script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Arak Dan Perjudian Berleluasa, MB Di Minta Lebih Tegas Dan Sensisitif Terhadap Isu Serta Permasalahan Umat Islam Dalam Negeri Ini

KUANTAN [1.24 am] - Membaca tajuk diatas sudah menyebabkan ia menjatuhkan maruah agama Islam sebenarnya. Namun, anehnya biarpun ia amat memalukan kita tetapi mungkin dianggap biasa oleh penganut ajaran Islam Hadhari agaknya. Tambah malang lagi, ia berlaku di negeri Pahang Hadhari yang masih lagi belum berbuat apa-apa ke atas isu Funfair Hadhari yang pernah kami dedahkan sebelum ini. Apakah ini namanya "bala" yang ditimpakan oleh Allah buat Kerajaan Negeri Pahang yang majoriti Exco Kerajaan Negerinya adalah orang Melayu yang kononnya beragama Islam. PDO pernah merayu agar YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), agar menggunakan kuasanya untuk menghalang dan membatalkan projek "Funfair Hadhari" yang sedang giat dijalankan berhampiran Pasaraya Besar Giant di Jalan Tanah Putih dekat sini. Tinjauan krew kami mendapati, segala persiapan dan operasi "Funfair Hadhari" itu nampaknya sedang giat dijalankan dan akan dilancarkan bila-bila masa dari sekarang. Malah, kewujudan "Funfair Hadhari" yang dikatakan melanggar syarat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri dan secara kebetulan pula menjelangnya Bulan Ramadhan iaitu bulan suci bagi umat Islam. Namun, Umat Islam mula menjadi curiga dan risau dengan ajaran Islam Hadhari yang dianuti oleh mereka, pabila tidak merasa sensistif langsung dengan membenarkan operasi "Funfair Hadhari" itu diluluskan. Walhal, umum sudah mengetahui bahawa kewujudnya langsung tidak memberi serta membawa umat Islam ke arah Ketaqwaan dan keimanan seperti yang terkandung dalam kanun undang-undang kitab Islam Hadhari itu sendiri.
Inilah yang menjadi persoalan sekarang! Jika seorang Menteri Besar bersama barisan exconya yang beragama Islam, gagal untuk memainkan peranan bagi menghalang penganjuran aktiviti maksiat seperti itu. Apakah lagi yang mahu diharapkan terhadap aktiviti maksiat lain yang secara jelas berlaku di bandar ini yang cukup sinonim dengan gelaran "Hattyai Pantai Timur" suatu ketika dulu. Di saat kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, kenapalah pemimpin Islam Hadhari di Pahang ini tidak mahu sensitif dengan isu ini agaknya?

Minum Arak, Model Didenda Dan Dihukum Sebat

Berita panas yang dimaksudkan semalam ialah berkaitan seorang model pelancongan didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak. Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu. Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas, laporan Bernama. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak ragu-ragu dalam menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember tahun lepas. Tertuduh yang dilihat mengalirkan air mata ketika penghakiman dibacakan kemudian memohon penangguhan hukuman untuk rayuan melalui peguamnya, Mohd Zuki Che Mat Ghani. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Saiful Idham Sahimi.

Pusat Hiburan, Maksiat & Perjudian Bercambah

Di bandar Kuantan kini, jelas dapat dilihat bercambahnya kegiatan pusat hiburan dan perjudian. Lokasi yang dikenalpasti ialah sekitar Sri Dagangan dihadapan Komplek Membeli-Belah Berjaya Megamall di Jalan Tun Ismail. Manakala kawasan pusat hiburan sedia ada seperti di sekitar Jalan Wong Ah Jang, terus dibiarkan beroperasi tanpa ada sebarang sekatan. Malah, paling mengecewakan semua kegiatan ini dibiarkan beroperasi tanpa halangan biarpun ketika bulan Ramadhan nanti. Biarpun kita tahu bahawa kegiatan tersebut disediakan untuk orang bukan Islam, namun siasatan kami hampir 90% pekerja dan pengunjung adalah orang Melayu yang beragama Islam itu sendiri. Soalnya sekarang, kenapakah operasi sebegini dibiarkan tanpa ada pantauan yang menyeluruh. Kes tangkapan model minum arak di Cherating adalah satu isu terpencil yang sengaja dihebohkan sebenarnya. Malah, di Jalan Wong Ah Jang sendiri jelas dapat dilihat umat Islam bebas minum arak di situ tanpa ada tekanan daripada sesiapa pun. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Itu belum lagi termasuk pusat-pusat hiburan yang terdapat dibeberapa buah hotel terkenal di sekitar bandar ini. Semua itu dikunjungi oleh majoriti anak Melayu yang beragama Islam atas nama "Clubbing". Mereka bebas tanpa halangan, seolah-olah negeri ini diperintah oleh orang yang bukan beragama Islam !!. Kenapa terjadi begini?. Apakah Menteri Besar Pahang dan barisan exconya merasakan dosa dan maksiat yang dibiarkan itu tidak terpalit kepada diri mereka?. Bukankah mereka berkuasa menghalang semuanya ini. Mana perginya ajaran Islam Hadhari yang diamalkan dalam kitab mereka itu agaknya? Kami berhak menegur selepas melihat keadaan ini semakin mencemaskan sekarang ini.


Apakah ini produk Islam Hadhari yang diwar-warkan itu gamaknya?
Bukti, remaja wanita Melayu bebas buat maksiat kerana "Clubbing"
Itu belum termasuk dengan kegiatan "Mak Nyah @ Pondan" yang semakin menjadi-jadi di bandar ini sekarang. Malah, terdapat kebanjiran pondan-pondan dari luar Pahang yang giat mencari rezeki di bandar ini sebenarnya. Selain dari itu, kini difahamkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri telah meluluskan banyak "mesin kuda" yang dijadikan pusat perjudian di bandar ini. Kegiatan yang berselindung disebalik "pusat siber" itu jelas dapat dilihat di merata ceruk bandar. Soalnya, kenapa kelulusan ini diberikan oleh Kerajaan Islam Hadhari? Apakah ia mendatangkan kebaikan buat rakyat? Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato' Azizan Ahmad (foto) dipercayai bertanggungjawab atas perkara ini. Beliau wajar dipersalahkan, termasuk kebenaran meluluskan permit "Funfair Hadhari" itu !!

Operasi Gagal Kerana Ada Spy Di Jabatan Agama

Terdapat juga laporan orang dalam di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri yang mengatakan, operasi pihak mereka senantiasa menemui jalan buntu kerana terdapatnya "SPY" di jabatan terbabit. Malah terdapat maklumat, seorang yang bergelar "Ustaz" dikatakan mencari pendapatan tambahan dengan memberi maklumat awal kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya ketika operasi hendak dijalankan. Ini menyukarkan pihak berkenaan mengadakan oeprasi secara besar-besaran bagi membenteras kegiatan maksiat terbabit. Jika maklumat ini benar, maka ternyata "harapkan pagar pagar makan padi". Mereka ternyata telah menjual agama untuk kemewahan hidup duniawi. Justeru itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memainkan peranan yang lebih serius dalam menangani perkara ini. Jika tidak, berikan sahaja kepada orang yang lebih bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Ingatlah, tanggungjawab sebagai pemimpin adalah dianggap sebagai "Khalifah Allah" di mukabumi ini. Justeru itu, jika benar ajaran Islam Hadhari ingin membawa kebaikan dunia akhirat, diharapkan agar Menteri Besar Pahang serta barisan exconya dapat bekerja untuk itu. Jangan hanya terkejar-kejar dengan "Projek Kerajaan Barisan Nasional" sahaja, kerana ingin mengaut kekayaan dan kemewahan.

[Semoga teguran ini dapat memberi kesedaran kepada mereka yang bergelar pemimpin Melayu yang kononnya beragama Islam. "Berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran" itulah yang telah diwahyukan oleh Allah dalam suarh Al-Asri. Justeru itu, sama ada teguran ikhlas ini diterima atau pun tidak, maka ianya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa. Hanya yang makan cili sahaja yang akan terasa pedasnya. Lakukan tindakan dan anggaplah "kuasa itu bukan sahaja amanah rakyat, tetapi amanah dari Allah". Semoga kesedaran ini dapat memberi ruang dan perubahan besar kepada pemimpin yang mengaku Islam tetapi gagal untuk melaksanakan apa jua yang berlaku di depan mata. Walhal mereka berkuasa melaksanakannya].


Share:

24 ulasan:

  1. ada sekor tupai jaip kaki main judi nombor. pakai kereta pesona kalau tak silap.

    BalasPadam
  2. KAH... KOH... KEH... RUPANYA JAIP PUN ADA BELA SETAN GAK... PATUTPUN LOGO CLUB MED ADA MENATANG TU.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Rasanya, patut di kuarantin dulu pegawai pencegah maksiat tu sebelum pegi operasi....henfon hendaklah diharamkan semasa operasi...guna walkie-talkie jer..

    BalasPadam
  4. Tak buleh ker...sapa2 pegi ke mahkamah utk mintak arahan pemberhentian kerja ke atas Funfair Hadhari tu atas alasan melanggar arahan/perintah MPK?

    BalasPadam
  5. Cara mudah buat duit bro...utk dpt lesen kena bayo, pas tu masa funfair mesti ada kete yg letak tak betul so mamat2 MPK buleh saman....duit lagi tu... Ustaz kat JAIP tu kasi buang je...

    BalasPadam
  6. alamak ada orang usek setan,tu setan sesat,tapi yang aku herang, ada tokoh PAS buat kerja sesat pakai baju hitam dan bakar lilin,ikut protes SPRM,NIK AZIZ AWAT TAK KOMEN,AKU PUN TAK PERNAH BAKAR LILIN,,,DAN AKU PUN TAKUT DIBAKAR,TUHAN MARAH KITA MENGIKUT ADAT KAFIR,TIUP LILIN POTONG KEK PUN TAK BOLIH,NI KAN PULA PAKAI BAJU HITAM DAN BAKAR LILIN,TOBAT MAT NIZAR TOBAT

    BalasPadam
  7. Koi rasa Pahang Daily ni hanya nak mencari kelemahan MB Pahang, kenapa tak komen MB Kelantan. Apa ingat Kelanta selamat dari gejala sosial ke? Koi rasa Kelantan lagi dahsyat...

    Pahang Daily tak boleh pakai alat pencetus fitnah PAS...

    BalasPadam
  8. bodoh punya mamat kat atas nii.. dah tentulah isu yg dimainkan ialah di Kuantan Pahang. Jgn nak alih pndangan plak ke Kelantan.. di sana byk yg sudah diperbetulkan. pusat hiburan, judi dan sbgainya. yang ada lagi tu..puak2 umno kelantan yg dok meraban nak jugak buat keje x senonoh tuu.. apa ingat kat kelantan semua org PAS jer ker... abis org umno x ader kat sana..yg masih tak reti bahser tu puak2 umno larr...

    BalasPadam
  9. Di banyak negeri, kerajaan mereka buat sekolah agama waktu petang. Sekurang2nya utk murid sekolah rendah. Di pahang tak ada. Alangkah baiknya jika kerajaan pahang cuba buat gitu. Sekurang-kurangnya boleh belajar ngaji. Nanti bila pemimpin ditanya di padang mahsyar, tak boleh jawab tiada budget atau arahan. Pemimpin (MB, exco, Sulatn) bertanggungjawab ke atas yang dipimpin.

    BalasPadam
  10. pandai PDO, semua nama naik dlm tulisan nya.. tapi kenapa nama ahli parlimen kuantan sendiri x naik..? tu kan kawasan dia? kalau tempat lain, PDO salahkan ahli parlimen/adun.. kenapa kat kuantan nak salahkan menteri besar, jAIP, MPK, tapi tidak tersembulpun nama ahli parlimennye? ke fungsi dia kat situ macam tade guna? ade pun tape, tade pun tape..

    BalasPadam
  11. anon 1:22.. kat tempat aku masih ada sekolah agama lagi.. awok ni duduk ceruk mane?

    BalasPadam
  12. SAPA YANG LULUSKAN LESEN DIA LAR YANG KENA WEY..AHLI PARLIMEN KUANTAN, BUKAN SAHAJA TIDAK DILAYAN OLEH MPK DAN KERAJAAN NEGERI...MALAH TANDA TANGAN UNTUK BANTUAN KEBAJIKAN PUN TAK DILAYAN..MAKANYA, DIA TAK BERSALAH DALAM HAL INI KERANA KUASA TIDAK ADA DITANGANNYA..DIA ANAK TIRIKAN OLEH UMNO DAN BN.... YANG ADA KUASA IALAH UMNO DAN BN ...MAKANYA KENAPA NAK DIKAITKAN DENGAN AHLI PARLIMEN?. NAMA JE AHLI PARLIMEN...TAPI KUASA SIKIT PUN TAK DIBERIKAN..HATTA NAK TOLONG RAKYAT... NANTI JAWAB DI DEPAN ALLAH.. SEMUA YANG ANDA LAKUKAN ITU OK...

    BalasPadam
  13. kalau dah tak ada kuasa letak je jawatan ahli parlimen. senang cerita, kita ganti dengan yang lain. yang boleh buat kerja. kalau kerja dok goyang t.... pas tu komen sana komen sini kerja tak buat apa ke jadahnya. sedar lah sikit...

    BalasPadam
  14. ahli parlimen ada kuasa di hati rakyat yang memilih. sebab tu dia menang... BN kalah... lepas tu puak UMNO tak bagi kuasa... tak nak ngaku kalah..padahal dah tewas TKO kat Kuantan.. ada hati konon..biarlah dia jadi ahli parlimen daripada bg kat BN yang tau merompak wang rakyat jer... masalah macam ni terjadi baru terduduk..dan tiada alasan nak berkata-kata lagi..hahahhaaa..padan muka ko UMNO BN !!

    BalasPadam
  15. apalah kita nak bising,dunia hak semua agama dan semua bangsa,kecuali mekah dan madinah.biarlah kafir tu nak buat maksiat.,kan dunia ni syurga mereka kita jaga anak bini kita,bila lagi ALLAH NAK DUGA KITA,PADA ANAK2 SETAN,IBLIS DAN HANTU AKU KASI WARNING,JAGA PEGI KE FANFARE TU,JANGAN TERGODA,DAN AKU NAK TENGOK ANAK2 MANUSIA ADA KE YANG TERGODA>??????????????,kalau tergoda ,tu salah mak bapak,jangan dok salah kerajaan .kerana hang pa tak didik elok

    BalasPadam
  16. Anonymous matkelate said...

    bodoh punya mamat kat atas nii.. dah tentulah isu yg dimainkan ialah di Kuantan Pahang. Jgn nak alih pndangan plak ke Kelantan.. di sana byk yg sudah diperbetulkan. pusat hiburan, judi dan sbgainya. yang ada lagi tu..puak2 umno kelantan yg dok meraban nak jugak buat keje x senonoh tuu.. apa ingat kat kelantan semua org PAS jer ker... abis org umno x ader kat sana..yg masih tak reti bahser tu puak2 umno larr...

    Tuesday, July 21, 2009 12:45:00 PM
    -------------------------
    rupenya rakyat yg tak reti bahser kat kelantan tu org umno no.. erm pandai nik ajis ajar anak2 buah dia... sampaikan ramai dikalangan org kelantan melakukan kerja2 tak bermaruah termasuk dungu waktu tgk bola sepak... itu ajaran ISLAM dari nik ajis erk... semua tu org umno erk... erm.,.erm cianya org umno kelantan no ditindas oleh org pas kelantan... termasuk mamat sekor ni yg mmg tak reti bahser sebab bahser tu tak pernah ada dalam kamus... bahasa adalah hehehe

    BalasPadam
  17. Pesanan Buat ahli umno yg bangang bangat bin bodo supo taik. Ada sepatah dua kata atok nk utarakan disini.

    Pertama tentang knp PDO tk nk hebahkan berita kelantan sibuk dok hebah berita kuantan je. Kuantan melayu bebas teguk arak dimana mana kedai kopi bar tepi longkang tepi jalan tiada org berani larang berani tegur. Dikelantan oiii taik umno mu tk blh nk teguk arak merata rata mapuh la mu kena igap selaluh.

    Rakyat kelantan di ajar cara cara bagaimana hidup seorang muslim mereka tidak di ajar bagaimana cara hidup islam hadari. Nak melantak arak tepi jalan no hal.nak beromen khalayak ramai silakan. Nk beli no ekor tkdok kedai toto.Kuantan blh beli tp sorok sorok skrg intai dulu ada spy ke dok.

    Kedua perihal Ahli parlimen Kuantan.Dok saja ke dia. Goyang kaki ke dia. blh atok guna sekali ayat bodoh bin bangang mu ore umno.Aku nk ajar lagu mana lg.Ajar beruk naik nyor mudah lg dari ajar mu nih. sapo bg lesen fun fair tepi giant tuh. Ahli parlimen kuantan ko BOh MPK.Kuasa menggangguk utama sapo lg kalu tidok MB dio tuh.Toknan kato bereh tkdok hal.Mu nk soh dato fauziah gi tangkap org minum arak merata rata tu ko lagu mano taik umno. Mu nk soh dato f sekat lesen funfair haram sblh giant tu ko taik.

    Cukuplah taik taik umno deh..ajar beruk panjat kelapo lbh berkat dari ajar mu benda benar.

    BalasPadam
  18. Orang2 PAS, jaga anak bini jangan biarkan mereka jugak turut terhasut dgn hasutan setan untuk pergi ke funfair hadhari tsbt, kalau dah puak2 tu sesat, jgn kita pulak ikut sesat.

    orang sesat akan kata, kerajaan tak salah, emak bapak yg salah. Inilah yg dikatakan sesat,

    Ya Allah kami berlindung denganmu daripada Syaitan yg direjam dan dari kejahatan kerajaan dan pemimpin2 umno yg menolak hukum hudud.

    BalasPadam
  19. ya lah kat funfair tu nanti aku pernah jumpa orang pakai tudung dan kopiah mcm pas berebut nak naik mery go round juga,, jadi apa salahnya kalau nak merasa kan... maknyah dgn pondan kat wong ah jang aku nak tunggu ap kuantan hambat,,jangan tak hambat atau sengaja tak mahu hambat sbb ada golongan orang yg suka golongan ini kan...

    BalasPadam
  20. ala org pas ni kadang2 berselindung di sebalik serban tu... kalau idak tak jadi la mcm kat perlis tu...kawin nak bagi nafkah kat bini pun susah ...yg dia nak menatang tu aje... dah tu hentam bini... tapi pdo ni tak pula bawa citer ni mcm dia bawa citer anwar tu erk.... jgn selindung la beb... kalau awak benar2 adil dan saksama...

    BalasPadam
  21. macam2 kejadian kes rogol kat kelantan tak diciter... bapa hentam anak pun kat kelantan tapi diam membisu... tak salahkan kerajaan pula... adoi...susah jadi org berat sebelah ni... larat ke tanggung ke sana nanti

    BalasPadam
  22. inilah yg dikatakan ahli parlimen PR.. takkan bila dah bagi kerja, baru nak buat keje.. tade inisiatif ke? kalo org x bagi keje, duduk je kat ofis.. lenggang pinggang?

    kalau ini lah sikapnye.. baik la x payah jadi ahli parlimen..

    BalasPadam
  23. aku rasa sesiapa yg penah duk asrama tahu camne perangai org kelantan.. aku buka nak kutuk puak demo.. tapi demo kena sedar.. benda ni hakikat..

    BalasPadam
  24. aku jemput pahang daily buat liputan kat kedah..negeri PAS ke2 kat Msia..masa BN depa kempen tiap2 mlm akan tutup semua pusat judi dan maksiat..dah dekat 2 tahun perintah tak de satu pun yg ditutup..malah hotel maksiat semakin bertambah..homestay maksiat makin bertambah..kuil hindu depan rumah aku semakin besar..mana Islam yg menjadi kesejahteraannya aku pun tak tau..yg depa tau serbu ..tempat pondan kat stesen keretapi

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.