Maka hari ini, tamatlah sudah penat lelah kedua-dua pihak mengadakan kempen dan merayu undi masing-masing. Manek Urai bakal menjadi tumpuan hari ini kerana pertembungan sebenar antara BN dan Pakatan Rakyat bermula. Calon PAS, Fauzi Abdullah bakal ditentang oleh calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat. Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya umum lalu, ternyata Pakatan Rakyat berada pada kedudukan yang agak selesa. Namun, jika dikaji pula dari sudut yang lainnya maka sudah pastilah BN juga berpeluang menang jika mereka berjaya menggunakan segala "tipu muslihat" mereka kali ini. Apapun, yang amat kita harapkan ialah para pengundi di Manek Urai dapat bertindak dengan bijak. Mengundi dengan menggunakan akal dan fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukannya hanya mengundi bersandarkan kepada "nafsu" semata-mata. Puak-puak UMNO BN sebenarnya memang semakin kemaruk untuk "menang". Malu besar akan menimpa mereka jika BN terus kalah pada kali ini. Justeru itu, segala strategi "jahat" pasti dirancang bagi mempengaruhi rakyat agar memilih BN. Malah, kedengaran juga ada usaha-usaha "jijik" mereka yang menghulurkan wang ringgit sebagai habuan agar para pengundi tidak menunaikan tanggungjawa mereka. Semua ini adalah rentetan daripada hasrat untuk menang, biarpun dengan satu undi sekali pun. Malah, Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai iaitu Muhyiddin Yassin juga dilihat sudah tidak takut lagi dengan "dosa", lantaran secara terang-terangan melakukan amalan rasuah pilihanraya tanpa rasa bersalah. Selain menawarkan jambatan baru buat penduduk Manek Urai, beliau juga telah menghadiahkan berbagai barangan dan kewangan kepada penduduk dengan harapan mereka akan bersimpati serta mengundi BN hari ini.
Bangangnya puak UMNO, lori sampah pun dijadikan bahan kempen
kononnya ia adalah sumbangan kerajaan pusat dan bukan PAS






Tiada ulasan:
Catat Ulasan