script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Apa Yang Telah Berlaku Sebenarnya, Pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Ditemui Terbunuh Ketika Di Dalam Siasatan Pihak SPRM !!

SHAH ALAM [6.45 pm] - Bagai ada sesuatu yang tidak kena dan rahsia bersar berlaku terhadap Mendiang Teoh Beng Hock, pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong, Baru semalam beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tiba-tiba hari ini beliau ditemui mati kerana dipercayai terjatuh dari tingkat 20 Plaza Masalam (foto) dekat sini petang tadi. Apa yang berlaku sebenarnya?. Apakah ini satu lagi bukti yang sememangnya SPRM kini sudah memulakan adengan "ganas" mereka, dalam mendesak dan memaksa suspek memberikan bukti-bukti kepada pihak berkenaan. Anehnya, SPRM lebih berselera dan gemar untuk menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat kepada pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata. Sebaliknya mereka mendiamkan diri dan menikus untuk menyiasat segala rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Terkadang, kita sendiri pun tidak faham apakah fungsi kewujudan SPRM ini. Segala kerja dan tindakan mereka lebih banyak berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Ini bermakna kewujudan SPRM sebenarnya adalah sebagai landasan mudah untuk kerajaan UMNO dan BN memastikan setiap seorang pemimpin Pakatan Rakyat bakal terjerat dengan segala macam muslihat mereka. Ramai yang berpendapatan, kerakusan SPRM membuat tindakan terhadap pimpinan Pakatan rakyat ada kaitan dengan arahan UMNO sendiri. Bayangkan, kes-kes seperti isu lembu pun boleh mereka jadikan fokus utama siasatan berbanding rompakan berjuta hatta berbilion ringgit wang rakyat. Apakah tindakan drastik dan rakus SPRM ini, gara-gara arahan pemimpin UMNO negeri Selangor susulan pendedahan dan pembongkaran penyelewengan Balqis, PKFZ, Banglo Khir Toyo dan banyak lagi?. Inilah agaknya yang menyebabkan puak-puak terbabit melenting, lantas mengeluarkan arahan supaya SPRM menjalankan siasatan serta menyerbu pejabat exco Selangor.

[Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul berkata mayat berkenaan ditemui jam 1.30 tengah hari ini. SPRM mengesahkan menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat. Shukri Abdul berkata pegawainya semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan."Siasatan itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya. Masalahnya disini ialah, SPRM hanya menyiasat aduan yang dibuat oleh puak-puak UMNO sahaja. Sebaliknya, aduan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mereka tiada selera langsung untuk menyiasatnya. Inilah masalah besar yang membelenggu kita sebenarnya. SPRM bekerja untuk siapa?. Justeru itu, pihak polis digesa menyiasat apakah kematian pembantu exco itu ada kaitan dengan unsur tekanan dan ugutan oleh pegawai SPRM terhadap beliau. Jika ini berlaku, maka siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pegawai terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

12 ulasan:

  1. Awas PDO jangan buat spekulasi yg berbau fitnah dan menghasut!!

    BalasPadam
  2. cissss.....kalau pembangkang tu..cecepat aja nak siasat..tak masuk akal langsung kalau bunuh diri...kalau berani siasat pak toyollaaa...ampih betulleh SPRM nii...cilakoo...

    BalasPadam
  3. menghasut apa?fitnah apa???bute ker???dah terang2 tu lah keje sprm...aduan kes khir toyol apa tak siasat???aduan firaun?aduan kes dollah???kes khairy?najib??apa tak siasat???ada ko dgr dlm tv sprm serbu pejabat pm?pejabat tpm?pejabat khir toyol???ada???

    BalasPadam
  4. baru setahun berkuasa dah berlumba2 kumpul duit nampak...wahai golongan haprak pakatan tak tahulah jika 50 tahun berkuasa..djualnya malaysia ni kot..kah..kah...kah..dasar PAKATAN KENCING RAKYAT..

    BalasPadam
  5. Sikap sprm memang macam tu lebih ganas dari polis.

    BalasPadam
  6. Mrkolumpo ko poe la buat laporan polis ke sprm ke. pas tu kita tengok cam na. jangan la dok melalak sana sini habuk pun tarak...

    BalasPadam
  7. apa pulak yang nak salah sprm. dulu salah polis. la n salah sprm pula. tangkap perasuah dan pengkhinat bangsa jangan takut sprm. kita kena faham bangsa tu.dema sanggup buat apa utk bangsa dema.

    BalasPadam
  8. mr kolumpo ni kurang cerdik. menuduh tanpa bukti dan hanya berdasarkan berita PDO dan malaysiakini..Biarlah siasatan habis lepas tu baru boleh buat konklusi. Takkan Mr Vice President tak ikut prosedur main terus hentam je tanpa usul periksa dulu. Selangkan Chairman dan CEO pun kena baca lapuran lepas tu baru buat keputusan. Orang hulu Simpang Pelangai kawan si Hamdan ni memang macam ni agaknya. Nak tanya sikit, liputan broadband boleh dapat ke kat kg hang di simpang pelangai tu mr kolumpo?

    BalasPadam
  9. Ini satu lagi teori utk dianalisa sblum hangpa menyalak. Lepas tu hanpa pikirlah sendiri...

    Friday, July 17, 2009
    Gangster upahan DAP Dalang Kepada Kematian TEO??? - Kematian Teo Beng Hock Adakah Ianya Berkaitan Dengan SPRM Atau DAP????

    http://brokenthecode.blogspot.com/2009/07/gangster-upahan-dap-dalang-kepada.html

    BalasPadam
  10. asyik2 nak salahkan org... kejap salahkan polis, kejap salahkan sprm kejap salahkan hakim... apa yg betul kat hampa semua... pemimpin2 hampa yg juga seleweng tu? oiii... fikir2la sama... diri sendiri betul ke? cari salah diri dulu sebelum cari salah org.... kau org semua ni kerja apa erk...entah2 kerja kau org pun hanya kerja dok cari salah org...so makan gaji h.....

    BalasPadam
  11. DIA ADALAH HANYA SEBAGAI SAKSI,MAKA TENTU ADA BIG BOSS YANG TAKUT,TAKAN SPRM NAK BUAT YANG BUKAN2 TERHADAP SAKSI,SELALU ORANG YANG TAKUT KEPADA SAKSI YANG AKAN MEMBUAT SESUATU SUPAYA SAKSI TAK MEWMBERI KETERANGAN,JANGAN PUTAR,JANGAN PUTAR

    BalasPadam
  12. DENGAR KHABAR...
    NORZA ZAKARIA
    KHAIRI JAMALUDIN
    ALI ROSTAM
    TERLIBAT DGN RASUAH POLITIK
    TAPI YG DIDAKWA NORZA SHJ
    KHAIRI JAMALUDIN TETAP BEBAS
    ALI ROSTAM MASIH KETUA MENTERI
    SPRM KENA JAWAB NI...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.