
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 14 Julai ini dilihat bakal memberi kemenangan mudah kepada PAS. Statistik terkini yang PDO terima daripada pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa peratus sokongan rakyat terhadap PAS kini meningkat kepada 65%, manakala BN hanya 35% sahaja. Jika senario ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya ini nanti. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong kemenangan besar ini pasti akan berlaku. Antaranya ialah sikap "bangang" para pemimpin UMNO dan kerajaan BN yang "cakap tak serupa bikin". Malah, mereka masih terus mengalunkan "lagu rentak lama" di Manek Urai. Biarpun mereka tahu bahawa strategi itu bakal memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana pemikir dan penasihat pilihanraya yang langsung tidak boleh "berfikir secara waras" sebenarnya, maka mereka terus menerus menyajikan adengan yang sama tanpa mahu mengambilkira pandangan rakyat itu sendiri. Bukti jelas dapat dilihat dalam beberapa perkara. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita, apakah mereka sedar atau tidak segala apa yang dilakukan ini agaknya. Antara bukti jelas yang bakal membawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai ini ialah :-
Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat
Mutakhir ini, nampak benar pemimpin UMNO begitu kemaruk untuk menang di Manek Urai. Igauan badi kekalahan dalam hampir kesemua pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 lalu masih terpahat dalam ingatan. Bahkan, ia juga menyebabkan pemimpin UMNO dan BN menjadi "takut" serta "fobia" untuk berhadapan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya secara demokrasi. Lantaran itulah, mereka amat takut jika DUN Perak dibubarkan. Malah, mereka juga menjadi "dayus" dan "bacul" untuk berhadapan dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti sebelum ini. Memang sudah nasib badan, mahu atau tidak pilihanraya kecil Manek Urai perlu disertai bagi mengelakkan malu yang lebih besar. Dengan segala jentera pilihanraya yang ada, serta bantuan daripada SPR, PDRM, KEMAS, JASA serta lain-lain agensi yang diperalatkan sewenang-wenangnya oleh mereka itu pun mereka masih takut berhadapan dengan "suara rakyat". Akhirnya terpaksalah menggunakan strategi ampuh dan mudah dibaca iaitu "kebajikan buat rakyat". Kononnya "rakyat diutamakan", walhal semuanya itu hanyalah omongan kosong semata-mata. Malah tindakan Najib mengumumkan berbagai insentif buat rakyat semalam, jelas sekali bagi memancing undi pilihanraya kecil Manek Urai sebenarnya. Malah, sebelum itu Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihanraya Manek Urai juga telah membuat pengumuman yang sedikit melegakan rakyat. Iaitu berkaitan permansuhan PPMSI yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012. Ini semua adalah "gula-gula pilihanraya" yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat. Maka itu, kita yakin semua ini tidak akan memberi kesan yang positif buat UMNO. Malah, rakyat akan lebih benci kepada mereka kerana masih mahu "menipu" di depan mata, biar pun mereka tahu rakyat bukan semuannya boleh "dibutakan mata dan hati" seperti puak-puak UMNO karat itu sebenarnya !!
Media Arus Perdana Terus Lakukan Propaganda
Kekalahan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-12 lalu serta lain-lain pilihanraya kecil yang diadakan selepas itu jelas sekali berpunca daripada kerakusan media arus perdana. Media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Media Prima, RTM dan sebagainya adalah menjadi punca utama rakyat menolak mereka. Paparan yang keterlaluan dan amat menjijikkan itu, bukan sahaja mengundang kemarahan rakyat yang "bijak berfikir". Malah ianya juga telah menyebabkan mereka semakin benci dan merasa terhina jika terus menyokong pakatan "karat dacing" Barisan Nasional itu. Propaganda yang berlebihan seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat jelas sekali tidak disenangi oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Hasilnya, mereka sepakat untuk menolak kerajaan yang tidak adil serta "double standard" ini. Sangkaan kita, peranan yang dimainkan oleh media arus perdana itu adalah yang terakhir ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batai Ai beberapa bulan yang lalu. Namun segalanya kini bagai satu igauan ngeri sekali lagi buat BN. Ini kerana, media arus perdana terus diperjudikan untuk memastikan rakyat menyokong mereka. Walhal, rakyat sebenarnya sudah jelek dan muak untuk "memangkah" BN buat selamanya. Inilah yang menggusarkan puak-puak UMNO sebenarnya. Mereka sudah ketandusan "senjata di medan perang". Biarpun mereka tahu senjata itu bakal makan tuan, namun digunakan juga kerana itulah satu-satunya senjata yang dapat mengekang asakan musuh. Hasilnya, bukankah sudah kita ketahui sejak dulu, kini dan selamanya. Rakyat sudah tidak boleh termakan dengan berita yang sungguh memualkan oleh media arus perdana. Berita yang berat sebelah serta lebih banyak memberi "kredit" kepada UMNO dan BN itu amat dibenci oleh rakyat. Mereka melihat keadilan tidak berlaku, sebaliknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya membiarkan ia terjadi. Maka kini di Manek Urai, senario yang sama berlaku. Justeru itu wajarlah BN tewas atas faktor ini dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Projek Mee Segera Terus Disajikan Buat Rakyat
Ini satu lagi faktor yang bakal menjadi penyumbang besar kepada kejatuhan BN di Manek Urai sebenarnya. Mereka seolah-olah lupa tatkala menjelangnya pilihanraya umum ke-12 lalu, faktor inilah yang memakan diri. Sajian kononnya Awang Adek Hussin akan ditabalkan sebagai Menteri Besar Kelantan, jika BN menang menjadi salah satu faktor yang menjurus ke arah ini. Tambahan pula Awang Adek dengan bangganya melaungkan berbagai tawaran projek pembangunan buat rakyat Kelantan ketika itu. Tidak cukup dengan itu, menantu Pak Lah si Khairy Jamaluddin juga turut menyerang dengan kempennya untuk menarik seberapa ramai generasi muda rakyat Kelantan di Lembah Kelang agar balik mengundi. Tidak cukup dengan itu disediakan bas percuma serta elaun perjalanan hingga mencecah RM500 untuk satu kepala. Namun ternyata, pendekar UMNO itu dan Awang Adek akhirnya tersungkur jua. Bukan sahaja BN kehilangan majoriti kerusi di DUN. Malahan Awang Adek sendiri akhirnya "dikapankan" di kawasan beliau. Ini memberi tamparan serta malu besar UMNO kepada pimpinan PAS di Kelantan. Namun, anehnya mereka hanya tersedar buat sementara waktu sahaja. Sebaliknya, mereka kembali mengikut cara lama selepas setahun berlalu. Tawaran projek pembangunan terus dicurahkan buat rakyat dan pengundi di Manek Urai. Malahan Mustapa Mohamad, Menteri UMNO dari Kelantan sendiri menyatakan bahawa BN tidak pernah mungkir janji dan telah menawarkan projek pembangunan sehingga mencecah lebih RM20 juta jika BN dipilih rakyat. Tidak cukup dengan itu, tawaran demi tawaran terus dilakukan. Pemimpin UMNO seolah-olah "gila meroyan" dan takut dengan "badi kekalahan" hingga akhirnya TPM, Muhyiddin Yassin, sendiri sanggup menjanjikan sebuah jambatan baru akan dibina menggantikan jambatan lama di Kampung Manik Urai Lama, sejurus BN memenangi kawasan itu. Malah PM Najib Razak juga ada mencabar MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyenaraikan projek pembangunan untuk rakyat yang telah dijalankan oleh PAS selama mereka memerintah negeri itu. Wal hasil balik asal, nampaknya "projek mee segera" yang pernah "diberi amaran" oleh Najib Razak ketika di Bukit Gantang dulu rupanya kini sudah mula datang pula ke Manek Urai.
Kawalan Keselamatan Yang Terlalu Melampau
Senario ini sebenarnya dapat dilihat ketika pilihanraya kecil Kuala terengganu yang mana dimenangi oleh calon PAS di situ. Tindakan pihak polis yang dikerah untuk memantau pilihanraya dalam angka anggota yang cukup besar telah menimbulkan keraguan dan syak wasangka dikalangan rakyat. Malahan mereka juga merasa amat takut seolah-olah satu peperangan akan berlaku di kawasan mereka. Tindakan yang melampau dan keterlaluan ini pula seolah-olah dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Biarpun terdapat banyak laporan tentang perkara ini, namun mereka sengaja memekakkan telinga. Malah, SPR dilihat lebih cenderung menyokong UMNO dan BN berdasarkan kepada tindak tanduk mereka. Hasilnya rakyat menjadi benci kepada UMNO dan BN, malah semua agensi yang terbabit. Sangkaan kita, ini tidak akan berlaku di Manek Urai. Rupanya tidak, malah keadaan di Manek Urau lebi dasyat lagi dari lain-lain tempat. Ia berikutan tindakan pihak polis yang menggunakan kawad berduri bagi menghalang para penyokong parti menyerbu pusat pencalonan baru-baru ini. Bukan setakat kawad berduri, malah turut dilihat mundar-mandir ialah kenderaan tentera untuk pergi berperang iaitu "kereta perisai". Soalnya, apakah motif semuanya ini dilakukan?. Berapa banyak wang rakyat dibazirkan untuk itu?. Bukankah peristiwa yang berlaku di Manek Urai ialah pilihanraya dan bukannya peperangan !! Langkah menghantar terlalu ramai anggota polis, dilihat bertambah mengganggu kelancaran proses pilihanraya itu sebenarnya. Justeru, rakyat juga semakin ketakutan dan janggal melihat apa yang berlaku di depan mata mereka. Hasilnya, rakyat sudah pasti akan membuat undi protes dan memangkah parti yang benar-benar dilihat boleh membawa aspirasi mereka daripada memilih sebuah parti yang ganas dan tidak bertamadun seperti itu.
[Sebenarnya banyak lagi faktor utama yang boleh menjurus ke arah kemenangan yang lebih besar buat parti PAS di Manek Urai ini. Anehnya, puak-puak UMNO dan BN seolah-olah gagal membaca segala apa yang tersirat ini. Mereka terus membuat tindakan yang jelas menyebabkan rakyat bakal menolak mereka. Pemikiran mereka masih ditakuk lama. Bagi mereka pembangunan adalah segala-galanya. Walhal bukanlah itu yang dimahukan sebenarnya. Pembangunan, jika ia lebih banyak membawa kerosakan dan kemusnahan sebenarnya bakal menjerat pihak terbabit. Sudah cukuplah dengan momokan pembangunan dan taburan wang ringgit yang dihulurkan kepada mereka selama ini. Apa yang penting, mereka mahu melihat supaya Islam itu akan diangkat dan bukannya tempelan semata-mata. Buat rakyat di Manek Urai, beringatlah sebelum keluar mengundi pada 14 Julai 2009 ini, pastikan PAS senantiasa dihadapan].
Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat
Media Arus Perdana Terus Lakukan Propaganda
Kekalahan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-12 lalu serta lain-lain pilihanraya kecil yang diadakan selepas itu jelas sekali berpunca daripada kerakusan media arus perdana. Media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Media Prima, RTM dan sebagainya adalah menjadi punca utama rakyat menolak mereka. Paparan yang keterlaluan dan amat menjijikkan itu, bukan sahaja mengundang kemarahan rakyat yang "bijak berfikir". Malah ianya juga telah menyebabkan mereka semakin benci dan merasa terhina jika terus menyokong pakatan "karat dacing" Barisan Nasional itu. Propaganda yang berlebihan seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat jelas sekali tidak disenangi oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Hasilnya, mereka sepakat untuk menolak kerajaan yang tidak adil serta "double standard" ini. Sangkaan kita, peranan yang dimainkan oleh media arus perdana itu adalah yang terakhir ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batai Ai beberapa bulan yang lalu. Namun segalanya kini bagai satu igauan ngeri sekali lagi buat BN. Ini kerana, media arus perdana terus diperjudikan untuk memastikan rakyat menyokong mereka. Walhal, rakyat sebenarnya sudah jelek dan muak untuk "memangkah" BN buat selamanya. Inilah yang menggusarkan puak-puak UMNO sebenarnya. Mereka sudah ketandusan "senjata di medan perang". Biarpun mereka tahu senjata itu bakal makan tuan, namun digunakan juga kerana itulah satu-satunya senjata yang dapat mengekang asakan musuh. Hasilnya, bukankah sudah kita ketahui sejak dulu, kini dan selamanya. Rakyat sudah tidak boleh termakan dengan berita yang sungguh memualkan oleh media arus perdana. Berita yang berat sebelah serta lebih banyak memberi "kredit" kepada UMNO dan BN itu amat dibenci oleh rakyat. Mereka melihat keadilan tidak berlaku, sebaliknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya membiarkan ia terjadi. Maka kini di Manek Urai, senario yang sama berlaku. Justeru itu wajarlah BN tewas atas faktor ini dalam pilihanraya kecil itu nanti.Projek Mee Segera Terus Disajikan Buat Rakyat
Kawalan Keselamatan Yang Terlalu Melampau
[Sebenarnya banyak lagi faktor utama yang boleh menjurus ke arah kemenangan yang lebih besar buat parti PAS di Manek Urai ini. Anehnya, puak-puak UMNO dan BN seolah-olah gagal membaca segala apa yang tersirat ini. Mereka terus membuat tindakan yang jelas menyebabkan rakyat bakal menolak mereka. Pemikiran mereka masih ditakuk lama. Bagi mereka pembangunan adalah segala-galanya. Walhal bukanlah itu yang dimahukan sebenarnya. Pembangunan, jika ia lebih banyak membawa kerosakan dan kemusnahan sebenarnya bakal menjerat pihak terbabit. Sudah cukuplah dengan momokan pembangunan dan taburan wang ringgit yang dihulurkan kepada mereka selama ini. Apa yang penting, mereka mahu melihat supaya Islam itu akan diangkat dan bukannya tempelan semata-mata. Buat rakyat di Manek Urai, beringatlah sebelum keluar mengundi pada 14 Julai 2009 ini, pastikan PAS senantiasa dihadapan].







BN Menang atau kalah tak menjadi apa2 hal pun. Bila PAS menang baguslah. Teruskan perjuangan utk kemunduran. Teruskan perjuangan utk kemiskinan minda, sikap dan hati nurani yg telah diracuni oleh pessimis ugama pimpinan Nik Aziz. Teruskan kehidupan ditakok lama style Nik Aziz. Memang PAS akan menang. Tapi kemenangan yg tidak membawa apa2 erti disegi pembangunan insan. Namun kemenangan nanti besar ertinya utk imej PAS tapi tanpa kredibiliti. Selamat maju jaya utk penduduk MU. Teruskan perjuangan. Teruskan cara kehidupan a la PAS, ceramah pagi petang siang malam. Sembahyang hajat, sembahyang sunat, sembahyanglah 24jam 365 hari dlm. setahun. Lepas tu buatlah kerja-kerja fitnah, mencari kesalahan orang, mencaci, maki hamun, dan sbgnya. Itulah Islam sbg cara hidup yg dipelopori oleh Nik Aziz, ulama sesat dan kurafat.
BalasPadamsokong sokong sokong pas akan menang sebab pas tak suka pembangunan. macam katak bawah tempurung. macam jugak puak puak dia suka mencaci dan maki hamun. tak percaya tanya PDO.
BalasPadamAnon Said 9.22am tu gila babi ke apa.Cakap pasal pembangunan insan.mu reti ko gapo dia pembangunan insan tu.Dari perspektif umno pembangunan insan tu membawa makna boleh melakukan apa saja atas muka bumi ini tanpa melihat halal haram hentam brono.rasuah tipu main betina main blkg arak judi makanan kaum umno islam haduri.
BalasPadamOrang gila mcm mu nih tk rasa apa nk hina tok guru kerana org gila tidak ada perasaan dan hukum tk wajib solat bg kaum gila.
Semoga allah merahmati kamu wahai si gila babi
hai cantek nya bahasa, meroyan,itulah, bahasa orang 2 riak ,kita kalah atau menang orang melayu akan terus kita bantu,orang kampong manit urai,tidak tahu apa 2,biasa mereka akan tertipu dengan hujah2 pindato nik aziz,harap2 rakyat dah sedar,kita doa kemenangan berpihak kepada kita
BalasPadamPembangunan insan versi umno vs pembangunan insan bersi pas amat jauh berbeza. umno nk bangunan tinggi tinggi pencakar langit milik si mata sepet belaka dan melayu hanya jd tukang baiki kasut di kaki lima.
BalasPadamPembangunan insan pas tidak memerlukan kita hidup di celah celah bangunan cakar langit tp lbh menitik beratkn sahsiah peribadi murni. tk blh makan rasuah tk blh menipu menitik berat solat 5 waktu melebihi yg lain.
Menggunakan wang negara secara berhemah mengelak dari projek mee segera bina stadium atau bangunan yg tahan 8 bulan dan runtuh.Segala perancangan projek utk kepentingan umum bkn utk menguntungkan 2-3 kerat kroni.
Aku rasa anon mabuk atas tu gila meroyan umno tk kasi duit projek kot sebab tu merapu mengata tok guru dan kemungkinan solat sembah patung umno hadari
Rahmat allah ke atas pembela BN semoga anda sentiasa dalam rahmat ilahi.
BalasPadamTiada tok guru atas muka bumi ni berkemungkinan jenazah hang pun tk tahu siapa nk tanam.maybe mintak tolong dato jib mandi kapan dan solat jenazah. kemudian talkinkn sekali.
Syukurlah kita masih ada tok guru yg sudi menguruskan hal kifayah yg tidak mungkin ada dlm minit mesyuarat BN. Yang ada cuma projek jutaan ringgit.
Jika tiada org nk talkinkan kamu dari pihak BN mintaklah tok guru kami baca talkin kami sedia menjalankan tugas kifayah ini buat sebagai memuliakn cucu adam tk kira dari mazhab apa
Pembela BN lama tak kedengaran. Apa kabar Bro? Diharap jadilah seorang pembela yg adil (bukan parti PKR). Teruskan perjuangan!
BalasPadam"Jadilah pembela kepada kebaikan jgn sesekali menjadi pembela kepada kemungkaran yg nyata"
BalasPadamwah!!! isuinilah yg di tunggu-tunggu Oleh penyokong.. UmpunO di PDO!!
BalasPadamharap mereka terhibur.. bila crita sepol x kuarzzzz
hehehe...
bang your head!!
Kita berdoa kepada mereka yang berhati material dunia, tiada iman, tidak solat, memandang rendah pada Solat kepada Allah, memandang rendah kepada pejuang Al-Quran & Sunah ,ustaz, tok guru agar diberikan petunjuk terbuka hati ke jalan Allah.Dunia hanya Ujian.
BalasPadamCepat-cepat taubat. Islam For ALL.Membangun Bersama Islam..
Alhamdulillah.
kami pun tahu macam mana nak nilai,ulamak ,ustaz dan tuan guru,minta maaf, kami hormat nik aziz,tapi dia adalah tuan guru bagi orang2 pas,bukan untuk kami,ALLAH JADI KITA NI BERKELOMPOK2,TUAN GURU YANG KAMI IKUT ADALAH GURU YANG LEMAH LEMBUT DALAM PERTUTURAN ,BUDI BAHASA YANG BAIK,MENYAMPAI YANG BENAR,TIDAK MENGHUKUM,BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN DAN TIDAK RIAK DAN TAK SUKA BERGADOH DAN INGIN MELIHAT PERPADUAND SESAMA ISLAM ,DAN WARISAN NABI,ITU LAH ULAMAK KAMI,BUKAN NIK AZIZ,MENYUSUN SEPULOH JARI MINTA MAAF ,BUKAN NIK AZIZ,terima kaseh pembela bn akan membela bn habisan2,kerana jasa bn begitu besar kepada negara di mana orang2 pas ,pkr,dap dan lain turut menumpang tuah,hidupku untuk allah dan islam dan raakyat malaysia
BalasPadamSubhanallah aku kagumi ucapan pembela bn yg luhur dan murni hidup utk allah dan islam dan negara.
BalasPadamSiapakah nama ulama dan tok guru yang jadi ikutan pembela bn.bolehkah ana sebagai saudara seagama islam ini nk tahu.
Sebagai saudara seagama ana terpanggil utk belajar dan menuntut ilmu dari ulama dan tok guru yg blh memberi ilmu berguna dan membawa kita semua ke jalan di redhai.
Jika tk keberatan blhlah ana turut belajar dan berguru bersama tok guru tuan pembela bn itu.
sekian,
yang kerdil lagi kudus,
saudara seagama islam.
Untuk santapan minda pembela BN bahawa Tok Guru Nik Aziz mengajar agama setiap pagi jumaat di perkarangan bandar kota baru kepada semua muslimin muslimat tk kira tua muda umno pas dap mic mca gerakan asal mereka islam dan juga yg berminat kepada islam ingin duduk dlm majlis ilmu bersama. tiada sempadan dlm menuntut ilmu tiada sekatan parti tiada bayaran dan segalanya berlaku atas ketentuan allah.
BalasPadamMereka semua datang berduyun-duyun dari serata ceruk daerah kampung semata- mata utk menambah ilmu, ilmu yg tiada wajib di tuntut hingga ke liang lahat. Tidak pernah di sebut oleh Tok Guru bahawa org umno di larang mendengar syarahannya. polis tidak akan tangkap anda semasa mendengar ceramah agama tok guru setiap pagi jumaat di bandar kota baru.
Justeru kepada pembela BN datanglah bersama-sama kami semua demi agama dan negara kita pakat dengar ilmu agama dari tok guru mudah mudahan kita semua diberkati dirahmati dan mati dalam keadaan beriman.insyallah
tak faham ke ,nik aziz bukan ulamak saya,dia ante punya guru ,tak payah nak tahu siapa guru saya,masing2 akan bertanggong jawab atas diri sendiri terhadap allah swt,allah suka pada orang yang berahsia tentang ibadahnya,saya tak mahu menjadi orang yang riak,terima kaseh,saya takkan layang kehendak saudara,maaf,hanya saya berdoa agar tuan, berada di jalan yang benar,dan taatlah kepada tuan guru nik aziz, saya hanya taksub kepada nabi mohammad s.a.w amin
BalasPadamsokong!!!
BalasPadamhidup PEMBELA RM!!!eh
salah PEMBELA BN!!!!..
ada baiknya ko guna nick pembela AGAMA... bukannya n. pembela BN...
Nampak sgt ko nie jnis materialistik... as penjilatzz
hai taksub pada nabi mohammad s.a.w..pun dianggap penjilat dan materialistik,terima kaseh dan alhamdulillah tiada maki hamun daripada ku ,malah rahmat allah bagi mu farock bukan nama sebenar,syukaran
BalasPadamterima kasek anon 3.20 kerana membela,memang benar,pembela bn hanya taksub pada nabi mohammad s.a.w,bukan pada najib atau muhayyudin,hanya allah sahaja yang ku cinta
BalasPadamterima kaseh anon 3.20 kerana membela saya,pembela bn memang taksub pada nabi mohammad s.a.w,tak taksub pada najib hanya sokong perjuangannya,aku hanya cinta pada allah
BalasPadamTakpelah jika pembela bn tk nk cakap siapa nama guru pembela. Mintak mintak jgn berguru dgn iblis dan syaitan kerana keduanya nyata musuh allah yg nyata.
BalasPadamBerbalik kita kepada agama islam yg suci. kita di ajar utk tidak taksub atau sembah yg lain selain allah. Hatta nabi besar kita jua hanya sebagai rasul allah penyampai kebenaran kepada seluruh umat. Jadi agak tidak betul jika pembela jd taksub pada nabi. juga saya tidak taksub pada tok guru. tok guru ana juga nabi sbg penyampai kalimah allah utk kita jadikan pedoman hidup di dunia menuju akhirat dgn jayanya.
tkpelah pembela nk rahsiakan siapa nama guru anda. satu yg saya suka ttg anda ini iaitu suka melakukan ibadat secara diam diam tidak heboh kat orag tidak riak itu amalan yg baik dan tok guru kita semua ajar jgn riak krn riak akan memakan amalan kita jd zero pahala.
kesimpulan buat pembela taksub hanya pada allah taat hanya pada allah jua.tokguru hanya manusia begitu juga nabi manusia mcm kita jua. mengucaplah jika anda tersasul kata tersalah belajar ilmu jgn sampai murtad wahai saudaraku
tok sahlah nak mengajar,memang kamu tak mahu faham dan suka menhukum.pahamtak nik aziz bukan guru ku itu saja, cuba hormat hak orang,tak da siapa yang nak murtad,nampak hang marah kerana aku tak terima nik aziz ,tak aku takan terima dia dan takan layang kamu lepas ni teriam kaseh,i have already makes my stand tq,tutup bicara
BalasPadamok saudara seagamaku sekian tutup bual bicara. semoga saudaraku didalam rahmat tuhan sentiasa.assalamualaikum saudara islam ku...
BalasPadamberlumba-lumbalah kita mengejar ilmu agama sehingga ke liang lahat.
Berhati-hati memilih tok guru kerana guru yg elok membawa berkat guru yg songsang membawa rebah
BEst gak.. Dengar Pembela BN beceramah...
BalasPadamnak.. lagi... Nak Lagi... RM.. RM...
terima kaseh,memang impianku pas dan umno boleh berbicang untuk raakyat malaysia,hanya dua parti ini saja yang boleh menjaga islam ,negara dan bukan bumi putra,aku tetap hormat nik aziz
BalasPadam"Pembela BN" ana ingin bangat tahu siapakah nama tok guru tempat pembela belajar agama.
BalasPadamhey tawau ,nanti marah orang sabah,sana pr bungkus tau
BalasPadampembela bn,jangan layang dah,,,tak ada kesudahan,mereka terusek dengan bicara mu ,betul kita taksub pada nabi dan cinta pada allah,dan bukan pada tuan guru jangan layang
BalasPadamTidak kurang islamnya kalau tidak berguru dgn TGNA. Dan tidak keterlaluan juga utk mengatakan tahap ilmu ulama lain pun sama, malah ada yg lebih tinggi dan hebat lagi dpd TGNA dimana mereka ini bukan dari orang-orang politik. Tanyalah yg bukan islam mengapa mereka sangsi tentang islam dinegara ini. PAS dgn pendekatan islamnya dan UMNO pun dgn pendekatannya sendiri. Diantara mereka yg mana lebih rasional dan boleh diterima pada pandangan mereka. Keikhlasan dan kelembutan pada wajah-wajah ulama dgn nilai ilmu pengetahuan yg amat tinggi adalah sumber inspirasi dan tarikan yg amat hebat sekali. Malangnya ciri-ciri tersebut sangat jarang ada pada ulama politik dinegara ini. Mohon maaf kerana ingin dikatakan disini bahawa TGNA lansung tidak ada ciri ciri yg tersebut diatas. Jadi TGNA hanyalah seorang ulama politik yg disanjungi oleh pengikut-pengikut PAS sahaja.
BalasPadamTuan Guru disini bukan nya tuan guru nik aziz saja.kenapa sempitkn pemikiran anda dgn mengatakan kami taksub pada TGNA. dalam dunia ini sejak dari kecil sampai dewasa kami berguru dgn ramai tok guru bkn TGNA saja.Amat malang bg pengikut parti selain pas menamatkan fikiran mereka dgn TGNA.
BalasPadamMengapa bukan islam sangsi dgn islam.jawabnya kita tidak mengamalkn islam secara menyeluruh.kita amalkan islam secara sikit sikit. cth mudah jika amal rasuah tu haram dn tidak baik dlm semua agama pun. jika kita sbg negara islam jadikan rasuah ini sbg amalan mcmmana kaum bkn islam nk percayakan malah terlalu sangsi betul ke islam ni molek baik utk di ikuti. cth satu lg bila cina baca quran sikit terjemah agak kurang jelas terus kita kata mana blh kafir baca quran. adakah ini cara islam didik kita.
Bagaimana kita nk tarik kaum lain utk dekati islam sdgkn kita sendiri menjauhkan mereka dari islam malah kita sendri sbg org islam nk baca quran sekali sebulan pun susah.
Agama islam juga bukan dinilai dari pandangan logik akal atau rasional semata mata. agama islam berlandaskn nas dan hadis sahih. Jika kita rasa kaum lain menilai islam dari logik akal anda silap kerana kita berpandukan hukum dan amalan.
Jika TGNA ulama politik mengapa beliau masih tinggal di rumah biasa bkn istana tersergam indah sebagaimana org politik dlm umno yg hidup dlm serba kemewahan kediaman selayak dipanggil istana.
Mengapa anda masih tidak guna akal dan pandangan mata anda utk menilai siapa ulama politik dan siapa pemimpin politik yg tiada kepentingan diri dlm berpolitik.
TGNA berpolitik bukan atas kemahuan hati tp kerana tanggungjawab yg dia terima dari pimpinan pas negeri yg mahukn dia memimpin. Saidina abu bakar sendiri pernah berkata "aku bukanlah yg terlebih baik dari kamu, malah aku lah yg terlebih tanggungjawab menjadi pemimpin, terlalu beratnya jd pemimpin bkn setakat nk kaut kekayaan tp jika tidak kerana dia di angkat dari kaumnya tidak akan sekali kali dia bersedia menjadi khalifah islam pertama.begitu jua dlm situasi TGNA sbg menteri besar kelantan.
Jika tidak fikirkan tanggungjawab rakyat letakkan pada beliau sudah lama dia jd org kg biasa mengajar di po0ndok buruk beliau.tk perlu fikir hal negeri hal rakyat.rumah kediaman sekadar biasa.
Mengapa masih ada manusia yg dengki dan hasad melihat kesederhaan TGNA dlm merencanakan tugasnya berapa byk TGNA membolot hasil negeri utk kekayaan keluarganya dan berapa byk TGNA mengumpul harta sepanjang jd MB kelantan. Bolehkah saudara di atas hujahkan disini biar rakyat tahu siapa ulama politik sebenar siapa ulama merapu dan siapa ulama mengajak manusia buat baik tinggal kejahatan
Gempar! Nik Aziz pun jutawan!! Tak percaya tengok sini:
BalasPadamhttp://www.pisau.net/2009/07/manek-urai-pas-tok-guru-kaya-rayarakyat.htmlmpar!
Masyaallah, kena tipu rakyat kelantan agaknya!!
Fasal media perdana buat propaganda tu tak guna kita komplen. Sebab itu kerja dia. Semua bos kat tempat tu dipilih drpd orang2 yg soheh setia kepada pemimpin Umno. Jika dah gitu, buat apa kita baca atau tonton media itu?
BalasPadamWow,some gifts 2 celebrate ur 100 days in office
BalasPadamDiscount this,discount that
Actually,these gifts should be applauded
However,PM Najib,the rakyat will really applauded u if u announce tough new measures 2 curb rising crime rate,steps 2 reform the judiciary n put an end 2 "money politics"
Then again,it might just be another classic case of "No Action,Talk Only".