script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

DAP Cadang Tunku Aziz Ketuai Suruhanjaya

GEORGETOWN [5.30 pm] - DAP mencadangkan naib pengerusinya, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengepalai suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya mahu Tunku Abdul Aziz dilantik ke jawatan itu sekiranya kerajaan pusat memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berkenaan. "Seseorang yang mengetuai suruhanjaya siasatan berkenaan mestilah berkebolehan dan berintegriti. Kami rasa orang paling tepat adalah Tunku Abdul Aziz. "Beliau pernah menjadi pengerusi Transparency International (TI) Malaysia. Jadi saya rasa beliau amat layak," katanya di sini, hari ini.

[Cadangan DAP itu memang amat baik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Namun, apakah kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib akan menerima cadangan itu. Sedangkan dalam masa yang sama mereka lebih suka "orang yang tidak telus dan boleh dibeli" untuk menjadi hakim atau menyiasat sesuatu kes. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apapun, rakyat amatlah berharap agar satu siasatan yang adil dan telus].

Tunang Teoh Pula Bakal Disiasat Pihak Polis

KAJANG [4.45 pm] - Tunang mendiang Teoh Beng Hock (foto), yang ditemui mati dalam keadaan penuh tanda tanya selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ke Balai Polis Kajang petang esok. Soh Sher Wei, yang sedang hamil dua bulan anak Beng Hock, akan diiringi beberapa peguam DAP untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah. Seorang peguamnya Lim Lip Eng, yang juga ahli parlimen DAP Segambut, bagaimanapun tidak pasti motif polis menyiasat Soh. Ahli keluarga Beng Hock turut dipanggil memberikan keterangan di tempat dan waktu yang sama. Dalam perkembangan berkaitan, Ean dan seorang lagi peguam M Manoharan dijadual memberi keterangan kepada polis jam 3 petang ini di pejabat exco tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor.

[Nampaknya, semakin ramai mereka yang terapat dengan mendiang Teoh kini bakal disiasat oleh pihak polis. Agak menghairankan kita, kes kematian Teoh berlaku di pejabat SPRM maka sepatutnya mereka-mereka yang terlibat dan wajar dipertanggungjawabkan ialah individu yang terdapat dalam SPRM sendiri. Kini, usaha untuk mengaitkan pihak lain nampak jelas. Kemungkinan kes ini akan diklasifikasikan sebagai "bunuh diri" kerana Teoh kecewa dengan "tunangnya" lantaran mengambil keputusan tersebut. Tambahan pula, kedua-dua pasangan terbabit dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada keesokan harinya].

Kes Teoh, Suhakam Adakan Siasatan Terperinci

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat dengan terperinci kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu, kata Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam. Beliau berkata siasatan itu meliputi dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan anggota polis ketika berdemonstrasi Jumaat lepas di hadapan Plaza Masalam di mana Teoh dijumpai mati tertiarap. "Suhakam akan menjalankan siasatan bebas terhadap kedua-dua kejadian ini dan segala keputusan sama ada inkuiri awam dibuat akan diketahui selepas mesyuarat kami diadakan bulan hadapan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada beberapa individu yang mendakwa dicederakan polis semasa demonstrasi berkenaan di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini. Siva berkata hak asasi orang awam perlu dikekalkan dan dipatuhi ketika penyiasatan dilakukan mana-mana badan atau pihak berkuasa dan agensi berkaitan. Menurut Konvensyen Terhadap Penderaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Layanan Buruk atau Hukuman, penderaan membabitkan apa-apa tindakan dikenakan terhadap seseorang bagi mendapatkan daripadanya atau orang ketiga maklumat atau keterangan dengan izin atau persetujuan daripada seorang pegawai awam atau individu lain yang bertindak dalam kapasiti rasminya.

[Kerajaan UMNO dan BN kini benar-benar bagai "Cacing Kepanasan" sekarang. Akibat kealpaan pihak SPRM dalam membuat siasatan secara kerhemah dan profesional terhadap Teoh, kini "Nasi Sudah Menjadi Bubur". Nyawa sudah melayang, dan mereka akan terus diasak oleh rakyat hinggalah menjelangnya pilihanraya umum ke-13 akan datang. Inilah yang dikatakan, senjata makan tuan. Mereka gunaka SPRM untuk menekan pemimpin pembangkang. Namun, kini mereka pula yang menjadi mangsa akibat kerakusan dan kezaliman para pegawai SPRM itu sendiri].

Isu Dokumen Liwat, Kes Tangguh Didengar Esok

KUALA LUMPUR [2.51 pm] - Permohonan pendakwaan bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan dokumen yang diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar esok. Ia dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 9 pagi. S.M Nair, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, ketika dihubungi mengesahkan bahawa firmanya (S.N.Nair & Partners) menerima surat berhubung perkara itu daripada mahkamah menerusi faks, pagi ini. Pada 2 petang semalam, pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan. Turut difailkan ialah perakuan segera agar kes itu didengar secepat mungkin. Pada 16 Julai, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari. Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

[Nampaknya pihak pendakwa masih cuba untuk mengkhianati keadilan buat Anwar. Sudahlah perbicaraan dijalankan tanpa merujuk kepada laporan perubatan, gara-gara laporan tidak berpihak untuk Saiful. Kini mereka cuba pula untuk mengalih isu dokumen agar tidak sampai ke tangan peguambela Anwar. Malah, spesimen DNA yang jelas meragukan itu juga tidak mahu diberikan atas alasan yang amat mengelirukan. Masakan peguambela Anwar boleh memeriksa sampel dalam mahkamah ketika perbicaraan dijalankan. Sampel harus diuji oleh ahli kimia dan perlu mengambil masa tertentu untuk pemeriksaan rapi].

Noh Omar Hukum Pegawainya Di "Lima Negeri"

KUALA LUMPUR [1.59 pm] - Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

[Nampaknya Noh Omar, masih mengiktiraf lima negeri pembangkang. Sedangkan satu daripadanya telah dirampas oleh UMNO dan BN iaitu Perak. Ternyata pemimpin UMNO sendiri menganggap Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak itu sendiri masih negeri pembangkang. Tindakan yang dibuat terhadapnya menerusi Kementerian Pertanian ini mungkin kerana isu Selangor yang kini bisa menjatuhkan UMNO di sana. Tambahan pula, Noh Omar adalah ahli parlimen dari Selangor. Maka itu, dia sanggup gunakan kuasanya untuk menekan kakitangan dan pegawai agensi terbabit. Apakah beliau fikir mereka itu semua "tunggul kayu" agaknya. Kerja dan politik kini mahu disatukan oleh Noh Omar !!]

Teoh, Pakatan Rakyat Serahkan Memorandum


PUTRAJAYA [12.45 pm] - Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock. Memorandum itu diserahkan oleh wakil Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook (foto). Beliau berkata penubuhan suruhanjaya diraja itu perlu berikutan kematian Teoh banyak menimbulkan keraguan di kalangan majoriti rakyat Malaysia.

[Memorandum yang diserahkan oleh Pakatan Rakyat ini merupakan suara hati rakyat serta mereka yang mahukan keadilan serta ketelusan dalam kes ini. Malah komponen BN seperti MCA, MIC dan GERAKAN juga turut mahukan Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera bagi mengetahui punca sebenar kematian Teoh. Soalnya sekarang, apakah Najib akan melaksanakan tuntutan ini agaknya. Atau mungkin juga ia akan dibiarkan].

Teoh, Polis Beri Amaran Pihak Cetus Ketegangan


PUTRAJAYA [12.30 pm] - Polis memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pihak yang menabur fitnah dan mencetuskan ketegangan berikutan kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

[Rakyat sebenarnya berhak untuk membuat penilaian dan pandangan sendiri kes berkenaan. Tambahan pula, sebahagian besar rakyat kini sudah hilang kepercayaan dan sangsi dengan siasatan pihak polis susulan banyak tindakan mereka yang amat meragukan selama ini. KPN tidak boleh mendesak rakyat menerima apa sahaja yang diputusakan oleh polis, kerana mereka juga telah banyak menghancurkan harapan rakyat dengan segala tindakan yang amat mengecewakan mereka sebelum ini].

Share:

14 ulasan:

  1. Golongan opportunis sahaja yg berkepentingan akan mengambil kesempatan dari kejadian ini. Kononya atas dasar keadilan dan menentang kekejaman, penindasan, kezaliman, dan konspirasi golongan ini akan kedepan dan menyalak menuntut keadilan. Niat dan motif sebenar hanya semata-mata utk memburukkan kerajaan dan meniupkan api perkauman dan anti kerajaan. Motif disebalik kejadian ini juga untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dgn harapan rakyat akan bangkit untuk menentang dan menggulingka kerajaan yg ada sekarang.

    PDO, anda juga tidak terkecuali dan anda adalah diantara mereka yg sedang aktif menghasut rakyat utk bangkit menentang kerajaan.

    Rakyat yg rasional dan matang tahu berfikir dan memilih apa yg baik atau buruk untuk terus hidup aman dinegara ini.

    BalasPadam
  2. hey,DAP lu sapa mahu jadi kepala.belum ditubuh dah minta tulah niLAHh.MALAYSIAN ,MALAYSIA KONON,MELAYU ATAU INDIAN MAMPUS HANG TAK PERNAH BERSUARA PUN PERAHHHHHHHHHHHHHHHHH

    BalasPadam
  3. mamat enon 2:10 tu hidup aman ke sekarang. tahniah mamat enon krn hidup anda aman damai senang dn lenang.

    Anda belum merasa susah derita dizalimi.anda blm rasa bagaimana rasa seorang ahli keluarga tahanan ISA pemimpin taik mu. Aku rasa jika bini atau ayah atau laki atau anak mu kena ISA atas alasan terlibat dlm JI almaunah atau Alqaeda (baru suspek) tahan selama 7tahun. Contoh anak tok guru nik aziz di kurung 7tahun hanya disyaki tali barut alqaeda. Mu byg anak bini dia PM mu ke bg duit nafkah bg makan selama 7 tahun.

    Mu dok rasa blh lah mu aman.aku rasa kalu keno ko mu mok enon berok tak cair la anak bini mu. Mu blh nyawa sedak lg loni mak enon sbb mu dok kena lg. Hari ni hari kami dizalimi esok harapan aku agar kerajaan terbaik mu ni syak mu talibarut taliban mapuh kerah mu ISA 20thn. Mu teriok la dlm tu soram sapa mapuh.

    Mu faham dok mak enon ko mu bengong lg. Sebab hidup aman damai tk pernoh raso susoh keno zalim. Berapa org anak nin aziz tu bunuh bom org berapa bangunan dia bom sapa kerajaan mu kurung dia 7thn. Pah tu bebas brpp sen kerajaan mu bayar balik selama 7thn dia dikurung. CIS natang beruk ni kecek buang maso aku...

    BalasPadam
  4. Tuan, banyak perkara yang berlaku disebabkan penguasa-penguasa yang dipertanggungjawabkan menyebabkan keraguan-keraguan terjadi secara logiknya dan waras. Keadaan-keadaan yang berlaku didepan mata,cerita rakan teraniaya, cerita rakan penguasa itu sendiri menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada penguasa-penguasa tersebut. Bagi saya tanggaplah itu sebagai sebahagian daripada topeng kehidupan sebahagian daripada umat manusia. Jika baik saya doakan balasan yang baik untuk mereka jika sebaliknya saya doakan sebesar-besar kecelakaan kepada mereka, kekuasaan Allah tiada bandingannya cuma kekadang Allah memberi peluang secukupnya untuk manusia memilih jalan yang diredainya. ALLAHWAALAM.

    BalasPadam
  5. Anon 7:33, mu pong bodoh! buat apa dok buat hal? dok diang-diang jangang demo sana sini nok tuntut keadilang konong. Padang muka mu kena ISA sebab mu kianat negara sendiri..mampuh mu!!

    BalasPadam
  6. aku syorkan kapal sing,guan eng dan kit siang turut sama di masuk dalam suruhan jaya,kerana mereka ini orang2 yang bersih lagi puteh,dan mesyuarat diadakan di banglow baru guan eng

    BalasPadam
  7. Agaknya lepas ini akan ada pihak berkata" sudahlah, saya harap semua pihak usah ungkit dan cerita Teoh lagi, lagipun dia sudah pergi, biarlah dia pergi dengan aman. saya sebagai keluarganya harap janganlah dilukai perasaan mereka"... mungkin je...lepas ada tekanan pihak tertentu.

    BalasPadam
  8. ha padan la mu kena tahan ISA... org suruh dok diam2 mu dok gojoh..negara aman mu jadikan huru hara... padan ngan muka mu... kami yg tak pernah buat hal boleh aje hidup aman damai... cukup makan, cukup pakai... boleh tido lena... org yg tak tau bersyukur ngan ada aje yg rasa hidup dia tak aman... kalau rasa tak aman gi la hidup di israel or iran or iraq tu.. aman damai di sana utk korang

    BalasPadam
  9. kenapa tak cadangkan LIM GUan ENG ajer jadi Pengerusi SURUHANJAYA DIRAJA SIASATAN????

    BalasPadam
  10. Cadangan saya:

    Pengerusi : Lim Guan Eng
    T/Pengerusi ; Khalid Ibrahim
    Ahli-ahli : Shamsul AMK PKR
    Azmin Ali
    Tereesa Cock
    Elizabeth Eli
    PDO
    Mr Kolumpo
    Budak Kampong Online

    Pakar Rujuk : DSAI Al Juburi
    Nik Aziz
    Hj Hadi
    Karpal Singh
    Lim Kit Siang

    Setuju??

    kah..kah..kah..

    BalasPadam
  11. anon858,tekanan kat lubang jubbbbbbbbbbb,peraHHHHHHHHHHHHHHHH

    BalasPadam
  12. ANON 9.36 AKU SETUJU ,TAPI TAMBAH LAGI DUA ORANG YANG KENA REJECT,ADEK ANUAR,ZEEP(ZAID)IBRAHIM DAN CHUAH JU LING(mata juling)

    BalasPadam
  13. PDO.. pasai DNA tu ape la susah.. suruh la si nuar tu bawah DNA report dia sekali mase bicara.. comparekan.. pastu kalau ada keraguan.. boleh minta tunda.. awat hang lembab sgt ni.. nih.. satu lagi.. hang suka2 je kata rekod perubatan x pakai masa bicara.. weh.. PDO.. bicara pun belum jalan lagi weh.. hang main sauk je no.. hang kata ada cctv/video kan? haa.. tu yg patut kita tengok dan nilaikan sendiri.. uih.. x leh gak.. nanti hang mesti kata special efect.. hmm.. ha.. aku ada idea, nak membuktikan video tu guna efect, ape kata hang amik video tu nanti.. hang ejust la muka yg tgh menjolok tu jadi muka hang.. hang kan pandai men adjust2 ni..

    ni.. satu lagi, kalo hang dah x pecaya pada polis ka, mahkamah ka.. buat pa hang pi buat report kat polis stesen lagi.. masuk mahkamah lagi.. nak jugak lawan.. dah tau hang kalah.. buat pa nak lawan..

    pastu, hang x pecaya ngan spr.. bila menang, hang suka.. bila kalah.. pengundi hantu la.. spr tipu la..

    BalasPadam
  14. anon 4.56... betoi..betoi...betoi ... heheheee

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.