan realiti TV yang lain. Saiful bukanlah pelakon hebat yang perlu dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Beliau adalah "tunggul kayu" yang hanya menceduk idea terdahulu untuk melakukan wataknya. Semoga beliau akan sedar dan kembali kepada kebenaran. Tidak ada manusia yang menjual maruah diri dengan mengaku menjadi mangsa liwat dalam keadaan gembira, seronok dan bahagian. Melainkan mereka bakal menikmati habuan hasil pengakuan itu. Apakah Saiful tergolong dalam kumpulan itu. Tiada langsung sifat malu dalam dirinya seperti mangsa-mangsa liwat atau rogol yang lain. Beliau lebih melihat dirinya kini popular dan bakal terkenal seantero dunia. Memang namanya bakal harum, tapi hanya seharum "bunga tahi ayam" atau bunga plastik yang tiada aura untuk menusuk hidung sesiapa. Akhirnya Saiful bakal karam bersama labu-labunya. Perbicaraan yang dijalankan sekarang, tidak lebih kepada "sandiwara politik" yang rakyat sudah tahu apakah kesudahannya kelak. Kembalilah kepada kebenaran biarpun pahit untuk ditelan. Semoga keadilan bakal ditegakkan jua akhirnya.[Perbicaraan yang bakal bersambung 24 Julai 2009 ini tidak lebih hanya untuk melengkapkan skrip yang telah disediakan sebenarnya. Maka itu, diharapkan barisan peguam Anwar dapat berkerja keras bagi memastikan skrip itu terpadam dan keadilan dapat dikembalikan. Tiada gunanya untuk kita menerima sesuatu yang tidak masuk akal untuk dibicarakan di depan mata kita. Andainya berlaku kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mengaku diliwat, kemudian disahkan oleh doktor pakar bahawa dia tidak diliwat. Maka sudah pastilah kes akan dibuang dan laporan polis juga akan digugurkan. Bahkan pengadu pasti akan didakwa kerana menipu polis dan mahkamah. Kenapa ini tidak berlaku kepada Saiful? Apa hebatnya anak muda ini jika tiada unsur konspirasi yang berlaku. Polis dan mahkamah lebih mempercayai "kata-kata mulutnya" yang beliau diliwat, daripada laporan perubatan hospital yang telah dikeluarkan. Kami yakin segala dokumen serta bukti-bukti yang disediakan juga adalah "mengarut" dan sengaja untuk mendakwa serta menghukum individu yang tidak melakukan perbuatan tersebut. Samalah dalam kes "dadah", terkadang pihak polis sendiri yang berani meletakkan barangan terbabit di rumah suspek, semata-mata untuk memudahkan kerja mereka dan memastikan suspek didapati bersalah. Kes ini banyak berlaku di negara kita. Bukankah ia juga boleh berlaku kepada Anwar jika perbicaraan kes liwat bermula nanti].
[Klik Pada Banner Iklaneka Di Atas Untuk Info Lanjut Projek Ini ]






salam
BalasPadamtuan bila lak shafie Abdullah jadi lead counsel DSAI, dia tu UMNO yg jadi lead counsel ialah Haji Sulaiman Abdullah yang sakit tu
yang dok merayu dan merintih tu sebenonya PDO bukan syaiful. sebab hari hari dok siar artikel si nuar tu. PDO pun dah jadi tunggul kaya juga. bila si nuar menang nanti dapat la sama habuannya. kongsi ya
BalasPadameis eis eis ...
Anonymous 9.38am Lu pun sama, tak habis2 dok kata kat nuar tu kaki liwat, PDO buat artikel tak da fakta. Mungkin klu kes ni Saiful menang, Lu dapat habuan sama kot......kah..kah...kah
BalasPadamKebanyakan artikel PDO semua memaparkan kisah DSAI al-juburi dgn kes liwatnya. Empunya PDO ni mungkin lover DSAI kot. Dia ni "bottom boy" si DSAI tu. Sbb tu lah beriya benar dgn usaha utk menidakkan tuduhan keatas kekasihnya. Sama juga dgn rakan seperjuangan cucumatkilau, pun kekasih al-juburi jugak. Kalau tidak mengapa mereka ni tak jemu2 memaparkan artikel al-juburi liwat ni. Ada kepentingan lain lah tu selain dpd ingin membela kekasihnya..
BalasPadamHANYA PDO YANG MAMPU MEMBONGKAR KISAH LIWAT ANWAR. KALAU NAK HARAPKAN MEDIA CETAK YANG PENING TU MUNGKIN TAK DAK CERITA MACAM NI. PDO KOOL
BalasPadamApa pun kepeutusan mahkamah, PR, khususnya PKR, mesti bersedia utk zaman pasca Anwar. Beliau gabungkan Pas dan DAP dan menjadi matlamat utama penubuhan PKR dulu. Takkanlah nak biarkan semuanya hancur selepas Anwar tidak lagi ada di pentas hadapan? Takkan nak biarkan PR menjadi alat DAP menjadikan negara itu satu lagi negara cauvinis Cina seperti Singapura, di mana orang Melayu hanya boleh jadi kuli.
BalasPadamkalau belum disahkan bersalah jgn cepat mhukum seseorg..mdatangkan fitnah aje..bdosa besar..sepol jaga ko!!!
BalasPadamYANG MENJADI MANGSA KONSPIRASI EPISOD JUBURAN INI ADALH PDO
BalasPadamHujah yang bagus..logik..logik...memang orang tahu budak Sepol penipu besar..tak malu ke sanggup mengaku kena liwat...ada baiknya daripada dia mengadu kena liwat kat Najib lebih baik dia pegi mengadu kat TG nik Aziz atau Tg Haji Hadi kalau nakkan sangat Pas membenci Anwar dan PR berpecah belah..bodoh punya Saipol..Terbongkarlah nanti siapa pula yang mengarahkan drama kedua ni..
BalasPadamALLAH YANG AKAN PECAH BELAH KAN PR ,PERAK DAK PECAH ,SELANGOR ON THE WAY SAIPOL PECAH BONUTU JER,SAPA YANG KASI PECAH NOOOOO???????
BalasPadamSAIPOL ANAK BABI!!!, ANAK ANJING!!!SIAL!!!MASUK NERAKA!!!PUKIMAK MAMA SAIPOL BABI ANJING SIAL!!!
BalasPadamkalau DSAI sanggup bertaubat mcm saiful,aku percaya DSAI mangsa konspirasi BN..tapi kalau nak bertaubat yg tak perlu guna duit pun DSAI takut,aku amat yakin lagi pasti..DSAI kaki liwat dan saiful telah menjadi mangsa yg entah keberapa sebenarnya..
BalasPadamapa kata kita pakat sembahyang hajat dan berdoa, supaya DSAI menyahut cabaran UMNO bertaubat tidak melakukan liwat sebagaimana yg didakwa dan kita minta TGNA yg mengimamkannya..takbir..allahhuakbar
BalasPadamnasib baik ada yg malu..kalau tak,entah berapa org yg akan dakwa anwar telah meliwat mereka
BalasPadamaku juga sunggup mejadi makmun
BalasPadamanon 7.39 elok la bawa2 bertaubat ... jgn smpai segala kata2 engko tu tumbuh kat mulut engko...kang nak makan pun tak boleh... ini lah sikap org yg tak beriman... tak ada akal langsung
BalasPadam