script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Liwat: Berita Terkini Dari Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya daripada pihak pendakwaan | Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata sampel DNA bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari tidak dibenar diserahkan kepada pihak pembela kerana ia sudah dimeterai selepas dianalisis Jabatan Kimia | Mahkamah menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan kes bagi permohonan membabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar dan perbicaraan utama kes itu.

Terkini, Anwar Menang Mohon Dokumen Bukti

KUALA LUMPUR [3.40 pm] - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela. Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen. Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan. Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu. Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas. Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008. Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya. Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar nanti.

[Kemenangan moral yang pertama buat Anwar dalam kes ini. Apapun, banyak lagi perkara teknikal yang perlu diperhalusi demi memberikan keadilan kepada beliau. Saiful nampaknya senantiasa "berdoa" siang malam, kononnya beliau berada di pihak yang benar. Walhal, beliau kini semakin gusar bila mana melihat Anwar menang bagi mendapatkan dokumen bukti. Makanya, apakah CCTV dan video penuh yang dikatakan adengan liwat itu bakal diperolehi atau mereka masih juga akan memuarbelitkan fakta ini. Harus diingat, Nizar juga pernah menang dalam kes MB Perak dulu, namun esoknya Mahkamah Rayuan menggagalkan semua itu. Akhirnya Zambry Kadir kini terus menjadi Menter Besar Perak].

Mohon Dokumen, Mahkamah Putus Petang Ini

KUALA LUMPUR [12.44 pm] - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan berkenaan. Hakim akan membuat keputusan ringkas petang ini tentang perkara itu.

[Apakah masih terdapat hakimm yang mempunyai maruah dan prinsip untuk mempertahankan keadilan serta undang-undang buat Anwar agaknya. Dalam kes ini, Anwar bukan lagi berhadapan dengan Saiful Bukhari Azlan. Sebaliknya beliau terpaksa berhadapan dengan Hakim dan Mahkamah, jika mereka jujur peluang untuk beliau bebas cerah. Namun, jika hakim dan mahkamah mengamalkan "Law Of The Jungle" maka kemungkinan besar Anwar bakal mendiami kembali Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini, jika tipu muslihat ini menjadi].

Sivarasa, Ada Cubaan Sembunyikan Bukti Kes

KUALA LUMPUR [11.32 am] - Perbicaraan hari ini bermula dengan peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad menyanggah dakwaan pendakwaraya Yusof Zainal Abiden yang kononnya mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pendakwaraya menyerahkan bukti kepada pasukan peguambela. Edmund menegaskan antara peranan utama mahkamah adalah menjamin hak tertuduh mendapatkan pembelaan yang rapi, terutama sekali apabila yang tertuduh mengheret pendakwaraya ke mahkamah kerana menyembunyikan bukti. "Pihak tertuduh berhak kepada semua bahan yang ada yang boleh membantu kes tertuduh, walaupun pihak pendakwaraya tidak menggunakan bahan-bahan itu dalam perbicaraan nanti," tegas Edmund. "Seseorang yang didakwa di bawah kesalahan jenayah harus di beri perbicaraan yang adil. Jika beliau tidak dapat di bicarakan secara adil, maka lebih baik dia tidak di bicarakan terus," tegas Amer Hamzah pula. Dalam penggulungan pasukan pembelaan menuntut pendakwaraya untuk tidak menyembunyikan bukti-bukti penting, peguam Sivarasa Rasiah (foto), menuduh pihak pendakwaan cuba menguburkan rekod yang menunjukkan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bersalah. "Risiko menyembunyikan bukti sepertimana yang berlaku dalam kes sukma Darwawan berlaku dalam kes ini. Lantas, permohonan ini adalah bagi menghalangnya dari berlaku, dan kita nampak tentangan jelas dari mereka," kata Sivarasa, lalu mengundang bantahan keras dari pendakwaraya Yusof Zainal Abiden. Pendakwaraya berkata mereka telah dan pernah menyerahkan dokumen kepada pasukan pembelaan, namun belum sempat Sivarasa bangun menjawab dakwaan Yusof itu, Hakim Zabidin Md Diah mencelah sebelum menangguhkan perbicaraan pada jam 10 pagi. Di luar mahkamah, Sivarasa berkata tentangan hebat dari Yusof kepada tuntutan klien beliau mengukuhkan dakwaan wujud konspirasi politik terhadap Anwar.

[Teori konspirasi dalam kes liwat ini semakin terserlah kini, pabila pendakwaraya mencari berbagai helah untuk menghalang Anwar mendapatkan dokumen berkaitan. Malah, hakim juga didapati meneruskan perbicaraan biarpun Anwar memohon untuk menggantikan Ketua Peguamnya yang kini sakit di HKL. Terlangsung dari itu, nampak benar sekarang bila dibicarakan kes liwat ini semakin mengarut dan kebenaran makin menjelma. Justeru itu, sama-samalah untuk kita berdoa agar mereka yang dizalimi akan selamat dari malapetaka ini. Soalnya siapa yang menjadi mangsa sekarang? Saiful Bukhari atau Anwar Ibrahim?].

Share:

10 ulasan:

  1. La, tangguh lagi...memang sahlah si al-juburi ni takut dan sedang dlm ketakutan yg amat sangat..spin, spi, putar, belit, putar belit alam DSAI Al-Juburi now and forever..Tangguh jangan tak tangguh, Sg Buluh sdng menunggu kedatangan Dato' Sri!

    BalasPadam
  2. Kata2 anda (nada menghina spt aljuburi) akan dipersoalkan nanti bila hayat anda STOP. Bersabarlah.

    BalasPadam
  3. Salam

    UMNO memang terlalu takut dengan Anwar sejak dulu lagi.. sebab tu nak hantar dia ke Penjara..

    Tapi ingat UMNO kamu akan berdepan dengan suasana yang tak tenteram seperti sebelum ini..silap PM Najib boleh hilang jawatan seperti Mahathir dan Pak Lah.

    -->

    Pada takde nama yang bacul tu.. stupid.u..!

    Mahkamah yang menangguhkan bukan Dato Seri...

    Apa cerita Najib yang sampai hari ni tak sanggup menyaman Majalah Asing yang mengaitkan Beliau dan Isterinya dalam Pembunuhan Altantuya..? Penakut ke..?

    Penyokong membuta tuli..

    Naruto kesian ahli UMNO sanggup dibodoh Najib..!

    BalasPadam
  4. Demi keadilan memang patut dan menjadi hak si al-juburi utk memperolehi salinan rakaman pita CCTV dan senarai akuan saksi dlm. kes ini. Demi kebenaran dan keadilan utk yg kena liwat jgnlah ada lagi tipu helah belit dan putar alam selepas ini. Nanti mintak tangguh lagi supaya barisan peguam si al-juburi ni boleh kaji selidik kesahihan rakaman CCTV itu. Lepas tu mintak tangguh lagi diatas sbb yg akan diumumkan kemudian. Kaji, selidik, kupas, telaah dan apa-apa saja bukti pihak pendakwa yg telah diserahkan. Semuga semua bukti-bukti tersebut akan jelas menunjukkan si al-juburi ni ada ditempat kejadian pada masa dan hari yg dikatakan. Tiba-tiba jelas nampak muka sial si al-juburi dlam pita tersebut. Kantoi! Dato' Sri!! Apa lagi helah selepas ni...jangan lama-lama sangat Dato' Sri hamparan merah dan kumpulan paluan kompang sdng menunggu Dato' Sri kat kandang lama di Sg Buluh...

    BalasPadam
  5. ..apasal si saiful tu tak tolak ja Dato'Sri masa dia nak menjuburi...kan dia dah tua...kalau jerkah pun silap2 Dato'Sri boleh kena heartattack.. Hai tak logik betul la...si muda belia tak boleh lawan si datuk tua..

    BalasPadam
  6. Masa dia ditahan tahun lepaih, Anwar enggan bekerjasama memberi sampel darah atau apa sekali pun kepada Hospital Kuala Lumpur. Dia takut pihak polis dapat kesan DNA dia yang sama dengan DNA air mani yang tertinggal di juboq Saiful. Tapi dia pi kelentong akhbar kata dianiaya. Penyokong Anwar melalut dok kata sampel DNA tidak boleh diberi cara paksaan.

    Komdian tu, Raja Petra hebah salinan laporan Pusrawi yang bocoq mengatakan tidak ada kesan liwat. Padahal Dr Osman tidak berkelayakan untuk ambik kes polis dan tidak mengikut prosedur perubatan. Macam biasalah depan dok kata konspirasi dan fitnah Saiful dan Najib macam-macam.

    Lepaih tu, Nuar mainkan cerita pasai semasa pembentangan Akta DNA kali pertama dan kedua. Biasalah dia kata Akta DNA adalah konspirasi kerajaan terhadapnya. Human Rights Watch pun ikut bodoh ikut menuduh. Padahal Akta tersebut telah dibuang Seksyen 24 lagi dan sebarang bukti DNA boleh dipersoalkan di Mahkamah. Kumpulan antarabangsa pun sama al bodohi!

    Tak habih tu, pihak peguambela Anwar dapat salinan laporan HKL dari pendakwa dan teghuih kokok kata laporan HKL pun tidak ada tunjuk kesan liwat. Ada siap kasi nasi tambah kata tiga-tiga pakar HKL pun seteju. Pelik sekali Cik, lani takdak pun laporan HKL tu dikasi bocoqkan ke Internet.

    Wayang terbaru Nuar pula buat flashback cerita lama tahun 1998-99. Dia kata Dr Zahari Noor HKL tidak iktiraf rekod DNA Anwar. Naik kepala dia bila laporan HKL diberi oleh pendakwa.

    Sebenaqnya keupayaan kajian forensik dalam DNA telah ada di Malaysia sejak tahun 1994 di bawah Jabatan Kimia dan mereka merupakan pakar forensik untuk Polis.

    Gelagat Anwar ni sebenarnya gelagat oghang dah kantoi, hilang modal dan dalam ketakutan. Dia boleh terus main wayang tetapi dia tau dia dah kantoi.

    Jika kita ingatkan balik ke 1998-99, ada satu pertuduhan terhadap Anwar dalam buku Khalid Jefri berjodol 50 Dalil mengatakan salah seorang anak Azmin adalah anak Shamsidar bersama Anwar. Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Shamsidar pun dengan sukarela beri sampel DNA untuk menentukan ayah dan ibu anak tersebut. Ini diperakui Anwar dalam satu kenyataan akhbar pada September 8hb, 1998. (Baca blog Conspiracy Theorist di sini.)


    KUALA LUMPUR, Wed. - Sacked Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today spoke of the possibility of him being charged in court but said he did not believe the Government has a concrete case against him......

    ....On the Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor's statement that he lied about DNA test, Anwar said his former private secretary Mohamed Azmin Ali and his wife and he (Anwar) and his wife had agreed to undergo the test, should the test conducted on Azmin and his wife proved inconclusive.

    "The test by Azmin and wife proved that they were the biological parents of the child and even the IGP had said it.

    "Since it had been proven, why should I have to undergo the test, I think the IGP should stick to his duty," said Anwar.

    Hasil kajian tersebut melepaskan Anwar dan Shamsidar dari tuduhan Khalid Jefri tetapi dia sudah terjerat.

    Anwar menerima hasil kajian pakar DNA Polis bernama Lim Kon Boon dan tidak langsung mempersoalkan hasil kajian Lim.

    Kemudiannya tidak pula. Lim juga adalah pakar yang sama menjumpai kesan DNA Anwar dan Shamsidar pada tilam yang dirampas polis dari Apartment Tivoli Villa. Rekod DNA yang diguna buat perbandingan adalah rekod DNA yang Anwar dan Shamsidar berikan dengan sukarela.

    Macam-macam dingata si Lim. Kalau pihak Anwar tolak kajian Lim berkenaan tilam, kenapa mereka tak tolak keputusan Lim mengenai anak Azmin? Kita konar sedikit.

    Berdasarkan fakta dari kes lama, rekod DNA Anwar adalah sah dan diberi secara sukarela. Rekod ini masih berada dalam simpanan polis. Kemungkinan besaq inilah rekod DNA yang digunakan untuk dibanding dengan DNA yang dijumpa di juboq Saiful. Oghang ramai lupa tapi Anwar ingat. Itu yang dia kalut macam kucing gersang.

    Sumber :http://theunspinners.blogspot.com/

    *Anwar semakin gelabah

    BalasPadam
  7. Kah...koh...keh... ada jugak geng-geng dungu yang percaya konspirasi najib nih. patut pun musa hasan dipanjangkan lagi kidmatnya...

    BalasPadam
  8. budak kampung ko ingat ko je lah yang pandai kat sini boleh belah la... hidup waris pahang. lepas ni boleh ganti PDO he he he...

    BalasPadam
  9. To waris pahang,ko cerita panjang2 tu buang masa aja,Kesimpulannya dalam kes liwat anwar pertama dulukan didapati anwar tak bersalah.Anwar masuk penjara pun Kononnya kes salah guna kuasa.Kau ni memang betul2 bengaplah.Kes mata lebam,siapa yang tumbuk?Rahim Nor pun dah mengaku... dan macam2lah.Lu pikirlah..Keh,keh..

    BalasPadam
  10. aku kecian juga kat naruto tu sebab dia dikencingkan oleh anwar...percaya bulat2 kat kawan2 yahudi tu... patutla namapun naruto...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.