script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Berita Terkini Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Ramai Pengundi Muda Di Perantauan Pulang

KUALA KRAI [12.20 pm] - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi UMNO ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir. Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama. Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi. Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria. Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.

Setakat Jam 11, 57.6% Sudah Keluar Mengundi


KUALA KRAI
[11.30 am] - Sehingga jam 11 pagi ini, seramai 7,085 pengundi atau 57.6 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada jam 8 pagi berjalan lancar. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dekat sini, dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 8 malam ini.

Peluang Bagi PAS Menang Kini Semakin Cerah

KUALA KRAI
[10.25 am] - Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah. Beliau berkata, setakat ini, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan petugas parti mendapat sambutan ramai pengundi. “Peluang menang cerah bagai bulan purnama,” katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 tadi.

Panas, Penyokong BN Dan PAS Bertikam Lidah


KUALA KRAI
[9.45 am] - Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka. Penyokong PAS yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir. Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong PAS yang datang memarahi penyokong BN.

15.7% Pengundi Sudah Tunaikan Tanggungjawab

KUALA KRAI [9.15 am] - Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berjalan lancar dengan 1,932 pengundi atau 15.7 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi.

Proses Undi Pilihanraya Manek Urai Bermula

KUALA KRAI
[8.32 am] - Proses mengundi bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bermula tepat jam 8 pagi tadi di sembilan pusat mengundi. Seramai 12,268 pemilih berdaftar berpeluang untuk memilih wakil rakyat baru mereka. Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, ditentang calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.


Warga Manek Urai ke pusat pengundian untuk tunaikan tanggungjawab

Kesesakan teruk berlaku di sepanjang jalan masuk ke pusat pengundian


Calon PAS Mohd Fauzi dan Isteri bermesra dengan pengundi Manek Urai

Makin Panas, penyokong PAS dan BN bertikam lidah antara satu sama lain


Share:

10 ulasan:

  1. Nik Aziz pun kaki RM jugak.....
    Nak bukti, tengok sini;

    http://www.pisau.net/2009/07/manek-urai-pas-tok-guru-kaya-rayarakyat.html

    Jangan nak mengata-ngata lagi!! Bila kena batang hidung, terkedu lidah jadi kelu..

    Buktikan Nik Aziz tak suka $$$RM RM RM!!, sila buktikan.......

    BalasPadam
  2. Anon 10.00
    tapi Kt tak bleh percaya ARTIKEL tu...

    Bcoz rakyat Kelantan X kisah sgt APSAL Umno Plak.. Yg tehegeh2...

    klu menteri BN wat rumah MEROMPAK duit rakyat... tu pasal.. RAKYAT bising...

    Tiada Aedes Tiada Denggi.

    BalasPadam
  3. Dah agak dah. Bila kena puak2 demo mesti tak mengaku punyer!! dakyahlah, propogandalah, fitnahlah, macam-macam lagi penafian..Bukti dah jelas..fikirkanlah, lapangkan dada, buka minda, lapangkan hati..terimalah hakikat bahawa TGNA pong millionaire jugok mace puok2 UMNO. Tolonglah jangan hanya nak aibkan orang, diri sendiri ape kurangnya!!!

    BalasPadam
  4. Kah... Koh...Keh.... Baru dapat RM300 di manek urai... sipemberi dari golongan warna biru..

    BalasPadam
  5. ambik je la budak kg. kalau rase duit tu haram tabur je kat tengah jalan tu dan laungkan BN rasuah, BN rasuah!

    BalasPadam
  6. org pas kalau kena kat depa semua tak ngaku...tok guru tu bagi depa masuk syurga...tu yg boleh dok ikut jilat pungkok tu

    BalasPadam
  7. eleh..bodoh!!klu xde duit camne nak idup??sengal!!ckap tok guru aku plak y gila duit,BN asik rasuah orang je ko x nampak..bukak mata hati sikit bro...

    BalasPadam
  8. eleh..bodoh!!klu xde duit camne nak idup??sengal!!ckap tok guru aku plak y gila duit,BN asik rasuah orang je ko x nampak..bukak mata hati sikit bro...

    BalasPadam
  9. yeah!!!pas menang...weak!!BN kalah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.