script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Isu Karpal, Pemimpin Pemuda UMNO Didenda

KUALA LUMPUR
[8.45 pm] - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memutuskan empat pemimpin Pemuda UMNO didenda RM1,000 seorang selepas dewan lulus usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh dikasari, Februari lalu.

[Denda RM1,000 sebenarnya hanyalah "celah gigi" sahaja bagi puak-puak UMNO. Soalnya, kenapa pihak polis tidak membuat siasatan yang rapi dalam kes kekasaran terhadap Karpal ini. Bahkan, mereka yang terlibat juga dipercayai membawa senjata api ketika kejadian. Bayangkan jika kejadian tidak diingini berlaku terhadap beliau ketika itu?. Bukankah ini satu kes jenayah yang harus diberikan hukuman yang setimpal].

Anwar, Media BN Putar Belitkan Isu Di Kedah

KUALA LUMPUR [8.30 pm] - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan PAS Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu. "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

[Isu yang berlaku di Kedah ini sebenarnya tidaklah seteruk apa yang digambarkan. Namun, memang sudah menjadi "kerja jahat dan terkutuk" media arus perdana untuk memutarbelitkan keadaan dan menunjukkan seolah-olah wujudnya perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Mereka mencuba melagakan PAS dan PKR, kini mereka gunakan pula DAP dan PAS dan kita sendiri boleh menjangkakan apakah yang akan berlaku].

Karpal Singh Diarah Keluar Dari Sidang Dewan

KUALA LUMPUR [6.30 pm] - Pengerusi DAP, Karpal Singh (foto), diarah keluar sidang Dewan Rakyat, jam 5.30 petang tadi selepas beberapa kali ditegur Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengeluarkan perkataan kesat. Karpal (DAP-Bukit Gelugor) beberapa kali mengeluarkan kata-kata ditujukan kepada Khairy Jamaluddin (N-Rembau) sebagai perasuah.

[Aneh benar dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat, Speaker bebas melakukan apa sahaja untuk menghalang pemimpin Pakatan meluahkan apa jua pandangan mereka tentang kebobrokan pemimpin UMNO. Namun, jika ia berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak, sudah pasti tindakan menghalau dan menghalang wakil rakyat BN bersuara akan dianggap salah. Inilah amalan "double standard" yang terus dilihat berlaku].

Azizan Belum Terima Surat Rasmi DAP Keluar

ALOR SETAR [5.45 pm] - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto), berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung keputusan DAP untuk keluar daripada pakatan rakyat di Kedah selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri itu. Katanya, DAP masih berada dalam pakatan itu selagi beliau tidak menerima pengesahan daripada kepimpinan pusat parti itu berhubung perkara berkenaan. "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri sudah beri layanan baik untuk semua," katanya di sini, hari ini.

[Berita tentang DAP Kedah akan keluar dari Pakatan Rakyat hanyalah gembar gembur oleh media arus perdana sebenarnya. Walhal, apa yang berlaku di negeri itu hanyalah satu kesilapan kecil yang tidak harus diperbesar-besarkan hingga mewujudkan perpecahan sebegitu rupa. Apapun, kita agak hairan dengan sikap media BN yang begitu kemaruk untuk memaparkan isu keretakan Pakatan Rakyat ini. Mereka seolah-olah diberikan lesen sewenang-wenang untuk melakukan propaganda].

Share:

25 ulasan:

  1. aku berdoa maka hancurlah pr di kedah

    BalasPadam
  2. Bukan apa, DAP buat tu saja hendak tunjuk kat orang depa bahawa mereka peka kemahuan kaum depa, kalau tak marah kata nanti mereka kata tak buat kerja, sebenarnya kes tu mudah je, mereka beroperasi tanpa lesen sudah lama zaman sebelum PAS perintah, dah banyak sungutan penduduk tempatan, mereka(DAP atau pengusaha ) kena terima, jangan guna ugutan , rakyat majoriti tak suka. kena terima.

    BalasPadam
  3. Bukan apa, DAP buat tu saja hendak tunjuk kat orang depa bahawa mereka peka kemahuan kaum depa, kalau tak marah kata nanti mereka kata tak buat kerja, sebenarnya kes tu mudah je, mereka beroperasi tanpa lesen sudah lama zaman sebelum PAS perintah, dah banyak sungutan penduduk tempatan, mereka(DAP atau pengusaha ) kena terima, jangan guna ugutan , rakyat majoriti tak suka. kena terima.

    BalasPadam
  4. Cuma lepas ni isu ini akan digunakan oleh pihak lain untuk memanaskan keadaan supaya beberapa parti akan bertelagah antara satu sama lain. Inilah yang dinanti-nantikan oleh pihak -pihak media untuk mengeruhkan keadaan. tak kan semua tak faham kot.

    BalasPadam
  5. Biasalah, tiap kali musibah alam berlaku dinegara ini termasuk musibah politik dlaman PR, semuanya angkara UMNO/BN. Pihak media juga dipersalahkan kerana membesarkan perkara ini.
    PR tak pernah nak menilai diri dan kaji kelemahan sendiri setiap kali berlakunya kekusutan dan salah faham diantara mereka. Walaumacamana pun Azizan dah cakap masaalah merobohkan tempat sembelih babi tersebut adalah perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan atau kecoh kecoh. Dia kata: "macam suami isteri, siang gaduh, sat lagi malam peluk cium I love you.." Geli aku, bayangkan dek kerana gilakan kuasa, DSAI, Nik Aziz dan Azizan sanggup berpeluk-pelukan bercium dan bercumbu dlm kelambu dgn Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, dll sambil tangan dijulang keatas tunjuk "peace".
    Eloklah tu pejuang syiar islam berpeluk cium dgn keturunan babi yg memusuhi islam..Elok sangat! Mana pergi maruah islam yg diperjuangkan PAS selama ini..

    BalasPadam
  6. Bagi saya semua parti sama, selama ni, dulu pun benda ni berlaku cuma kali ini soal yes man, ok aku tutup mulut bincang dalam parti jangan keluar dalam media dah semangkin terbuka. Dulu pemimpin kawal politik tapi kini politik kawal pemimpin. Itulah erti politik sebenarnya, barulah politik itu hidup dan berkembang. Dalam sistem circle politik banyak golongan berkepentingan menggunakan politik untuk mencapai hajat mereka. Di mana dalam sistem ini ada permainan tarik tali, tolak beri agar sistem itu terus hidup subur.

    BalasPadam
  7. Karpal ni pong satu,kalu dah kata orang tu rasuah dia kena buat aduan lah. supaya disiasat benda tu. cari bukti nyata biar kairy tu jawab apabila disiasat. Diakan peguam , jangan hanya melalak kat dewan je. buat kerja diam-diam bila siap barulah bising.

    BalasPadam
  8. PKR kena kuat supaya satu hari nanti ia boleh bergerak sendirian. Cari sokongan orang Melayu dan buat dasar yg jelas. Buat masa ini PKR macam DAP saja. Dan ia hanya mendapat sokongan bekas penyokong MIC. Jika Anwar mati nanti, PKR akan sepi semula. Sebab itulah ia perlu mula kuatkan diri dan berfikir utk zaman pasca Anwar. Bila PKR kuat, DAP akan sendiri hilang taring.

    BalasPadam
  9. Anonymous 9.58PM, nak buat aduan apa, yang dah ada banyak aduan pun sampai ari ni tak siasat. Bodo punya orang, mau buat ulasan tak mau pakai otak, cuma pakai kepala lutut..Bodo piaaang.....

    BalasPadam
  10. TAHNIAH MB KEDAH. BERANI MEROBOH TEMPAT SEBEMLIH BABI HARAM DAH 30 TAHUN. KAMPONG YG BERDEKTAN ADALAH MELAYU ISLAM. ISLAM BERANI KERANA BENAR. BIAR DEMA KELUAR DARI PAKATAN DGN PAS. KITA HARAM BERSAMA DGN PARTI YG TERANG2 MENENTANG ISLAM.

    BalasPadam
  11. Gerakan Kedah sudah berjaya mempengaruhi DAP Kedah. Itulah senjata yang paling runcing disebalik kemelut yang berlaku,.DAP Kedah tercabar sebab ada tekanan dari kaum mereka pasal apa duduk diam aje.. wal hal mereka itu siapa....DAP cepat kinchiong(melatah). Mereka sebenarnya tidak belajar politik hanya emosi sahaja... benda tu kan dah ditimbulkan sebelum ini, takkan kerana takut tercabar jadi melenting kot.

    BalasPadam
  12. PAS boleh bergabung dengan satu2nya parti dalam malaysia ini yang menolak negara islam.. anda fikirkan la tuan2.. PKR pun belum tentu boleh terima negara islam.. yg kat atas je Islam (anwar la tu, x kesah la liwat ke tidak, nabi ada sebut manusia ni x lepas dari buat dosa) hok lain2 kat bawah semua kapir

    BalasPadam
  13. perkembangan terbaru keberanian kaum cina demi menjaga kepentingan mereka sanggup bertindak apa saja,, orang melayu sanggup ke bertindak serupa tu,, tidak tuan2, orang melayu hanya akan bertindak sekiranya ada kepentingan dan fulus,, lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  14. pdo,pdo awat tak cerita gawat pakatan rakyat dikedah, cek ni orang umno tau, tapi cek sokong tindakan mb kedah, hidup pas,mampussssssss,dap,

    BalasPadam
  15. karpal singh tu sepatutnya dah lama dihumbang dalam perigi buta tu... melalak tak tahuan hala dalam dewan mcm budak2 terencat akal... elok buang kat negara india tu...

    BalasPadam
  16. Karpal bukan saja menentang pelaksanaan Islam, juga biadab di Parlimen. Orang macam ini ke yg nak memerintah Malaysia?

    BalasPadam
  17. Karpal ni kekasih DSAI, Nik Aziz, Hj Hadi dll. Telur dia bertiga ekor ni dah kena tarik dek DAP. Yang lagi bestnya utk DAP, sekarang ulama islam dah jadi pembela musuh islam. Salam sejahteralah islam kat negara ni!!!

    BalasPadam
  18. RM 4000?
    Probably taxpayer's money there
    Hate 2 see it go 2 waste

    Guess the lion of Jelutong's tongue is too much 4 Khairy n Pandikar Amin 2 handle
    I mean didn't Khairy won the UMNO Youth leader's post by applyin the "rasuah" method?

    No matter how much the MSM is goin 2 spin the Kedah issue,the rakyat is too smart 2 believe all that
    The only believers in Utusan,TV3 etc r the pencacai/anonymous pigs commenting on this blog

    DAP Kedah should realize that instead of running away from the problem by quittin, they should engage Uztaz Azizan n propose a solution

    BalasPadam
  19. DALAM BULAN REJAB YG MULIA INI, MARILAH KITA RAMAI2 BERDOA AGAR
    SEMUA AHLI2 UMNO MENERIMA HUKUM HUDUD, SEBAGAI UNDANG2 DINEGARA INI.

    BalasPadam
  20. anwar yg suka putar belit fakta...tapi tuduh media konon... dia tu yg suka sgt ada2kan isu yg entah kepala bapa apa entah... nak tutup perangai buruk dia dok tuduh org nu, org ni tak betul... selagi ada anwar ni selagi tu la malaysia ni tak aman

    BalasPadam
  21. Putar belit apa? Ada interbiu TV. Mana mungkin stesen TV boleh adjust interbiu bergambar... Steadylah Anwar!

    BalasPadam
  22. WELL DONE AZIZAN,YOU ARE THE BOSS IN KEDAH ,SHOWED IT TO DAP U MEANS BISNESS,ANYWAY THEY HAVED ONLY ONE SEAT,UMNO CAN TOP UP THE RESTS,THINKS, ABOUT IT

    BalasPadam
  23. dibulan rejab yang mulia juga,banyak bala yang ALLAH SWT TURUN TERHADAP PAKATAN RAKYAT

    BalasPadam
  24. satu contoh yang baik beliau ni suka berdalih macm kes yg sedang dihadapinya tu jugk, ada ke patut dia kata media yang putar belit isu di kedah tu, alih yang punya diri menafikannya tu macamana,, sebenarnya kalau dah putar alam tu sampai bila,2bila pun tetap macam tu jugalah..

    BalasPadam
  25. erm mmg putar alam punya org anwar ni... mcm manala pakatan nak pimpin rakyat malaysia kalau dalam pakatan sendiri caca merba aje jadinya. sama sndiri pun dok bergaduh.,.. susah la kalau dpt pemimpin2 mcm ni...masing2 nak tunjuk kuasa

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.