script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Nik Aziz Akur Najib Tolak Pertemuan Dan Debat

KOTA BHARU [3.50 pm] - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), akur dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-UMNO. Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai. "Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai sudah kerja saya," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim hari ini.

Gugurkan Kes Liwat, Pemuda UMNO Lapor Polis


KOTA BHARU [3.25 pm] - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan akhbar itu yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah dan institusi perundangan negara. Laporan itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (foto) di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.15 pagi berhubung laporan bertajuk "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera." Bercakap kepada pemberita kemudian, Anuar, yang diiringi kira-kira 20 ahli Pemuda UMNO, berkata kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit pada 30 Jun dan 7 Julai 2009 yang menggesa supaya pertuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan adalah seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara. "Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," katanya.

Gerak Lapor SPRM Isu PKFZ, Banglo Khir Toyo


SHAH ALAM [3.10 am] - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos (foto), mengemukakan laporan dan dokumen berkaitan kepada pegawai SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu di sini, jam 10.40 pagi. Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mohd Nazree berkata Gerak mengemukakan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses pelantikan pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng.

Keputusan Pilihanraya Seawal Jam 8.30 Malam

KUALA KRAI [3.05 pm] - Keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini dijangka diketahui seawal jam 8.30 malam. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto), berkata suruhanjaya itu tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan itu awal. "Sasaran kita ialah 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan dan keputusannya dijangka jam 8.30 malam," katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat kepada ketua-ketua Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya Kecil Manik Urai di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai di sini.

Media Baru, Kerajaan Amalkan Sikap Terbuka

KUALA LUMPUR [3.02 pm] - Kerajaan mengamalkan pendekatan terbuka terhadap media baru dengan mengadakan perjumpaan dan dialog bersama bloggers dalam usaha menyampaikan segala dasar kerajaan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), berkata kerajaan sentiasa menekankan segala dasar kerajaan pada setiap perjumpaan bersama bloggers serta mengingatkan mereka berhubung Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1958 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. "Antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan adalah mengadakan perjumpaan dan dialog secara berkala dengan bloggers dalam menyampaikan dasar kerajaan termasuk berkaitan undang-undang negara supaya setiap tindakan mereka selari dengan dasar negara terutama dalam aspek keselamatan negara dan keharmonian kaum," katanya ketika menjawab soalan Senator Shamsudin Mehat pada Persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Share:

11 ulasan:

  1. Al Juburi dah mintak bantuan Amerika/Yahudi utk menghadapi kes liwatnya?
    --------------------------

    Tuesday, July 7, 2009
    8 JULAI : BRIDGET WELSH AGEN CIA MULA CAMPURTANGAN DALAM KES LIWAT !
    kes liwat anwar attaturk terhadap saiful bukhari sudah memasuki fasa ke 2,iaitu cubaan campur tangan CIA dalam menjatuhkan kredibiliti sistem kehakiman malaysia.

    maklumat ini gap terima sebentar tadi. datangnya dari 'orang kuat' anwar sendiri.mesyuarat yang dihadiri oleh 4 orang.. 1pimpinan tertinggi pkr,xxxx, xxxxxx dan kumpulan gap di petaling jaya.

    siapa bridget welsh ? beliau merupakan pembantu profesor di southeast asia studies program,john hopkins university school of advance international studies di washington. anwar attaturk pernah di jemput untuk menjadi profesor kangkung jemputan di john hopkins.

    daripada kerjasama inilah maka bridget welsh pernah diberikan ruang untuk menulis di beberapa web pembangkang antaranya malaysiakini,malaysian insider,malaysia today selain punyai kolum khas dalam guardian uk dan AP.tujuannya untuk melakukan karektor assasination kepada pemimpin negara terutamanya najib.

    berdasarkan maklumat yang kami terima, bridget welsh adalah seorang agen CIA yang bertugas sebagai master spinner kepada pelajar-pelajar luar yang datang belajar di john hopkins. nurul izah yang sedang menyambung pengajian master nya di john hopkins juga mendapat layanan istimewa di sana.

    perhatikan artikel-artikel tulisan bridget welsh yang sempat gap kumpulkan, serangan lebih menjurus kepada melakukan politikal damage kepada najib dan senantiasa mewar-warkan anwar sebagai pemimpin muslim liberal.

    kenapa KDN membiarkan bridget welsh bermaharajalela memburukkan negara ?

    7 jul 2009
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31490-anwar-heads-for-court-again

    15 april 2009
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/23352-najibs-disappointing-start--bridget-welsh-

    27 mar 2009
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/21453-unknown-najib-ready-to-lead-malaysia

    29 aug 2008
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8248-a-blogger-takes-office-in-malaysia

    29 aug 2008
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8245-sodomy-and-the-backlash

    BalasPadam
  2. Juara mencipta liwatan bersiri kini ke udara lg. keputusan sudah ada dlm tgn. tunggu mengumumkn selepas ini. agaknya anon taik juak juak umno kena usung tilam bantal lg ke utk episod ini. saya fikir tk payah usung lg buat malu anak cucu cicit negara.

    kira mudah anwar kena lg 16 tahun merengkok. tp harus di ingat perjuangan ini tidak terhenti sama spt mandela walau 30 dlm tembok batu. lawan tetap lawan. yg busuk yg buruk wajib di buang dari bumi msia. anon harus ingat sepandai tupai lompat jatuh juga lastly.so kita jumpa lg anon altaik ri dipersada PRU 13

    DSAI tidak akan berkubur krn satu pergi sejuta akan kembali melawan kebobrokan

    BalasPadam
  3. Tunggu je pendakwa cipta bukti kat mahkamah.. dan lihat bukti-bukti yang tak munasabah akan keluar...

    BalasPadam
  4. RSIARAN TERUS DARI JALAN DUTA, LAPORAN DISAMPAIKAN OLEH GERAKAN ANTI PKR - GAP 8/7/09

    Re : Al Juburi putar alam dlm ketakutan yg amat sangat dah berjaya menipu mahkamah.
    -------------------------

    10.20 am : Penyokong2 Anwar seramai 150 orang sahaja sudah mula bersurai..., tidak kelihatan kehadiran rakyat biasa, begitu juga tidak nampak ahli ahli PAS. 150 orang dikenal pasti ahli ahli AIC, rombongan PKR dari Permatang Pauh dan Gopeng. PKR dikira GAGAL untuk himpun 5,000 rakyat sebagai tanda sokongan kepada Anwar sepertimana yang diwar-warkan oleh Ketua AMKnya yang ketot dan pernah terkencing dalam seluar suatu ketika dahulu....
    10.15 am : Sah kes tangguh ke 15hb Julai setelah Anwar "berjaya" menggunakan surat cuti sakit ketua pasukan peguambelanya Sulaiman Abdullah.
    10.10 am : Seorang tua yg sanggup menjadi "pencacai" telah ditahan polis kerana cuba mengedarkan vcd Bubar DUN Perak


    10.00 am : Anwar dah cabut lari.... berjaya lagi menangguhkan perbicaraan, terbukti tak berani untuk beraksi dalam gelanggang mahkamah....

    9.50 am : Diberitakan peguam2 Anwar berusaha keras untuk menangguhkan kes ini ke 15hb Julai

    9.45 am : Kelihatan ayahanda Anwar, Dato Ibrahim juga muncul bersama peguam2 Anwar

    9.35 am : Penyokong2 Anwar seramai "hanya lebih kurang 100 orang" tiba di perkarangan Mahkamah

    9.10 am : Shamsul Iskandar Ketua AMK & Tien Chua tiba bersama 20 orang Ahli2 AIC.....

    BalasPadam
  5. Habislah engko anwar..kemana nak lari? Allah telah menunjukkan kebenaran pada kalian semua. Anwar, engko tak akan terlepas dari hukum Allah mahu pun ketika ini atau semasa di alam barzah nanti..Engko wajib bertaubat Anwar sebelum hukuman Allah dijatuhkan keatas engko. Kasihanilah diri engko, keluarga engko dan orang-orang yg engko bohongi selama ini. Insaflah engko wahai saudaraku Dato' Seri Anwar B Dato' Ibrahim. Wassalam.

    BalasPadam
  6. Apa ni, berapa kali mahu tangguh da!! Mahkamah pun dah kena main belakang!!!!

    BalasPadam
  7. Tangkap dan dakwa si Toyol ni.Kesalahannya dah terbukti takbleh kelentong lagi dah.

    BalasPadam
  8. Tangkap dan dakwa si Toyol ni.Kesalahannya dah terbukti takbleh kelentong lagi dah.

    BalasPadam
  9. anwar sebenarnya penakut ... la ni azizah pun dah diam... dah tau suami dia mmg suka main belakang... tapi tak berani nak amik tindakan apa2 la... dah pun nama isteri kan...kena ikut la rentak suami...

    BalasPadam
  10. kecian dia. nak buat macamana dah suami dia. terima la seadanya...

    BalasPadam
  11. melson mandela masuk penjara kerana perjuangan bangsa,dsai kerana apa..??????????

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.