KUALA KRAI [12.20 pm] - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi UMNO ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir. Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama. Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi. Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria. Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.Setakat Jam 11, 57.6% Sudah Keluar Mengundi
KUALA KRAI [11.30 am] - Sehingga jam 11 pagi ini, seramai 7,085 pengundi atau 57.6 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada jam 8 pagi berjalan lancar. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dekat sini, dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 8 malam ini.
KUALA KRAI [10.25 am] - Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah. Beliau berkata, setakat ini, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan petugas parti mendapat sambutan ramai pengundi. “Peluang menang cerah bagai bulan purnama,” katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 tadi.
Panas, Penyokong BN Dan PAS Bertikam Lidah
KUALA KRAI [9.45 am] - Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka. Penyokong PAS yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir. Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong PAS yang datang memarahi penyokong BN.
15.7% Pengundi Sudah Tunaikan Tanggungjawab
KUALA KRAI [9.15 am] - Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berjalan lancar dengan 1,932 pengundi atau 15.7 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi.
Proses Undi Pilihanraya Manek Urai BermulaKUALA KRAI [8.32 am] - Proses mengundi bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bermula tepat jam 8 pagi tadi di sembilan pusat mengundi. Seramai 12,268 pemilih berdaftar berpeluang untuk memilih wakil rakyat baru mereka. Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, ditentang calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.







Nik Aziz pun kaki RM jugak.....
BalasPadamNak bukti, tengok sini;
http://www.pisau.net/2009/07/manek-urai-pas-tok-guru-kaya-rayarakyat.html
Jangan nak mengata-ngata lagi!! Bila kena batang hidung, terkedu lidah jadi kelu..
Buktikan Nik Aziz tak suka $$$RM RM RM!!, sila buktikan.......
HIDUP BARISAN NASIONALL!!!!!!!!!!
BalasPadamAnon 10.00
BalasPadamtapi Kt tak bleh percaya ARTIKEL tu...
Bcoz rakyat Kelantan X kisah sgt APSAL Umno Plak.. Yg tehegeh2...
klu menteri BN wat rumah MEROMPAK duit rakyat... tu pasal.. RAKYAT bising...
Tiada Aedes Tiada Denggi.
Dah agak dah. Bila kena puak2 demo mesti tak mengaku punyer!! dakyahlah, propogandalah, fitnahlah, macam-macam lagi penafian..Bukti dah jelas..fikirkanlah, lapangkan dada, buka minda, lapangkan hati..terimalah hakikat bahawa TGNA pong millionaire jugok mace puok2 UMNO. Tolonglah jangan hanya nak aibkan orang, diri sendiri ape kurangnya!!!
BalasPadamKah... Koh...Keh.... Baru dapat RM300 di manek urai... sipemberi dari golongan warna biru..
BalasPadamambik je la budak kg. kalau rase duit tu haram tabur je kat tengah jalan tu dan laungkan BN rasuah, BN rasuah!
BalasPadamorg pas kalau kena kat depa semua tak ngaku...tok guru tu bagi depa masuk syurga...tu yg boleh dok ikut jilat pungkok tu
BalasPadameleh..bodoh!!klu xde duit camne nak idup??sengal!!ckap tok guru aku plak y gila duit,BN asik rasuah orang je ko x nampak..bukak mata hati sikit bro...
BalasPadameleh..bodoh!!klu xde duit camne nak idup??sengal!!ckap tok guru aku plak y gila duit,BN asik rasuah orang je ko x nampak..bukak mata hati sikit bro...
BalasPadamyeah!!!pas menang...weak!!BN kalah..
BalasPadam