KUALA LUMPUR [12.54 pm] - Anak lelaki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan Polis Diraja Malaysia, Komisioner Koh Hong Sun, terbunuh dalam kebakaran di apartmennya di Mont Kiara Bayu di sini pagi tadi. Mangsa berusia 22 tahun maut dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa ditemui di ruang balkoni apartmen 32 tingkat itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian.[Warga kerja dan krew-krew Pahang Daily Online mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kecelakaan yang berlaku ini. Semoga Komisioner Koh Hong Sun dapat menerima segalanya dengan sabar dan tetap tabah meneruskan tugasan beliau selepas ini].
[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan