script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Informasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Peratusan Rakyat Keluar Mengundi Meningkat

KUALA KRAI
[6.00 pm] - Proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berakhir pada jam 5 petang tadi apabila semua 9 pusat mengundi ditutup. Seramai 10,736 atau 87.33 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar keluar mengundi di 27 saluran mengundi sejak jam 8 pagi tadi. Bilangan keluar mengundi itu adalah lebih tinggi berbanding 10,140 atau 84.2 peratus pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.

Terkini 5.00 Petang, 87.33% Keluar Mengundi


KUALA KRAI [5.45 pm] - Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi. "Kita gembira kerana jumlah yang keluar mengundi amat baik dan melepasi jumlah yang disasarkan. “Peratusan ini adalah antara yang tertinggi dalam pilihan raya kecil di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

Terkini 4.00 Petang, 86.44% Keluar Mengundi


KUALA KRAI [4.37 pm] - Kira-kira 86.44 peratus atau 10,626 pengundi daripada 12,293 pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga jam 4 petang ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tinggal sejam lagi sebelum tempoh mengundi ditutup pada jam 5 petang ini. Beliau menjangka peratusan keluar mengundi pada hari ini mungkin mencapai 88 hingga 90 peratus.

Share:

1 ulasan:

  1. syabas bn, pas hampir terburai dimanik urai,,,pertanda awal nik ajis mula hilang serbannya di kelantan, TAKBIRRRRRRRRRRRRR

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.